Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Maxi Dress!

Dah lama rasanya aku tak bebel kat sini pasal fesyen kan? Now, kalau bab pakaian kena tanya wak. Bukan wak yang kontrol kalau dari segi pakaian tapi kalau aku salah pakai mula dia pandang lain. Kalau tak kena selambe dia tembak! Memang pedas weh.



Macam haritu, dia kata aku pakai tudung macam dalam cerita alibaba bujang lapuk. Alah yang time jual orang tu. Macam pak Arab pakai serban. Kesian haku kena gelak -_-". So sekarang, untuk elakkan wak dari menembak aku dan gelak, better aku tanya dia dulu.



Bila aku menyatakan hajat (hajat ok), aku nak try makai maxi, dia bagi greenlight! Memang aku dah lama nak pakai, cuma aku rasa macam tak sesuai dengan diri aku. Tapi kali ni hati dah meronta-ronta nak beli. Tak boleh tahan dah. Hahaha.



Bagi aku, aku tak berapa berkenan nak pakai maxi dengan inner. Ntah la. Nak nak aku ni pakai tudung. Aku rasa macam tak sesuai. Sebab, aku rasa sarat! Aku rasa lagi sesuai dengan cardigan pendek. Ni bagi aku je la ok. Aku rasa diri aku ni macam tak sesuai T_T.

Dan aku tak berapa berkenan dengan maxi di atas. Kalau aku pakai nampak macam mengandung. Kembang semacam. Nampak demok pun ada T.T. Susah kan aku ni? Semua tak kena.


Aku lagi suka maxi style macam kat bawah ni. Moh cuci mata!

Macam ni aku maksudkan. Pakai dengan cardigan.


Sekarang memang musim stripes kan?

Oh ini juga cun!


Bila haku tunjuk ada anak patung pakai ala macam ni kat wak. Wak say wow!
Ntah hape hape -_-


Oh like!!

Biru kesukaan sekarang.



Paling aku jatuh cinta sekarang adalah maxi yang bewarna putih. Nampak seksi! Aku dah usha satu dekat The Curve. Oh minta-minta lah ada lagi.



Oh berdoa agak kedai tu ada lagi stok!! Boleh bawa pergi honeymoon :D





Saturday, December 25, 2010

Tu lah, dah sangap.

Ha tulah... taknak lagi ikut berjalan. Lepas je makan, berak , jemur kain, baring, bangun, ngadap pc dah sangap. Orang ajak berjalan pun haku taknak. Malas. Panas dek non. Biar punggung sebelah ni kempis, baru keluar berjalan >.<.


Maka timbullah idea-idea sengal yang tak diingini. Masyarakat~ By hang dah tuwo tau! Hahahaha.


Ambil segala makeup, amik segala tudung. Cuba-try-test.


Kantoi pakai baju kelab GF -_-".



Alololo.


Lepas tu bosan bergaya. Buka youtube. Tengok si Hana Tajima, ikut toturial dia.

Gagagagaga

Sungguh bulat. Ingat comel buat muncung-muncung tu?

muka bajet muka-cover-album -__-.


Kalau mak aku terjumpa entry ni matilah. Mati-dia-cop-aku-dah-jadi-macham-cehikgu-shida-syok-sendiri-tak-ada-apa-kerja-nak-buat-kat-bilik ;P. Nasibtakbuatyoutubeje.



.:. By .:.

Thursday, December 16, 2010

Hijab Fashion...saya tertekan

Hihi. Kita lupakan sekejap blog yang dipenuhi dengan mood 'bridezilla' ni. Lupakan dunia perkahwinan. Hish By ni, kalau taksub pun jangan hilang arah.. berpijak di blog sendiri. Hahaha.


Oh ramai (mungkin?) tertanya-tanya mana pergi identiti blog ni kan? Ni diari, so apa-apa tentang hidup aku..aku update sini. Bride wanna be? InsyaAllah. So korang kena layan mood bridezilla tu. Hihihi.


Ok bebeh let's start. *apahal keluar perkataan bebeh lak ni *


Kadang-kadangkan, pening nak pakai tudung macam mana dah. Agak jemu kang ada yang datang office, balut kepala dengan kain batik. Huahuahuahua.


Dulu style ekin. Sekarang dah malas gosok dekat awning tu, sarung tudung syria je. Ikat rambut, sarung, siap -__-". Tak payah gosok.


Sekarang tengah mencari-cari apakah style yang sesuai. Yelah dah pakai tudung syria je, nanti orang dah tak cam muka. Piring terbang ke kopi o By ni. Bolat lebih kurang sama dengan T_T.


Bukan tudung je, fashion pun nak update. Tulah perempuan. Kalau lelaki senang je kan? Tak payah nak fikir. Sarung seluar, baju, tali pinggang (itupun belum tentu pakai), sikat rambut ala kadar. Dah siappp. Perempuan?? Huhuhu.


Oklah jom cuci mata.

sumber : - http://fiminin.blogspot.com

wah kalau pakai mana ni pergi office agak stylokan? Aku dah cemuih pakai benda yang serupa. Duit, come here please! Nak tukar imej.

Tudung pun stylo. Kalau cam gini gaya ada yang aku bangun pukul 4 pagi -__-". Eh macam mana pakai tudung tu?


Oh suka style yang tengah tu.

Belum berani pakai macam ni. Legging. Sebab rasa peha ni besau semacam.


Dan last.

Eh eh ni aku =D. Dalam kereta je berani. Keluar kereta aku guna mata asli ^.^.


Ntah apa style tudung sekarang. Dah cemuih(bosan), apa kata kita potong rambut. Eh.

.:. By .:.

Sunday, April 18, 2010

Masalah besar..

Mak memang ada masalah besar, bila nak ber'fashion-fashion' ni. Tak pandai sangat. Huhuhuhu. Kalau dulu, mak lagi senang pakai t-shirt dengan jeans je. Tapi, sebab mak belum kahwin kena pakai ladies-ladies gitu. hahaha. Boleh tak statement mak, macam itu?

Mak ada Press Dinner ni. Mak nak pakai baju apa? Katanya simple dan glemmm.. Haih, bab glam memang mak lemah, terus pasrah. Mak memang tak suka sangat pakai glemm-glemm.. Kalau ada labuci banyak-banyak tu, memang mak tak pakai sangat. Mak tak suka orang tengok mak (macam orang tengok kan?).

Mak perlu pendapat. Tolong dan bantulah mak.




Glemm ke? Pink lagi * pengsan*

Kalau mak pakai dengan legging jeans ok tak? Pastu mak pakai rantai putih. Inner putih. Tudung? Erk takde pula tudung putih. Ke rantai hitam. Inner hitam. Tudung hitam? Pastu mak pakai cincin besar hitam. Ok tak? Malam-malam bukan orang nampak ye dak? Oh handbag? Adoi..pakai beg plastik pink sudeyyy :D.

Sesuai ke?


Mak yang sedang dibelenggu masalah;

.:. By .:.

Thursday, December 10, 2009

Skirt... Oh ladies!

Transformasikah aku? Tidak. Kecik pun aku ada pakai skirt. Tapi aku lagi senang pakai seluar. Senang nak lari sana sini. Nak merangkak pun senang ;P.

Malas pakai skirt ni. Tau je la...kalau terangkat nampak segala bulu-bulu kaki, peha 'drumstick', kulit putih gebu.. *perasan.

Sebenarnya aku pernah pakai skirt, masa sekolah rendah. Tapi masuk je darjah 6 aku dah ada perasaan malu. Tak tahu kenapa. Ia hadir tanpa dipinta. Cewah! Tu nampak dalam gambar, aku adalah yang ber'circle' merah tu. Masa ni darjah 4. Jadi pengawas sekolah =D.

Masuk alam dewasa sampai la alam pekerjaan..Aku langsung tak pernah pakai skirt. Then dapat tawaran kerja gomen (dulu).. Aku kena pakai skirt bersama baju keparatkorporat. Terkangkang-kangkang aku jalan. Macam bapok. Tapi aku rasa bapok lagi lawa jalan dari aku =D. Pastu pulak pakai heels. Lagi lah tekecah-kecah aku jalan..

Gambar di atas, adalah pertama kali aku pakai skirt ditempat kerja sekarang. Hari Jumaat adalah hari yang boleh berpakaian bebas. Suka hati nak pakai macam mana asalkan 'sopan'. Tu pun budak-budak laki pelik tengok aku pakai skirt. Diaorang cakap gila ladies!! =D

Owh, gambar yang ini adalah menunjukkan pertama kali aku berkenan, jatuh cinta pada skirt. Tapi skirt ni cuma pakai sekali je..

Kenapa eik ada perasaan malu sebegitu. Dan nampak pelik ke kalau aku pakai? Atau sebab aku nampak otai? =D


* Ayat macam formal lak. Aku ngah penin dan pinau mata buat kerja :(

Thursday, December 3, 2009

Mana ok?

Ni gambar bila ntah aku edit. Terjumpa tadi, masa aku cari gambar aku pakai selendang. Amacam... ada ok?

Macam ini ka? Tudung ekin..

Macam ini ka? Lipat biasa. Gambar ni aku makeup =P.

Macam ini ka? Pakai anak tudung macam topi tu. .

Macam ini ka? Mcm sister pun ada. Tengok pon aku menci! Baru perasan ;P . Mulaaaaaaaaaatttt macam bola.

Sumpah aku benci entry ni! Tapi buat jugak! =D

Kadang-kadang aku ada masalah less confident :(


Wednesday, November 25, 2009

I luv fashion!

Semenjak dah dewasa ni (cewah dewasa ke? tua? mana satu?), aku dah mula gila nak melaram. Nak belajar make up, nak belajar pakai 'stylo' skit, macam-macam lah (maybe dah pandai cari duit sendiri).

Seingat aku, dulu.. tak suka sangat ber'pesen'. Malasla..Nak pakai baju lawa-lawa. Nak makeup. Huh? Sebab dulu masa kecik aku tomboykah? Pergi kelas masa kat unibersiti dulu pun boleh dikira hari yang aku betol-betol pakai 'proper'. Lebih senang pakai t-shirt dan jeans je. Pastu kena jalan kaki semua bagai. Lagi senang pakai se'simple' itu kan?

Even kerja pun, kadang-kadang je aku makeup. Kalau tak tepek bedak je la. Antara sebab-sebab aku jadi cam ni :

- malas nak makeup nanti lambat =P.

- kalau solat ke, kena sapu balik bedak bagai.

- malas sebab kening tak cukur lagi. *Eh ada kena mengena ke?

Tapi boleh je makeup kalau lambatkan? Tepek bedak dalam kereta mungkin? Kalau ada driver takpelah. Ni drive sendiri. Takkan nak makeup masa drive? Gila! =D

Sekarang aku dah macam gila ber'pesen'. Duk tengok web 'fashion' je. Nak pakai tapi rasa malu. Kenapa ada perasaan macam tu eik? Korang ada gak rasa cam tu?

Puas dah aku motivate diri aku sendiri supaya berani =D. Lantak p orang pandang ke kutuk ke apa kan?

Macam kelakarpun ada aku ni. Ye la buat apa nak malu kan?

Bila aku jumpa kawan lama-lama aku, ada je cakap aku dah lain. Dah ladies! erkkk??

Tadi duk jenguk-jenguk website, aku jumpa website StyleCovered. Suka lah cara dia pakai. Boleh ke aku melakukan transfomasi sepertinya? =D

Aku cilok gambar dia. Aku suka!

Hope u dun mind :)..

Eh tetiba! Sekarang aku berjaya la pakai selendang. Dulu selalu je cakap tak sesuai, sebab muka bulat :(.

So apa kata korang?

Thursday, November 5, 2009

Tetiba nak pakai...

Tetiba kan kan kan kan..tengah-tengah mengadap segala gambarajah network (kerja) , aku leh berangan nak pakai fashion lain lak :D. Fashion time!!! Terus google-ed cari pictures.. Target bulan ini? Yeah! Ada sesiapa terjumpa sila bagitahu aku ya?

Fashion ni.. Overalls. Teringin gila sebab masa kecik dulu pernah pakai. Korang ada pakai tak overalls? Comeykan, kan? Sekarang nak pakai balik boleh? =P

*comey*

*auw!!*



*Pakai dengan kemeja, boleh bawa ke office kan?*


*smart*


*hoh! Jangan jadi macam ni sudah* hihihihi. Kalau pakcik ni tengok gambar ni kat blog ni, mampos aku...

pictures google-ed

Kalau beli bulan ini, aku kena nekad..turunkan berat badan sehingga 47 kg.. 45 kg tak boleh, keding sangat. Nanti macam galah lak =P. Derma darah pun tak boleh nanti...

So target! target! Turun sehingga berat 47kg!!

Syuhhhh!!! Pergi baca doc!! Berangan je, tu jerawat naik! * berkata untuk diri sendiri =D

Thursday, October 22, 2009

I want i want!!!


Aku cari baju fashion ni skang.. Nak color white.. tapi hitam pun cun gak kan? Hanya brand ZARA je yang berkenan di hati sekarang.. RM 164..huhuhu berbaloi kah ?!! Ada lagi satu RM 300++ (lagi parah!!). *pening!

Thursday, October 8, 2009

Seakan...

Haritu tempah jubah seakan dalam gambar ni...



warna jubah adalah warna pink. Potongan sebiji macam ni..

Cuma bahagian pinggang, ala ala macam yang Siti pakai ni. Leher pulak aku buat betuk V dan ada kedut-kedut sikit * seksi :P ...dan bahagian lengan macam lengan baju kurung Riau..

Sekalipun aku tak pernah pakai setelah siap dijahit. Tak tahu majlis mana yang sesuai nak pakai jubah ni. Lagipun tudung yang sesuai tak jumpa lagi. Mungkin akan pakai ke majlis tahlil atau open house? Sesuai ke pakai masa open house? Sekarang dah raya ke berapa kan? Jarang orang pakai baju kurung atau jubah-jubah ni.. * termenung..

Cik By

Monday, October 5, 2009

Dealova~~ :)

Tersangatlah letih..tapi hari ini nak senyum je boleh? :D

Tak sempat nak share info,club21 ada buat sales haritu kat Bangsar Village. Ingat sempat lah nak share info, tapi sampai je rumah kakak..memang tak sempat langsung nak menjeling komputer apatah lagi menyentuh komputer! Sales tu habis semalam.

Sori!!! :(

DKNY skinny jeans yang berjaya di rembat ;)

Hari ini, rasanya tak sempat nak update cerita banyak-banyak. Kalau ada masa free kita gosip2 :P


Cik By

Friday, October 2, 2009

badminton dan merembat DKNY skinny jeans! Persoalannya??

Malam ni kalau jadi nak main badminton!
Yahuu!!! Sudah lama tidak bersukan!!
Mau kecikkan apa-apa yang dah besar :D
Tadi dah merembat DKNY skinny jeans :P oit oit oit...ada sales!! sampai 90 % wooo!!!! CK ada.. Armani E ada!! :D Suka-suka!



Cik By

Sunday, September 27, 2009

ehem ehem!!


dah pakai cincin 'datin'

dah pakai kanca mata hitam :P

* perasaan malu..tapi mahu :D


Cik By

Saturday, September 5, 2009

Labuci...

Sekarang tengah menggila menjahit labuci... sampaikan waktu-waktu yang terbuang telah berisi penuh dengan aktiviti ini :D. Habis baju lama dan baru direkacipta supaya ianya naik seri :P. Termasuk lah baju raya aku. Baju raya telah dibeli tadi (tidak sabar nak menyambut raya! Walaupun cuti aku hanya sedikit saja).


Rembatan labuci telah berlaku hari ini gara-gara hasutan dari mak dan kakak aku *wink! Mana boleh nanti diaorang cantik, aku tak cantik :P.


Telah pergi ke Jakel membeli sedikit kain .. Jalan-jalan di Ariani untuk melihat 'design' labuci di tudung. Boleh meniru sedikit idea dia (ops!). Al-maklumlah, aku budak baru belajar. Perlulah melihat contoh orang kan?



Telah berjalan-jalan di kedai labuci , sekitar Jalan TAR..



Inilah hasil rembatan labuci yang dilakukan oleh aku tadi :P.


p/s : mintak2lah tak punah baju aku ;)


Cik By

Wednesday, August 12, 2009

Ber'hijab'

Dua tiga bulan kebelakangan ni, aku suka menggayakan 'hijab2' ni..tapi muka je la tak macam muka arab muka jawa ade :D.

Aku belum cube untuk pakai macam ni..Muka bulat aku rasa agak sesuai kot..eik??


rembat dari sini

Ha macam ni la aku nak cuba..pakai anak tudung tu..ok tak? Boleh 'cover' dahi aku yang luas ni :P

Sekarang ni, aku pakai macam ni je!


p/s : Kalau ade salah 'typo' tu minta maap la eik..aku suka taip laju2..hehehehe ;) peace!


Cik By