Showing posts with label netball. Show all posts
Showing posts with label netball. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Gambar di JB.

Day 1.

Berlepas dari KL ke JB. Keletak keletuk dalam pukul 9 pagi kot bergerak. Seramai 85 orang atlet dilepaskan berkiaran tanpa kasih sayang masa ni.

Ni separuh daripada atlet-atlet. Tengok atlet pakai tudung putih tu, sampai terjatuh tudung. Tu belum lawan lagi. Masa ni bacaan doa.

Time dah sampai. Check in.

Day 2.

Masa first game. Stokin busuk tu memang aku bawak ke mana-mana. Baru pengsan. Hahaha! Kasut mestilah pink. Kalau tak emo. Heh. Tak pakai pun kasut sponsor, sebab tak selesa.


Waktu bergedik sebelum bermula perlawanan itu perlu. Untuk buang perasaan gabra.


Bersama pasukan Sarawak. GS tu comel. Tak berlari pun. Takut kot aku rogol. Waka waka.


Kemenangan di pihak kami. Kami adalah juara kumpulan waktu itu. Aku punyalah suka, sms Iz dengan mr.boyfie cakap layak ke semifinal. Nasib baik aku tak post kat belog. Kalau tak malu. Rupanya baru quater. Jauh lagi perjalanan. Kitaorang akan bertemu Melaka. Dan seterusnya Ibu Pejabat (HQ).


Day 3.
Kemenangan adalah berpihak kepada Melaka :(. Sedih tu memang sedih. Aku macam tercengang je bila referee tiup wisel. Macam tak puas main.


Tapi takpe. Lepas je bersedih, pergi pasar tani, Larkin. Hahaha! Terus terubat. Nak-nak jumpa bontot ayam. Siapa kata aku dah kurus? Tengok muka la. Kebabom bukan?


Malam tu ada Gala Dinner. Semua atlit dikumpulkan. Paling best atlit dari Sabah dan Sarawak. Memang diaorang ni sporting habis. Siap dance sampai tak sedar diri.

Comel je dewan masa ni. Rasa nak buat besday party.


Bila puas melihat Micheal Jackson tiruan. Ini lah kerja kitaorang. Keluar dari dewan. Hahaha.


Day 4.

Tak sempat pun pergi Singapore. Sebab ada benda yang tak dapat elakkan. Takpelah. Naik kali aku menjenguk Singapore.

Selepas sakan shopping cokelat.

Terima lah gambar gedik kami.

Oh jangan muntah. Heh.


Sesungguhnya kekalahan itu bukan kelemahan kitaorang. Kekalahan itu adalah kemenangan. Kemenangan di lain hari.


Netball tetap di hati.


LOVE.


.:. By .:.

Wednesday, July 21, 2010

Membawa nama KL ke persada dunia!

Tajuk taknak ngalah! Kalau ya bawa nama. Kalau tak, aku tutup belog satu hari satu malam. Hahaha!



Ye ye esok aku akan membawa nama KL. Doa-doalah Team KL menang. 44 orang doa, lebih afdal :D.



Hari ini, banyak benda kena setlekan. Banyak benda kena fikir. Ye la nak tinggal belog, opis lama. Haruslah setlekan benda yang patut. Maka, banyaklah email-email suruh check list bla bla...



*email dari pengurus netball*

Checklist Barang barang keperluan ke KASTEL 2010.

  1. Kasut yang diberi + sarung kaki ~ dah masuk dalam beg adidas yang diberi.
  2. Attire seperti dibawah ~ dah masuk dalam beg baju
  3. T-shirt hijau Metro dan Cosmo ~ dah masuk dalam beg baju
  4. Tuala wanita~ dah masuk dalam beg adidas yang diberi.
  5. Berus gigi + ubat gigi~ berus dah masukkan dlm beg. Ubat gigi belum, sebab habis. Ke nak pakai hotel punya je? hahaha gila kemut!
  6. Tight dan baju (2pasang) + extra tight hitam ~ dah masuk dalam beg baju
  7. Jersey merah ~ dah bagi akak. Akak tak bawa siap.
  8. Bip ~ akak bawa
  9. Paskad ~ dalam kereta. Mati kalau aku lupa. Balik ni terus masuk dalam handbag
  10. Kad rawatan~ dalam purse. Memang selalu ada dalam purse.
  11. Kasut untuk pertandingan~ dah masuk dalam beg adidas yang diberi.
  12. Bola ~ akak bawa
  13. Minyak panas ~ akak bawa
  14. Ubat spray ~ akak bawa
  15. Lain lain hal peribadi ~ gambar mak, gambar bf semua aku dah simpan dalam handpong. Kot-kot rindu boleh cium hp. Eh.

Attire

1. Masa bertolak 22/7/2010 - baju-T warna biru

Yang ni kena bangun awal, naik teksi. Kereta parking kat rumah suruh nenek jiran tertangga jaga. Kalau kena curi, siap nenek!


2. Perbarisan (23/7/2010) - baju-T warna merah + kasut yg diberi

Aku kena bawa seluar jeans besau. Sebab kasut yang diberi tu macam pakcik M'd kalau pakai.Nak nak dengan seluar tight. Lagi jelas nampak macam apa ntah.Taknak aku. Nanti jatuh saham. Mana datang minah cikai ni. Hahaha!


3. Makan malam Gala Nite (24/7/2010) - kemeja warna turqois + jeans biru

Kata kakak pengurus, tak ada masa nak melawa. Time-time macam ni lah aku rasa perlu. Mana tahu boleh jumpa skandal, list-list jodoh. Choi!


4. Closing Sukan (25/7/2010) - baju-T warna hijau

Masa ni aku rasa aku perlu....perluuuuuuu.................................perlu minta no handpong para atlit. Muahaha. Siapa nak yang gagah? Nak aku ambilkan no handpong?



Dan last...













Standby passport. Takut-takut, kalau-kalau nak termasuk Singapore.



.:. By .:.

Tuesday, July 20, 2010

Persiapan.

4 helai baju.


sepasang kasut.




Menjawab lah ko By, kalau ko tak main betul-betul masa karnival nanti~


Hari ini dapat lagi barang sponsor.


Bestnya kalau hidup disponsor. Ada sesiapa nak sponsor aku kahwin tak? Eh (^_^)


.:. By .:.

Friday, July 9, 2010

Kelemahan zahir dan batin..

Aku memang lemah. Sangat lemah. Lemah dari segala.Semua benda nak lemah. Haish banyak kali aku cakap lemah.


Memang, memang lemah. Rasa macam tension kadang-kadang. Kadang-kadang je hokeh! Aku tak suka simpan rasa lemah tu lama-lama. Tak elok untuk batin. Eh apa kena mengena.


Actually, aku nak cerita kelemahan aku dalam netball. Aku nak listkan, then aku nak improve 1 by 1.


  • Stepping - aku dah tak ada masalah stepping. Dari dulu lagi, so far ok. Jarang referee tiup wisel, denda aku.


  • Body contact - Ha jangan tak tahu, korang tengok je aku lemah gemalai. Selalu juga aku terima kesalahan body contact sebab aku suka lompat pastu naik atas orang tu :D. Nasib baiklah aku jenis badan ringan. Eh ringan ke? Kalau tak mati budak tu kena lenyek. So aku cuba buangkan tabiat lompat atas orang :D. Nanti kahwin boleh. Eh.


  • Melompat untuk ambil bola - ni memang ketara kelemahan aku. Aku malas nak lompat. Dulu rajinlah sebab tetek pun tak tumbuh lagi muda. Sekarang dah tua, malas plak. So, kena buang tabiat malas ni. Perlu lompat katak dari sekarang hokeh!


  • Split - Oh ini bukan banana split. Ini split masa ambil bola. Kangkang luas supaya kedudukan dekat dengan goal. Dulu aku boleh buat, tetapi lepas peristiwa tisu aku koyak..terus aku macam fobia. Lagipun, dengan siapa aku nak berlatih kangkang. Hoh! Lu fikir lucah! So, aku perlu buat split macam dulu. Tolonglah kembalikan split aku dulu! Oh pls!


  • Shoot menggunakan dua tangan - Dari dulu, aku shoot pakai 1 tangan. Sekarang tak lagik!!! Yahoo!! Coach kata mana ada orang shoot satu tangan dah. Sekarang orang main macam basketball. OK aku sahut seruan!


  • Jangan takut dengan musuh - Aku bukan takut. Aku geli main-main laga tetek. Nak-nak tetek orang tu besar. Lagilahhhhhhhh mati! Pastu aku pakai span je lebih. Eh. Ok sekarang perlu berlatih laga tetek! :D


  • Pantas - Ye aku kena berlari pantas.Aku rasa macam dah pantas. Huhuhu.


*pict google-ed

Sumber inspirasi.



OK hari ni wa sahut cabaran lu coach!! Walaupun aku tahu tulang aku dah macam alibaba bujang lapuk dah *lakonan aziz satar*.



p/s : semalamku berlatih lari guna jari kaki je. gila kejang!



.:. By .:.

Wednesday, July 7, 2010

Pemain netball masa karnival netball terbuka..bukannya calang-calang orang.

Clap!clap!Aku tak disingkirkan dari team. Aku dah sahkan dengan manager netball aku. Selambe aku call, aku tanya aku main ke tak. Manager cakap dia takkan buang orang dah. Kekalkan semua pemain. Sekarang tumpu pada latihan dan perlawanan.


Memang berdebar gak la jantung kan? Kang berlatih punya berlatih, sekali nama tak ada. Dah la benda yang aku minat sangat-sangat. Memang frust kalau tak dapat main.


Tak dapat top 7 pun oklah. Janji wakil company untuk KL. Bukan aku nak nama tapi, kalau sesiapa faham mesti tahu perasaan gembira tu bila kita wakilkan sesuatu. Tu belum wakil negara macam ke Piala Dunia tu. Mahu nangessssssssssss.


Eh lari pula dengan tajuk :D. Last Saturday hari tu, team kitaorang masuk Karnival Netball Terbuka di Bukit Kiara.


Mantap-mantap weh pemain dia. Kagum aku. Anak dara dah memang mantap la kan? Ni mak dara pun mantap. Masih aktif. Kuat.Bertenaga semua.

Ok ni sesi panaskan badan. Aku mestilah yang bernombor 5 tu. No tuah. Memang dari sekolah aku akan mintak nombor 5. Kalau orang lain rembat, aku akan ambil no 10.


Masa ni dah third game.1 menang tanpa bertanding. 1 Kalah dengan budak UIA. UIA hokeh! Kuat-kuat semuanya. Maklumlah budak banyak getah lagi.Kitaorang ni tahap kena tambah getah dah :D.


Masa ni aku main GA. Sebelum game ni, aku main GD. Kalau dulu, masa sekolah memang aku main GA/WA. GD tu main belasah je :D. Kalau pro, boleh main semua position. eh macam tu ke?


Tu dia aksi GA.Dapat shoot 1 je dari jauh. Lain semua kedaung. Aku kena zone gila-gila dengan GD. Sebelum shoot tu, dia main lepas je aku. Sekali shoot, kena zone gila-gila. Tensen! Asyik berlaga tetek je.....Nasib baik dia cun :D. Aku rasa, team ni mak-mak budak yang pernah wakil negara.


Neway memang best dapat main haritu. Dapat banyak pengalaman. Dah lama aku tak masuk tournement. Last, masa wakil Unibersiti dulu.


p/s : kalau korang perasan mana-mana media cetak/elektronik ada gambar pasukan pakai semua baju merah tu, kitaorang lah tu. Kitaorang tak layak ke final :(.



.:. By .:.

Sunday, June 20, 2010

Perlukah aku??

Pukul 2.10 am. Tetiba, terasa nak buat entry. Rasa nak luahkan apa yang terpendam..sangat down gila-gila..


Sampaikan tadi tidur petang pun, berpeluh-peluh mengenangkan peristiwa pagi tadi... :(


Bunyi agak terukkan? Pagi tadi ada training netball, ada friendly. Main 3 game, 10,3,10,5,10. Tapi, main kali ni adalah yang paling teruk. Sampaikan kena sound dengan coach..


"U're playing in wrong possition!"... "By kenapa dengan u, turning u dah cantik tapi u shoot hancur..." Huhuhu sedihkan bila macam tu?? Terasa macam diri ni buat spoil kat team sendiri.


Terasa macam nak letak jawatan terus...Taknak bermain untuk KL.


Terasa sangat tinggi expectation orang kepada kita.



-DOWN-



.:. By .:.

Wednesday, April 14, 2010

Minta maaf mungkin sebab aku, kita kalah..

Bukan kalah, tetapi dapat tempat kedua. Memang tak sangka betul. Jurulatih memang target team kitaorang (team B) yang dapat Johan. Tapi, nak buat macam mana, rezeki tak menyebelahi kitaorang.

Setiap kali sampai D. Bola tu melayang time aku shoot. Sedih tahu? Sedih! Tak boleh nak score lebih-lebih. Aku pun tak tahu kenapa. Itu untuk first game. May be kejutan budaya jantung kejap.

Dengan shootnya tak betul, dengan aku jatuh tergolek, buat gimnastik sekali. Dengan terlepas bolanya. Haih! Macam-macam jadi. Kesian dekat defender, berhempas pulas hantar bola ke D. Sampai D, haram jadah tak masuk goal.

Tetapi, untuk second game kitaorang menang! Aku seboleh-bolehnya pulun bola masuk goal.

Dan ketiga! Kami menang lagi!

Ni team A dan B. Team A mendapat tempat pertama. Kira oklah sebab dari Kelab yang sama. Gila gamble tak ada reserved. Mati tercungap-cungap kejar bola.


Gambar gedik di tepi pandang adalah perkara biasa.

Dengan team kuning inilah, kitaorang kalah untuk first game. Tetapi, lawan balik sebab mata team kitaorang seri dengan team kuning ni. Refree bagi 3 passes je. Gilalah! Gerun pun ada. Kalau aku tak pulun, mesti aku rasa failed! failed! Rasa nak berhenti main netball pun ada.

Alhamdulillah after aku score 2 goals, refree tiup wisel. Aku apa lagi. Lompaaaaaaaaaattt keriangan. Memang tak ingat dunia, lupa pakwe-pakwe kat tepi dah :D. Habis semua orang aku peluk.

Saya adalah Goal Attack (GA)

p/s: sorrylah. aku memang peminat netball. So aku akan emo sikit. hahaha!

.:. By .:.

Sunday, April 11, 2010

Penat! Tapi hilang bila tengok blogger-blogger cantik di luar sana

OH. Aku kepenatan setelah berhempas pulas bermain netball hari ini. Balik dari tournement netball, terus aku terbaring atas sofa. Ketiak mashaaaammm pun aku bantai tidur.

Bangun. Mandi, makan maggi, lumur minyak panas. Tidur balik. Sampai termimpi, kenapa boleh kalah untuk first game. Haih* lap air peluh. Tapi kelab kami, adalah menang untuk tempat pertama dan kedua. Kira menang keseluruhanlah tu. Yeah! nanti mesti ada makan best untuk meraikan kemenangan. Budak pipi gemuk ini sedang mahu makan manisan di hotel-hotel 5 bintang ya! ;).

Lepas bangun tidur, terkebil-kebil sorang. Nak peluk suami, suami tak ada. *bermakna kena cari suami sekarang :D. Boring punya pasal, balik ke rumah kakak. Tadi sombong taknak balik. Tapi rindu pula pada Si Suci dan Si Siti (kucing). Eh Suci tu anak sedara aku.

Sekarang, mata aku tengah bulat sebab banyak tidur tadi. Mari kita pergi baca blog blogger yang cantik di luar sana! :D. Aku suka!

Nak tahu aku selalu jenguk blogger mana? Hah nanti aku cerita.

Oh ya. Mungkin esok pergi picnic! Menikamati nasi lemak sotong di tepi air terjun amat syokkkk bukan?


p/s : sambil-sambil duduk baca pasal PR bleeding. Aku takut sebenarnya.


.:. By .:.

Friday, April 9, 2010

Masih beraksi walaupun PR bleeding..

Bosan pulak korang baca entry aku. Semua pasal PR bleeding. Entah-entah, tak ada apa-apa. Hahahaha! *amin.

Aku dah tanya doktor, boleh tak aku aktif walaupun aku kena PR bleeding. Doktor cakap. boleyyyyyyyyyy. Tak kisah selagi benda itu tidak memudaratkan.

Rasa mahu peluk itu doktor dan cium sebab kasi aku aktif dalam sukan. Suka hati sangat tahu?

Sebenarnya, esok aku ada tournement netball... sekali dengan pemilihan untuk team KL.

Aku 'let go' kan exam SPA aku, esok. Aku decide untuk pergi tournement netball. Sebab, aku rasa aku dah tua. Biarlah aku concerntrate dengan kerjaya yang sekarang. Dan teruskan, majukan prestasi untuk naik dan terus naik. *amin.

Kalau aku ada rezeki lain untuk SPA, aku akan cuba....

So wish me luck ok untuk esok!!! Nanti aku tampal-tampal gambar netball kat sini. Kalau ada camera la... :D. Pakai handphone sudeeeeeyyyy~

Ni gambar aku, join netball untuk Unibesiti antara unibesitiiii Malaysia. Tapi, aku tak main masa ini. Mak rehat je nyah sebab mak injured dari awal lagi. Mak duduk habiskan pisang untuk pemain-pemain lain. Sian korang :D



.:. By .:.

Saturday, December 5, 2009

Sakit bontot! aku jatuh!

Hoh tipu! Aku tak jatuh pun tadi..hihihi..Buat-buat jatuh je sebab Pilot MAS tengok!

Ha!!! Pilot?


-

-

-

-

-

Tipu la kalau Pilot tengok. Tak hingin rasanya, dieorang nak tengok. Baik tengok Pramugari terlampau lagi best kan?

Baru balik dari friendly match. Menang 16-10. Main sampai 3 set! Tapi, aku sedia maklum...macam hampasss kelapa aku main hari ini! *tak puas hati. Shoot je tak masuk!

Takpe lain kali wa nak tebus! wa talak helan...wa main..wa main betul-betul romen,romen betul-betul !

BOSAN SUNGGUH ANUGERAH SKRIN SEMALAM. Tapi Wan Zaleha lawa la!

Friday, December 4, 2009

What kena pakai tight?

pict google-ed

Hoh! Bukan macam ni aku maksudkan. Ini tight pants. Aku kena pakai seluar tight untuk friendly match dengan MAS esok. Tapi, aku tak biasa la pakai tight waktu main netball. Macam badut pun ada sebab kaki aku size 7. Macam Pakcik Mc'D je kalau aku pakai tight dengan sport shoe =P.

Malo pun ada sebenarnya. Takot-takot, pilot ke tengok nanti =D. Tak ke pengsan aku nanti (macam la ada pilot MAS yang tengok..hahaha).

Mak selalu je pesan nanti nampak pepet tutttt kalau pakai tight.

Hope, menanglah esok. I wish I wish I wish!!!!!

Tata! I'll update after match tu k. InsyaAllah~

Monday, July 27, 2009

Cerita lapuk di Bagan Lalang..

Cerite ni dah lapuk..tapi..nak gak cerite(pedulikk :P).. Ingat kan n3 aku keletihan tu? Aku g Bagan Lalang bukan utk bercuti, tapi utk training netball(team TM KL). Tapi malangnya aku tak dapat main tuk karnival (atas sebab2 tertentu :( ). Selepas mendapat pelepasan bos, aku dpt g Bagan Lalang. Yehuuu! (so sape2 jgn membuat spekulasi aku tak g keje :P sebab ade surat pelepasan dr HR ye..diulang dari HR!).
Pergi 3 hari 2 malam.. Pergi semata-mata untuk training netball atas pasir pantai. Sebab nanti dieorg kene main atas pasir (mase karnival sukan).

Antara kesusahan bermain netball atas pasir pantai :

- susah nak berlari untuk mengejar bola (terase diri ini mcm binatang untuk mengejar bola..ahahaha! ).
- susah nak melompat sebab kaki dah berat ditenggelami pasir.
- sangat penat weh..tapi kaki tak sakit mcm kite main netball di padang rumput ..
- sangat panas (abis itam kulit ku ...huhuhuhu ).
- haruslah tidak memakai kasut..pakai kasut lagi la berat ( campur berat badan lagi..adeh!).

Kiteorg training pagi dan petang.. Malam? mkn seafood la :D (banyak kedai makan kat situ rupenye..lagi best dr Muara Klang aku rase :P)

Hari kedua main suke-suke dengan budak volleyball..dan hari ketiga ada persahabatan dengan pasukan kampung kat situ (gabungan 3 kampung). Best! Satu pengalaman..so thanks to penganjur bwk aku (lain kali nak lagi ;) ).

ni ade gambar skit untuk uolls!

Mase ni aku duk berehat bwh pokok ru..hehehe jiwang jap! Tu la pasukan TM KL.. so korang good luck k!

Muke tak boleh blah! Budak muke bulat sgt gumbira dpt makan-makan.. hahaha!



p/s : Jangan tatau aku bawak van TM mase g Bagan (driver..wuhuuu!)

Cik By

Monday, July 20, 2009

Keletihan..

Keletihan melanda setelah 3 hari tiada di KL.. Baru balik dari sini :


*

*

*

picture from here




p/s : sudah hitam kulit putihku...(gambar tak sempat upload lagi :P)

Thursday, June 18, 2009

Tak tercapai akalmu sebuah impian..

dah dah ...jangan pk ape ape ngan n3 di bawah :P. Jangan menimbulkan syak wasangka..nanti aku lak dapat dosa! Adoiya~~

Minggu ni ade lagi training netball!! Yahuuu~~ Mak aku dah bising sebab tak balik kampung..Alasan, adalah ade training netball :P ..Betul mak tak tipu :P. Mak aku sampai bising-bising asyik2 netball..mak ni ditolak ke tepi (erk..terase lak mak aku ni). Pastu mule la aku mengungkit..kalo mak bagi main dulu mase peringkat negeri pastu uya (aku la tu..panggilan manje) akan beraksi sbg pemain negara (huh! angan tak sudah). Mak aku tak bagi aku g Rompin sebab mase tu aku nak UPSR. So aku kene pindah sekolah, amik periksa UPSR pon kat Rompin..sebab sesi latihan kat sane. Kalo x Siti Nurhaliza pon kenal aku :P hahaha..Siti pun main netball mase tu tp die main untuk sekolah menengah ..

Dah 2 tahun lamenye aku berehat menggemukkan badan seperti gloria.. Aku rehat sebab atas nasihat doktor..sekarang aku kembali beraksi..yeah! Tapi takde la wakili Malaysia..Wakil company sudah :P. Cukup la tu kan di kala umur spt malam yang semakin gelap ..

Kalo ingat, memang indah kenangan tu..indah sekali...Ntah la netball memang terletak / terpahat paling atas dlm diri aku..aku suka giler! Walaupun org ckp netball ni paling simple tp aku rase lagi simple main galah panjang..hahaha! Adalah kenangan aku...baru tadi meratapi gambar-gambar ni..huhuhu rindu giler~~~

ramai cakap wajah kami serupa..kalo masuk kelas mesti org tanye kembar ke? lecturer pon tanye cam tu..same ke?? muke bulat je same kot :P

cube cari mane saye? hahaha! mase ni wakili UNITEN dlm MASUM


hahaha dapat pingat...Kalo dtg umah aku byk la pingat semua nya netball :P


ni wakili kolej IT, UNITEN..best!


Abaikan muka itam mcm arang tu :P yang penting pingat di tangan :)

bersama Fazlun. Tak dapat bergambar mase main netball. Di tempat lain pun jadi la..beliau adalah pemain Malaysia.Sangat tere. Beliau main as a GS..memang senangla kan..dapat bola terus shoot..tinggi! Beliau adalah model juga.. sila abaikan juga muka aku yang bulat itu :P


tak boleh beraksipakai mcm ni sebab aku pakai tudung :P


p/s : kepingin nak tengok international netball kat Bukit Kiara ..anyone??