Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Superstar-Libra Cruise dan Penang [2]

Oh ya lupa nak bagitahu dekat entry pertama, kitaorang ambil package 3 hari 2 malam je. 1 malam tidur dalam cruise dan 1 malam lagi dekat Flamingo Hotel,Penang. Kan cakap nak merasa dulu kan kan =P. Hehehehe. Cruise bergerak pada pukul 9 malam then pagi esoknya dia akan patah balik ke jeti. Hanya pergi ke tengah laut je. Oklah berbaloi dengan harga kan? Makan pun included.


Pagi esoknya itu, kitaorang pergi breakfast yang diaorang sediakan. Punya banyak makanan. Ada ala inggeris ada ala melayu. Sambil makan sambil tengok view dengan keadaan cruise bergerak.


Faris kalau jumpa bubur dia senyaplah. Sebab dia suka. Makan kenyang-kenyang, lepas ini kita berjalan ya nak :).


Lepas makan, kitaorang jalan ke deck 9 lagi. Tengok view .



Ewah kemain ko nak? So far Faris ok, suka dan dia pun macam selesa selama duduk dalam cruise. Yang penting tak mabuk! Sebab tak adalah bergoyang mana.Kalau Faris ok maknanya cruise ini oklah tu. Hehehehe.


Tengok je la eah Faris, mama malas nak bawa balik baju basah. Hehehehe. 


Masa ini matahari tengah mencacak. Nak ambil gambar pun susah. Berair-air mata. Pejam buka pejam buka balik mata. Hahaha. Tengok lah bukti kat atas itu, abah kalau ambil gambar paham jelah. Lama! Ntah apa dia settingnya. Hahaha.


Melawat kawasan swimming lagi sekali.


Jalan-jalan dekat deck 8 tak silap. Ada mahjonng table. Seronok? Sambil main sambil tengok view kat luar. Nyaman ok.


Tempat ini macam ekskutif sikit. Ada kasino, ada teater. Gitulah.


Ok, dah habis berjalan..kita pergi check in hotel pula. Terletak di Tanjung Bungah. Tapi sebelum sampai ke destinasi, kita singgah dulu mana-mana yang berdekatan. Hehehe. Kita ke Penang Hill dulu. Alang-alang dah sampai Penang kan? Ambil peluang la. Hehehe.




Penang Hill. Petama kali datang. Hakhakhakhak. *ketawakan diri sendiri. Masa time belajar pernah nak naik tapinya, ya ampunnnnn ramai. So malas nak beratur kita naik lain kali je la. Masa aku pergi Bendera Hill kali ini, cuaca sejuk sedikit. Tengoklah tu kabus tebal kan? Tak nampak sangat view laut masa ini.


Time-time sejuk sedap makan kacang kuda. Banyak kedai kat atas itu. So jangan takut kalau tiba-tiba kita lapar. Haha


Ok dah nampak view. Masa ini ada tourist dari Bangladesh offer nak ambil gambar kitaorang. Kemain ko, siap closeup, kejap-kejap ambil dari atas bukit. Layankan je la =D. 


Lepas penat berjalan kat atas Bendera Hill, kita pekena rojak pasembur pulak.


Nah! Untuk 2 orang makan. Hahahaha Lepastu aku try laksa penang. Adohai memang kembung perut. Dan malam pekena nasi kandar beratur =D. Memang balik hotel, tidur terbongkang. Hahahaha.


Keesokannya kitaorang breakfast dekat hotel. Pun termasuk dalam package. Senang kerja mak =D.


Faris teruja dengan moi. Tepi tu kolam renang. Depan lagi, laut!! Tenang amat! Suka!


Lepas makan kitaorang jalan-jalan kat pantai. Cantik, pantai pun bersih area Flamingo ni.



Totally best! Perjalanan pulang, kitaorang cari Kapitan restoran pekena roti nan chesse. Yumms!





Terima kasih GROUPON merealisasikan impian kami! *ala-ala iklan romantika AA :P




+ By +

Tuesday, January 28, 2014

Superstar-Libra Cruise dan Penang [1]

Suatu hari sedang melihat apa yang ada kat groupon, tiba-tiba mata terpana melihat satu iklan...


Naik cruise! Jari jemari cepat menekan nombor telefon suami.

Hello, yang kat groupun ada iklan naik cruise!

Berapa?

500! 

Ha? Naik kat mana?

Penang.

Ok on!


(Si suami bagi lampu hijau*lompat bintang!)


Amacam, macam baca novel tak? Hahaha. Gitulah ceritanya di sebalik bagaimana dan di mana aku book package naik cruise. Yes, naik Cruise je. Saja nak merasa naik cruise, saja nak feeling Rose =P. Hakhakhakhak. 


Naik cruise di Penang dan check in pukul 3 petang. Kitaorang bertolak pagi sebab bajet memang nak pergi pekena makanan Penang. Singgah ke Kota Lama pekena mee goreng Hamed dulu. Kebetulan sampai-sampai hari hujan, memang sedaplah pekena mee goreng sotong kan? Dengan coconut shake plak tu. Memang aummm sangat!



*Merenjis airlio T__T


Dah pukul 3 petang, kitaorang pergi ke tempat check in. Tak jauh dari Kota Lama. Ramai rupanya yang naik cruise. Kitaorang di sambut oleh maskot naga. Hahaha. Kaunter dia ala-ala kauter kapal terbang. Tapi tak sebesar mana.  Sampai dekat pintu masuk, kitaorang diberi kad beserta nama masing-masing.



Canggihkan? Ke aku yang jakun? Ekekekek. Kad ini macam kad IC kita. Selama duduk dalam cruise kena ada kad ini dan yang paling best boleh bawa pulang buat kenangan! 


Dah dapat nombor bilik, kitaorang ke deck 5 di mana terletaknya bilik kitaorang. 


View perjalanan ke bilik. Ko tak rasa macam dalam kapal titanic? Ekekeke. Kapal titanic lagi besar la. Ini 3 kali ganda kecil kot. Tapi sebenar ini pun aku macam seriua dah. Tetiba terbayang karam ke, air laut masuk ke. Terbayang orang berlari-lari menyelamatkan diri macam dalam cerita Titanic tu.Hai terover imaginasi. Ha ha ha. 


Masuk bilik. Ok puas hati cuma tak adalah seluas mana. Cukup untuk kitaorang bertiga. Kira ok lagi sebab semalaman je tidur sini. Ruang bersih tapi tak macam bilik honeymoon la. Aku rasa kalau bilik honeymoon itu cantik kot. Oh tetiba macam nak merasa bilik excutive atau junior suite, macam dalam cerita Pisau Cukur tu. *hins hins =D.



Inilah biliknya. Ada 3 tilam ok cukup sorang satu :D. Satu tilam lagi kat dinding, kalau turunkan jadi macam katil double decker. Tapi kitaorang turunkan tilam tu sebab takut Faris jatuh, better turunkan ke bawah. Kalau anak ramai macam tak selesa sikit, better ambil bilik besar sedikit. Bilik air pun muat sorang sahaja. Bolehla 2 orang, kalau nak :D.



Lepas rehat-rehat, kitaorang berkeliaran ke deck 9 dan 10. Nak tengok view dari atas kapal. 


Deck 9. Ada swimming pool, twin hot tubs, pool bar. Boleh tengok map kat sini >> KLIK



Ni pula bahagian atas untuk tengok sunset. Cantik. Masa ini aku dah imagine kalaulah ke Phuket sure cantik permandang dia. OK tekanan kejap =P.


Lepas jalan-jalan, perut minta untuk di isi. Kitaorang ke restoran. Untuk makan malam, makanan Halal adalah berasingan dengan yang lain. Yang muslim di restoran, yang lain makan di Mariner buffet.


Esklusif kan? Dengan dendangan lagu romatik, ko rasa sambil makan sambil tidur. Hahahaha. Tak sangka tempat dia sangat-sangat esklusif. Dan lagi penting makanan best dan free (including package)!



Masakan jenis masakan orang penang. Nasi beriyani! Sedap!



Tengoklah si Faris makan bersungguh-sungguh. Abah dah macam style dato'-dato' baca suwatkabo dengan dendangan lagu yang romantik. Kuikuikuikui



Istirehat. Tak sampai 5 minit istirehat, anak aku melaboooor. Hahaha. So balik bilik mandikan dia.


Lepak-lepak kejap dalam bilik, lepas itu berkeliaran lagi ke deck 9.


Angin kuat gile masa ini. Sejukkkkk! Tengoklah rambut ayeh tu =)). Pipi tenbam aku pun dah jadi kecut. Hahaha. So tak tahan sejuk sangat, kitaorang ke deck 4.



Ada orang nyanyi-nyanyi. Feeling romatica de amour! 


Kitaorang lepak tak lama sebab memasing badan dah melekit dan nak berehat. So tak adalah ke kasino bagai. Hehehehe.



Dalam bilik boleh tengok view cruise bergerak. Siap dengan view depan cruise dan map! 


Oklah inilah sebahagian cerita dalam cruise. Next episod kita cerita pasal breakfast sambil tengok view kat luar dengan keadaan cruise bergerak!



Weeee!


+ By +

Thursday, January 16, 2014

Packing vs Unpacking

Hai korang!

Hari itu, berkobar-kobar nak update blog. Lepas tu stress tengok blog sendiri lepas tukar banner dan warna, aku tengok kat komen dah hilang. Hahaha terus mood kedaung la. So far sekarang aku nampak komen dekat imotiv je. Kat blog sendiri tak nampak. Sob sob. Setelah di kemaskini (cewah), sekarang dah ada kot? Cer try :P


Mood mesti lah dah ok sekarang. Tapi masih lemau sebab baru balik bercuti. Kebetulan haritu dapat tiket ke Bali pagi, dan hari ke-empatnya, malam so 4 hari suntuk kitaorang berjalan sakan. Sampai tersilap tengok waktu masa nak balik Malaysia. Nasib baik lah kan? Kalau tak free-free Air Asia untung. Hahaha.


