Sunday, November 1, 2009

Tom yam Poktek ala Cik By..

Sebelum terlupa hari Jumaat lepas, aku masak tom yam Poktek (tiru resipi kat D'tomato). Aku saja-saja try menjadi lak. Beberapa pujian telah diterima =D. Terima kasih pada mak, anak buah dan kakak kerana memuji masakan aku (tatau la kalau diaorang nak ambil hati ke kan? hihihi). Suci paling banyak memuji, " Ichu sedaplah tong yang ni"...

Tapi aku lupa lak nak snap gambar. Sebab, lepas makan terus bersiap-siap ke Ikea. Takpa lah aku nak simpan resipi kat blog kesayangan. Boleh gak share ngan korang kan?


Bahan 1 :

5 ekor udang galah

5 ekor sotong

separuh ikan jenahak

(cari lala tak ada plak..boleh gak kalau nak letak ketam).


Bahan 2 :

4 batang serai (dihiris halus)

1/2 helai daun limay purut (dihiris halus)

sedikit lengkuas (dihiris halus)

6 cili api (dihiris halus)

2 biji limau nipis


Masukkan bahan 1 ke dalam air yang mendidih... Setelah 8 minit masukkan bahan 2 yang dihiris tadi. Last sekali perahkan limau nipis dan masukkan garam secukup rasa (kalau nak masam lagi lebihkan limau dan jika nak pedas tambah cili api).

cubalah~ google-ed


Pasti terangkat!! Macam iklan Adabi lak =P

No comments: