Showing posts with label diy project. Show all posts
Showing posts with label diy project. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

DIY flash kad untuk Faris.

Hi.


Dah lama rasanya gambar ini dalam draft. Simpan-simpan, nak tulis lepas itu buat kerja lain. Dah kedaung semua entry. Hehehehe. Biasalah masalah ketuaan dah melanda beginilah jadinya. Kejap ingat nak buat apa, tak sampai 1 jam dah lupa semula nak buat apa. Teruk betulkan masalah ketuaan aku?


Ok. Berbalik pada tajuk asal.


Faris kalau bab belajar dia tak suka sangat kalau aku ajar abjad semata. Maybe dia boring kot tak ada gambar. Jadi, aku cari gambar abjad dan sekali gambar. Contoh : huruf A, A for Apple, dan ada sekali gambar apple. Nampaknya berkesan dan dia suka =D.


Sebelum ini ajar dia tunjuk kat badan sendiri je. Kali ini bergambar.Pernah aku baca info ini, dalam info itu dia bagitahu bahawa anak yang umurnya setahum ke atas adalah sangat sesuai dengan flash kad dan montesori. Tapi montesori kita dah boleh start dalam 6-7 bulan ke atas. Yang lain jangan push sangat sebab tak sesuai dengan umurnya giteww.


Untuk menjimatkan dan untuk mengelakkan hati kita sakit pabila anak koyakkan flash kad yang agak mahal harganya, jadi aku buat flash kad sendiri. Print dan tampalkan atas kertas warna warni untuk nampak menarik.





Aku selalu keluarkan 2-3 keping flash kad untuk sekali pembelajaran. Cewah ayat! =P. Pernah sekali keluarkan banyak keping. Tapi Faris agak kompius. Dah pandai, kita lebihkan sikit flash kad tu. Untuk mengelakkan Faris kompius macam mama dia, mari kita keluarkan dengan kuantiti yang sedikit dulu. Yang lain simpan dalam lemari [almari].


Ok bila gambar bird, dia akan ambil bird. Dan frog, dia akan ambil gambar frog. Ok lulus untuk 2 flash kad. Tapi bila gambar kangaroo, Faris kompius antara katak dan kangaroo. -_____-". Tak apa cuba lagi nanti ya.




Kadang-kadang masa belajar ada juga tetiba Faris boring. Ye lah, dah 2 flash kad pastu ko duk ulang. Kalau ko sendiri pun boring kot. Hahahaha. Jadinya, Faris akan buat kerja sendiri seperti gambar di bawah.




Kerja korek gambar dan kertas dannnnnn koyakkan. Takpelah bagi dia explore kan? (Sedapkan hati)


Lepas ini mama kumpulkan lagi gambar-gambar ya.



Oklah. Bye!



+ By +

Friday, July 12, 2013

#DiyProjectBy : Jubah lengan pendek Faris.

Perasan tak setiap tajuk, kadang-kadang ada tanda #(hashtag)? Ni sebab, hashtag tu ada digunakan untuk instagram aku. Korang boleh search, tengok jumpa tak?


OK. First DIY projek ni sebenarnya adalah sarung bantal kekabu. Nanti dah siap, insyaAllah aku akan tunjuk kat sini :). Sarung bantal itu, adalah first task dari mak sebab aku baru belajar menjahit. Mak lah cikgu ku hewhewhew. Tak pergi kelas menjahit pun. Ingat nak pergi juga. Ye la ilmukan, lain orang lain pembelajaran dia. Tapi, belum ada rezeki untuk pergi ke kelas menjahit.


Lepas siap sarung bantal, terus aku buat task ke-3. Sebenarnya task ke-2 adalah menjahit langsir kabinet. Tapi, aku lupa mana aku letak ukuran. Hahaha so lepas ni lah baru aku menjahit langsir kabinet tu. 


Task ke-3 adalah Jubah lengan pendek Faris. First step pun dah menggeletor weh! Mana pernah jahit baju! Sangat-sangat perlu menggunakan mental. Hahahaha


Ok first kita lukiskan pola. Aku ikut ukuran jubah Faris yang sedia ada.


Dan siap lukis, potong kain ikut pola. Nampak? Aku guna pola guna kertas suratkhabar je. Hahaha. Almaklumlah cikgu aku pun guna kertas suratkhabar. So, kena ikut :P.



Pola mestilah dipotong lebihkan seinci. Sebab, nanti kita nak jahit lagi kan.


Jahit tepi. Bolehlah kan untuk pelajar yang baru nak belajar :P. Tapi, macam pelik la hasil dia tak jadi macam bangla yang demo kat aku tu. Apsal dia jahit kemas?? 



Maaf tiada gambar untuk cantum-mencantum baju sebab aku dah tak sabar. Nak siap cepat. Hahahaha. lagipun ada peristiwa salah cantum la, terbalik la. Hahaha.