Bila cerita pasal cuti mestilah berkobar-kobar nak packing barang. Gatal tangan, siap beli baju baru untuk pakai masa bercuti. Kan kan kan? :P. Packing adalah perkara paling laju bagi aku...cuma pening pilih baju je =D. So far baju Farislah terlampau banyak dari kitaorang. Pampers dia, susu dia, baju tidur dia, baju jalan-jalan dia...macam-macam lah kalau untuk budak kecik kan? Kang berpeluh dah melekit. Makanan tumpah dah kotor pula bajunya -___-".  Biar dia selesa baru syok jalan. 


Selalunya kalau berjalan dekat dan bawa kereta sendiri, aku selalu bawa beg kecil untuk Faris. Macam ini.



Faris dan beg kesayangan.


Tapi kalau berjalan jauh, aku satukan sekali beg wak ketut Ajim [nama baru selepas balik Bali, hakhakhakhak], aku dan Faris. Senang nak tolak. Buat nya aku terkejar-kejar kang susah. So better 1 beg je.


Itu cerita pasal packing. Kalau unpacking? Blup blup blup....





































BOLEH SAMPAI SEBULAN TAK MASUKKAN SEMULA DALAM ALMARI. Ni paling teruk yang pernah aku buat lah. hihihihihihi.


+ By +

Thursday, November 28, 2013

Pulau Mabul, Sabah[part5]

.....[part4]


Ok episod last =D. Episod last berkisahkan tentang, jalan-jalan kampung Pulau Mabul. Tak luas sebenarnya kalau ikutkan tanah yang ada di Pulau Mabul. Jalan 30 minit dah boleh habis satu kampung. Seronok, sikit sebanyak dapat mendalami kehidupan penduduk di Pulau Mabul. 


Mereka-mereka ini dalah suku kaum bajau. Pekerjaan utama adalah nelayan. Tapi nelayan kaya ok. Beriban duit hasil jualan =). Tapi, kat sana tak ada kecanggihan dari segi pendidikan dan kehidupan. 



Ok. Ni jalan untuk ke kampung Pulau Mabul dari chalet. Jangan risau titian ini selamat walaupun ada yang rongak hahahaha. Be careful je. Kalau nak tengok antara rumah termewah, kat sebelah tu adalah antara rumah mewah. Siap ada astro ok.




Sekejap je jalan atas titian tu dah sampai kampung. Di Pulau Mabul, elektriknya adalah dicatu. Elektrik, akan ada pada pukul 6 petang hingga ke 6 pagi keesoknya. Kalau duduk kat chalet tak panas pun. Dapat angin pantai, best! Jalan lupa bawa power bank dan kipas bergerak itu...kot kot korang tak tahan panas..leh pakai kipas tu kan. Hehehe.




Gerai goreng pisang.



Kedai runcit.




Ini pula, titian ke rumah nelayan yang menjual hasil-hasil laut. Apa ada?? 



Ada lobster!! Ada udang lipan dan macam-macam lagi.




Pelbagai ikan. Kitaorang ambil lobster. Tak mahal macam kat KL. Kalau KL boleh dapat makan seekor je..Sana lebih kurang 4 ekor boleh dapat. Murah tak murah??




Hasil pancingan kami di rumah nelayan tersebut. Kecur airliur tengok lobster T_____________T.


Sambil makan, sambil boleh tengok permandangan. Dalam gambar ini, adalah kanak-kanak Bajau Laut. Mereka akan minta makanan...kalau korang nak kasi, kasi...kalau tak nak pun tak apa. Apa salahnya sekali sekala sedekahkan? Rumah diaorang ini, terletaknya atas laut. Ya, atas boat besar. Membesar memang atas laut. Sekali sekala je diaorang akan turun ke tanah. Kalau korang berpeluang pergi sana, cuba tengok kaki diaorang. Memang berbeza dengan kita. Kaki diaorang agak besar dan lutut bengkok sikit. 


Nak tahu macam mana tengok mereka adalah golongan kaya atau tak? Kena tengok boat yang diaorang tinggal itu. Kalau besar, maknanya keluarga itulah yang paling kaya. Hasil tangkapan boleh cecah sampai 6 ribu sebulan! 


Memang unik kehidupan diaorang. Tinggal, makan, tidur...adalah atas laut. Main pun atas laut, selambe je berenang. Kalau aku dah tercungap. Hahahaha.



Oklah. Rasanya sampai kat sini sahaja coretan aku. Akhir, aku kongsikan permandangan kat sana. Kalau ikutkan banyak sangat permandangan..Tapi ini, aku pilih random je la ya.


Semoga menarik perhatian anda =D.
















Ok bye!



+ By +