Saturday, October 22, 2016

Jangan dipendam sebuah duka.

Assalammualaikum!


Lama tak mengomel kat sini :). Ntah ada ntah tidak reader lagi. Hahahaha. Apa-apapun, semalam rasa lapang sangat dada ni. Alhamdullillah.


Benda yang lama dipendam, akhirnya diakhiri dengan terus terang. Apabila kita jujur meluahkan sesuatu yang kita tidak tahu orang itu boleh terima dengan positifnya atau pun tidak, tetapi akhirnya dapat jawapan yang positif.


Bila mana jujur dan positif itu bergabung, benda-benda yang positif juga akan datang pada kita. InsyaAllah.


So tak perlu pendam lama-lama ok. Betul lah orang tua selalu cakap, jangan disimpan lama. Lama-lama ianya sakit dan akan bernanah. Selalu berfikiran baik-baik, positif selalu :).










+ Thanks reading my blog ! :) ~ Byzura +

Tuesday, April 5, 2016

HIKING : BROGA HILL, SEMENYEH.

Assalammualaikum!


Ini adalah kali kedua pengalaman naik Broga Hill. Kali pertama, 5 tahun lepas tak berjaya sampai ke atas bukan sebab pitam ke apa. Sebab masa sampai ke checkpoint pertama, hujan turun. So, taknak ambil risiko masa tu, semua pendaki kena turun. 


Dan selepas 5 tahun, kali ini berjaya :D dan ini adalah aktiviti hiking yang pertama dalam tahun ini. Saje hiking keluarkan peluh. Cari bukit-bukit je, gunung tu nanti lah. Heeee. 


Tak jauh bezapun hiking kali pertama dan kedua ini. Cuma yang kedua ini macam senang sikit dan secure sebab dah ada tali untuk berpaut. So tak de lah rasa nak terjatuh ke bawah. Hehehe. 


Ramai gila adik-adik ber-hiking. Macam-macam cerita sambil hiking. Hihihihi. Tak pe dekkk, sekurangnya awak boleh buat akak tak sedar mendaki sambil dengar cerita awak. Tengok-tengok dah sampai :D. Seronok kan? Jumpa orang yang tak kenal... selamber dekk tegur dan berborak :). 



Kitaorang naik subuh sampai atas masih gelap lagi. Kitaorang tunggu sampai matahari naik. Kira-kira pukul 10 pagi baru nampak matahari. Lepas tu kitaorang turun. Ada orang hiking petang sebab nak tengok sunset. 


Kurniaan Tuhan, semua nya cantik tiada cacat cela. Atas bumi, di laut, di dasar semua ada kecantikan tersendiri kan?



Track dia..so far ok. Yang dalam gambar di atas ini, agak mencabar la bagi aku sebab lutut dah tak kuat. Banyak urat putus lagi Hahaha. Tak macam dulu dah. Tengok budak muda naik sambil berlari ok. HAHAHA. 



Sesiapa nak pergi senang je. Waze kan dah ada :). Search je. Balik tu boleh la singgah Air terjun Tekala dengan Eco Majestic, Semenyih. Kali ini kitaorang balik terus sebab anak sedang menanti :). 






+ Terima kasih kerana sudi membaca ! :) ~ Byzura +

Tuesday, March 1, 2016

Tak nak kawan mama... mama marah ayiss.


Assalammualaikum!


Every time bila marah Faris, macam tu lah dia cakap. Dia akan merajuk duduk jauh-jauh pastu taknak kawan. Sehari jugalah dia akan merajuk. Tapi aku jarang bagi dia merajuk satu hari. Sekejap je..pujuk dengan kedai RM 2 tu pun...JALANNNNNN hahahahaha.


Marah bukan sebab apa. Suka sangat sakat adik. Maybe cara dia menyakat tu macam bergurau. Tapi dia lelaki... kiranya bergurau kasar. Hehehehe!


Yang si adik kalau kena menyakat, mulalah... ma ma ma nok ni (mama tengok ni). Pastu ngeeeeeee nangis! Macam tu la kalau dua-dua mood angin sepoi-sepoi bahasa berlalu. Hahaha. Kalau tak, ok je main sama-sama. Adalah hari-hari diaorang tak berapa ok. Kejap ok.


Tapi kadang-kadang sebagai ibu, kesian tengok anak duduk jauh-jauh merajuk taknak kawan. Takut dia simpan dalam hati...mama sayang adik je tak sayang dia.. Begitukah???


I will fair with both of you ok. InsyaAllah :). Tiada kasih sayang berbelah bagi. Dua-dua (tiga, empat) akan sama. Kalau salah sorang anak mama baca ni... ketahuilah mama sayang semua :). Meh peluk semua! :-*.




 (Gambar bukti ayis suka sakat adik :P )





+ By +

Thursday, February 18, 2016

Faris : free drypers.

Assalammualaikum!


Hari ini nak buka topik Faris free drypers. Faris start belajar cici {read : buang air kecil}, masa umur 2 tahun lebih. Masa tu aku pantangkan Durrah. Dah tiba masanya supaya Faris belajar semua benda tu. Belajar cici, belajar uk uk {read : buang air besar :D}.


Mula-mula dalam 2-3 hari memang free-kan Faris dari pampers dan seluar. Senang, kalau dia nak buang air kecil dan besar...boleh terus lari ke toilet. Tapi itu pun kena berteman. Kalau tak, Faris tak nak sebab dia adalah seorang yang takut lipas. He he he.


Kadang-kadang dia berlari keluar, cici kat longkang. Selambe ok.


Lepas 2-3 hari barulah pakai kan Faris seluar. Ajar pula untuk buka seluar ataupun tarik je seluar sendiri dan cici. Misi, berjaya :).


Tapi, masa 1-2 bulan tu adalah juga kalau dia asyik main je... dia akan tahan dan terlupa untuk cici. Pernah sekali dia cici kat ruang tamu jiran -___________-". Dia tak sempat nak pergi toilet sebab duk asyik main kereta. Nasib sekali tu je.


Itu cerita pasal cici kan? Kalau cerita uk uk plak, Faris ada tangga sendiri untuk naik ke mangkuk tandas. Yang ini pun berjaya.


Dan masuk 3 tahun, Faris dah tak pakai pampers untuk waktu malam dan di rumah pengasuh. Dulu kalau malam pakai Faris pampers, sebab manalah tahu dia akan terkucir. Mamanya malas nak mencuci hahahaha. Dan di rumah pengasuh pula, Faris ni jenis nak buang air besar kat toilet dia je. Kalau orang lain punya taknak. Tapi sampai bila kan? Nanti bawa tabiat tu ke besar...susah anak jantan mama  nanti hihihi. Tak mo la jadi cerewet ok.


Masa umur 3 tahun juga, Faris dah boleh pergi toilet shooping mall untuk cici dan uk uk. Yeay!



Faris 3 tahun. 


Tahun ini nak masuk 4 tahun. Kejap je rasa. Tengok-tengok gambar, ehhhh dah besar anak sulung aku ;).



ok da! 


XOXO



+ By +

Tuesday, February 16, 2016

2016....?

Assalammualaikum....

Kalau scroll balik entry 2015 ada 5 entry je?? Erm 2015 banyak sangat kenangan sebenarnya. Bila tengok semula entry last adalah bulan Ogos 2015. Bulan September, kami sekeluarga kehilangan seorang bergelar ayah. Ayah kembali ke rahmatullah pada raya pertama AidilAdha, 10 Zulhijjah. 


Al fatihah.

Semoga ayah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman.

Amin.

Rindu.

Rindu. Kadang-kadang rindu yang tak terucap. Kalau dulu rindu boleh balik kampung. Sekarang, hanya doa dan sedekahkan surah Al fatihah.


(tarik nafas)



Tahun ni, Durrah pun nak masuk 2 tahun dah. Durrah tak faham lagi erti kehilangan. Tapi Faris seakan dah faham. Kadang-kadang, Faris minta pergi tengok tokki. Nak bawa balik tokki :(, Faris rapat sikit dengan arwah. Kalau balik dari rumah pengasuh, Faris akan tanya tokki dah makan dah minum? Kadang-kadang suruh tokki tidur jangan gerak-gerak. Hehehe. Faris... Faris...


Moga Faris ingat tokki sampai besar :). Durrah pun sama tau! Tokki tak sempat nak dukung Durrah..tokki cuma usik-usik je sebab tokki dah tak larat. 


Ok la.. macam tak mampu nak teruskan menulis panjang. Nanti kita sambung cerita lain ok. 


Ehh?! Lupe nak ucap, selamat tahun baruuuuuu (kahhh)! Semoga tahun baru ini dimurahkan rezeki dan baik baik aja dari tahun-tahun sebelum. ok. 


Da!

Xoxo!