Tapi siap juga lah dalam 4 jam aku menjahit. Huhuhuhu.


Amacam? Perasan tak bahagian leher adalah sangat-sangat teruk Tak kemas! Pergh susah ok bahagian leher. Kena guna kesabaran yang maksimum!


Ok ok nak tengok Faris berdiri sambil memperagakan baju ni??








Ok persembahkan..

Model Faris bersama Jubah beliau. hewhewhewhew.



+ By +

Friday, May 17, 2013

Ulangtahun Faris ke setahun.

30 April 2013.


See baru update kan! Hihihi. Nak taknak kena update pasal ni. Macam rugi pula tiada coretan kenangan dekat blog. Sedar tak sedar Faris dah membesarkan? Nanti Faris pun boleh baca kalau blog ni tak 'mati' lagi. Heeeeee.



Birthday Faris. Mula-mula tu nak buat kat rumah je sebab macam senang dan boleh la nak masak masakan kampung. Tapi bila fikir nanti budak-budak nak main mana? Dengan tiada kawasannya kan, so buat dekat Kids Sport & Gym Empire Subang.


Jemputan hanya ahli keluarga dan rakan terdekat. 


Bila dah ada plan je nak buat birthday Faris, mulalah aku yang semangat nak buat kerja DIY. Dah lama tinggal. Seronok tau buat projek DIY ni. Puas hati.Tapi tak adalah gempak mana. Sekadar yang mampu. Faris tengok ni mama buat untuk kamu. Belum kamu kahwin lagi...mama tak tahu kenapa sexcited sangat. Wiwiwiwiwi.



Majlis bermula pada pukul 1 tengahari. Nak buat petang mulanya...tapi slot penuh. Takpalah janji ada.



Agak kelam kabut sikit. Sebab, nak angkut barang ke sana semua. Tapi Alamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tak putus orang datang...sampai petang pun still ada orang datang. Alhamdulillah. Rezeki Faris :).



Siapa yang decide tema semua...oh mestilah MAMA. Hahaha. Kek pun aku lah yang decide :D. See excited terlebihkan?



Ni kek Faris. Simple je. Putih then ada blue ladybird. Huruf-huruf tu aku yang beli, simpan dan tetiba ada idea nak cucuk kat kek birthday Faris.




Candy buffet. MAMA juga yang buat tapi tolong susun adalah mummy Faris, Mummy baby. Hehehe. Thanks B! Kalau nak tunggu aku siap susun memang lambat lah. Nak salam tetamu lagi. Masa kitaorang sampai, tetamu sudah tercanguk kat depan ok! Nebes mak :D.



Sticker tu pun MAMA buat. Pavlova MAMA tempah. Hehehe. Habis licin pavlova tak sempat nak merasa pun.


Cupcake.


Air mineral


Gift untuk tetamu.


Sekarang, kalau tengok pun tersenyum lebar sebab rasa puas hati dekor yang tak seberapa tu dibuat oleh diri sendiri :D. Rajin tak mama Faris? :P


Makanan berat pula, adalah seperti :



Roti Jala. Kakak ipar buat. Thanks Kak Ju aka Maklong Faris.


Nasi Dagang Mak aka Tok Faris buatkan.


Bihun Goreng Maklong Faris buat.


Antara tetamu dan kawan Faris yang hadir. Ni kat dalam belum campur yang di luar. Huhuhu. Alhamdulillah.Terima kasih korang!




Abah, mama dan Faris. Tema (yang tak tema sangat) : Putih, Biru dan kuning. Hihihi 


Magic party. Ni abah Faris yang beria booking. Untuk kawan-kawan Faris. 


Faris dan hadiah. 


Happy belated birthday ya Faris. Mama doakan agar Faris menjadi anak yang soleh, dengar cakap dan menjadi insan yang berguna. Paling penting tak lupa mama dan abah. Dan mama harap mama menjadi mama yang baik untuk membesarkan Faris.


See betapa abah dan mama gembira dengan kedatangan Faris di dunia. Moga abah dan mama adil dan saksama juga untuk adik (adik) Faris. Ehhhh! :P


Untuk sesiapa nak tahu macam mana nak tempah dan bayaran secara detail boleh lah tweet : @byzuramj . Email pun boleh ;).




+ By +

Wednesday, May 11, 2011

DIY e-wedding.

Dah siap! Suka suka je ni dengan mood kemalasan terhasillah :




http://www.ewedding.com/sites/Penyatuan2hati/ {click}

view via IE is more better.


Tuesday, March 1, 2011

DIY bunga penanggah.

Nak tahu?? Sampai pening kepala fikir baju sanding tu. Baju sanding tu sebelah perempuan. Sebelah wak dah setle. Alhamdulillah. Jadinya, sekarang haku lah yang tak tidur malam sebab duk fikir baju sanding tu. Boleh? :P


Ok.. start. Setelah dapat approval daripada mak. So dengan beraninya aku tunjuk DIY bunga penanggah sebelah perempuan . Gigih sampai berpeluh ketiak buat. Mak cakap lulus!!


So inilah hasilnya.

Ini adalah langkah-langkahnya ya! Sharing is sexy kan?? Heee. Rasa gambar ni pun dah cukup untuk tahu step ye dak? :P





Dan ini, hasil setelah siap.


Ikut korang nak buat hape. Buat scaft pun boleh. Selamat mencuba ok!


p/s : Dah siap DIY video anniversarry kakak dan untuk save the date! Mood : Baju oh baju :((

.:. By .:.

Friday, February 11, 2011

DIY tissue paper pom poms by Le By.

Since tengok gambar benda alah ni (di bawah) dah jatuh cinta terus! My sis pula beria sangat nak buat benda gantung-gantung nanti masa kat majlis sanding. Suruh beli macam tanglong tu la, apa la. Tapi disebabkan pengantin ni kemut takde bajet kenalah fikir sesuatu.


I love this!

cantikkan!!

Dan malam tadi telah berusaha untuk buat tissue paper pom poms ni! Taraaaaaaaaaa!!!






















Ops jangan refresh! Sila scroll lagik!




Aku punya kecil comel -_-. Mungkin kena tambah lagi tissue paper tu kan?


*Dey (kakak aku, memang aku selambe je panggil dia dengan panggilan apa-apapun yang aku suka.. hihihi..), moga impian mu tercapai, nanti orang bagi mu tengok hokeh! (macam lah dia baca blog haku -_-")


Sesiapa nak belajar boleh klik sini ;)


.:. By .:.

Sunday, February 6, 2011

Idea semasa di dalam bilik air..

Bila mood bridezilla datang.. erm semuanya nak buat. itu ini sampai pening kepala mana nak start dulu. Mood teruja tu sampai memuncak-muncak. Hahaha.


Semalam, masa mandi..gosok-gosok badan. Eh boleh terfikir nak tukar font pada kad kahwin. Terasa nak letak tulisan jawi! Tapi cari punya cari dapat arabic fonts je. Ermm tapi bila letak cantik pulak!


Mana nak cari tulisan jawi?? Kalau lah impian ni jadi kenyataan.. bestnya kan? Mana melayu lama gitu..


Siapa yang tahu dimanakah untuk aku dapatkan font jawi ni secara percuma? Please-please..


.:. By .:.

Thursday, December 23, 2010

Lawa ke tak benda alah ni?

Tak tahulah nak buat apa dengan bunga ni. Cuba korang bagi pendapat sikit. Satu design dah ada 20 biji. Cukuplah tu kot. Dan yang ni macam nak buat lebih sikit. Tapi bila tengok rasa macam blur je.


nak letak mutiara ke? atau....


ke tengah tu nak buat cam ni?



Sangat blur sekarang. So, projek tu terbehenti ketika. Hahaha alasan.. Padahal ni musim hujan. Sedap tidur kan? Rasa sayang je kalau tak tidur. Hahahahaha.


Ok-ok serius. Korang rasa yang mana lawa? Ke dua-dua tak lawa? :P.


.:. By .:.

Tuesday, November 16, 2010

Project DIY yang tertunggak.

1. Projek DIY E-day story boook.

Haritukan, tanya BIL kos untuk buat story book. Bila dapat tahu, mak ai mahal! So cancel! Padanlah photographer change mahal *dalam hati,tahu takpe*.


So fikir-punya-fikir, dapat idea nak buat tri shutter album. Manalah tahu boleh guna untuk props masa nikah/sanding nanti.

Begini lah rupa tri shutter album. Ingat tak entry ni? Gambar tersebuat, akan dimasukkan dalam album ni. Tiba-tiba, ting! Dapat idea. DIY video (yang berkurun siap dan hasilnya wak Ajim suka!) juga akan diselitkan di sini.


2. Bantal.

Ini on progress. Kain sudah dibeli. Jahitnya belum lagi. Balik raya ni nak try jahit sendiri! Yeay! *gelek poco-poco*.


3. DIY bunga dari ribbon.

Ini pun on progress. Nak test dulu. Haritu test dekat kedai DIY (nanti buat entry kedai ini), jadi! Tapi, kena start projek bantal dulu. Sebab, mood adalah sangat teruja nak buat bantal.







*Iklan :

Kenapalah hari tu tak beli kasut macam ni. Kalau tak boleh DIY beadings! *mood : menyesal*

Kenapalah, rajin sangat nak buat veil sendiri! Ini pasti semangat buat veil masa bertunang haritu. Seksa dirikah?

*pict google-ed
.:. By .:.