Thursday, July 30, 2015

Menanam


Hi!

Cantik tak? Geledah gambar tadi dalam laptop, jumpa gambar bunga kemboja ni. Rindu plak nak tengok dia berbunga. Sekarang tak berbunga. Menghijau je daunnya.


Pokok bunga kemboja ni, antara pokok bunga yang aku suka. Lagi satu Lotus! Eh eh pokok Harum Sundal Malam sekali, Ros punnnn Eh banyakla. Hehehe. Sekarang, tengah menanam pokok Harum Sundal Malam. Tak sabar nak tengok pokok tu berbunga.


Belakang, aku buat herbs garden. Senang. Sekarang, kalau daun kunyit tu dah berapa ringgit seikat kan? Guna sikit je pun. Skang dah tanam serai plak. Hahahaha. Lepas ni nak cari pokok limau purut :P. Nak DIY herbs garden tak sempat lagi. Nanti-nantilah tengok kelapangan masa.


Seronok sebenarnya menanam. Tapi kalau menjadi la. Kalau tak menjadi malas juga hahahaha. Orang cakap selalu cakap dengan pokok baru la dia menjadi. Aku try la juga tapi tengok juga time tu ada orang ke tak hahaha. Kang orang pelik pula tengok aku bebel sorang :D.


Ok la nanti kita share lagi. Da!



+ By +

Monday, March 16, 2015

Perubahan.

Hi!

Dari ke sehari nak menulis. Tapi, hurm tak cukup masa bagi aku sekarang. Banyak melepak dekat instagram dengan FB. Tapi instagram pun macam dah sayup-sayup Hehehe.


Balik kerja, mandi,makan.. layan anak pulak.... anak-anak dah tidur aku buat kerja sikit. Walaupun Faris dan Durrah tak banyak ragam tapi biasalah dah jadi isteri, mak, badan mesti agak letih sikit la kan? Ada je kerja lain nak menghadap. Lepas itu, tidur lena dan mimpi pun jarang dah. HAHAHA.


Hurm betul kata orang, dah jadi mak kena cergas.. buat kerja laju-laju. Kejar masa. Mengemas rumah pun tak habis-habis lagi. Ada je kan! Aku dah jarang memasak macam dulu. Kikikiki itu yang aku notis. Aku kena betul-betul bahagi masa. Pergh baru 2 orang kan. Belum yang sorang lagi start sekolah.. haruuuu
 -_-".


Sabtu Ahad pula penuh dengan aktiviti bersama anak dan rumah. Kesian pula kat Faris. Yela aku balik malam. Kadang-kadang je aku sampai nampak la lagi matahari. So masa ini lah aku nak spend dengan dia. Kalau hari biasa, aku biar je dia main dan lewat sikit tidur, Kesian dekat dia, dah la  tiada masa nak  main dengan mama dan abah dia ;(. Tapi itu pun kadang-kadang ya. Nanti nak sekolah susah pula mama nak gerak pagi-pagi.


So far Faris tak ada lah cemburu sangat bila dah ada adik ni. Tapi dia macam nak perhatian. Itu pun gap lama la juga kan? Faris macam rasa nak disayangi. Nak mama dia dengar dia cerita, tengok dia main. Ha macam tu la lebih kurang. Tak ada lagi acara pukul adik dia sebab cemburu ke. Hish jangan buat cam tu ya.


Durrah sekarang dah kenal abang dia. Aku decide hantar Durrah sekali dengan Faris dekat rumah pengasuh. Tak sanggup nak pisahkan. Aku tengok Faris dah pandai jaga adik, main dengan adik... :). Durrah pun bila tengok abang dia, tersengih-sengih. Sweet sangat tengok masa ni. Be a good abang ok.


Itulah antara perubahan yang aku lalui. Tu belum masuk tanggungjawab kepada suami. Sediakan makan untuk suami. Borak dengan suami. Banyak lagi ok. Semua itu kena agihkan dengan adil :).



Tengok la gambar ini. Tidur pun nak menyelit kan mama. Habis Abah? HAHAHA.



Da~



+ By +

Monday, January 12, 2015

Morrocan tiles.

Hi!

Hari tu masa pantang, duduk googling pasal tiles, tetiba berkenan sangat dengan morrocan tiles. Cantik dan nampak klasik. Erm bila dah terbaring je masa pantang. Kekonon berehat (sakan), mulalah berangan bila ada rumah nak selitkan morrocan tiles kat sudut memana. Heeee.


Bila fikir ada ke kat Malaysia ni? Yes ada! Tapi limited pattern. So aritu survey dapatlah yang aku berkenan :). Beli satu pattern tetiba macam eh nak lagi la lain pattern...pastu ehh nak lagi la. Tapi bila fikir dah kenapa aku nak letak semua morrocan tiles. Kang pening lak tengok seluruh rumah bercorak :D. So aku decide 2 tempat aku letakkan morrocan tiles.


Tempat mana? Hurm tunggu lah selepas siap. Ni pun tengah berdebar takut orang pasang salah. Huhuhu. Moga-moga oklah hendaknya.


Ni lah morrocan tiles yang aku cakap tu...



Ok tak? Aku ni taste macam orang klasik.fm skit :P. Hehehe. Takpelah janji hati suka kan?



Memang susah nak decide pilih apa...nak dekor macam mana. Banyak gak majalah aku belek. Blog pun dah banyak aku explore. Kejap nak macam ni kejap nak macam tu.. Last-last ikut rasa hati je la. Asal hati gumbira, dan sedap mata aku memandang. He he he he. 


Psssst! Seronok juga bila baca blog semula. Banyak tips yang diaorang share boleh digunapakai :). 


Actually, kitaorang baru je dapat tempat berteduh. Ada lah sikit dekor-dekor. Tapi tempat limited so, ikut space yang mana ada je. Syukur lah kan? Ni baru 1 bulan duduk rumah tu. So far ok, rumah masih lapang...leh la Faris main bola sepak terajang sana terajang sini. Hahaha.


Dan bermulalah kehidupan baru kitaorang sebagai penduduk (tetap) kat situ. InsyaAllah:). 


So welcome new home and new friends!




+ By +

Tuesday, January 6, 2015

Hello 2015 !

Hampir 3 months aku tinggalkan blog, kini aku kembali selepas pantang! Hahaha. Banyak cerita dalam cerita nak diceritakan. Tapi rasa tak mampu. Hanya ringkasan yang aku rasa perlu coretkan sebagai kenangan aku setahun demi setahun. Apa kejadah aku taip macam novel plak ni kan? Well you know me! Maintain jiwang. He he he


2008
Aku start menulis blog. Bagai nak gila la aku menaip. Satu hari pernah mencapai 5 entry! Ha ha ha.

2009
Penuh dengan entry emosi dan aktiviti harian aku.

2010
Tahun yang mencoretkan kenangan manis aku. Aku bertunang!

2011
Tahun ini dengan izinNya aku berkawin :).

2012
Kehadiran Faris pada tahun ini meberikan seribu kenangan. Banyak aku belajar sebagai ibu, isteri dan sebagai wanita kerjaya. Aku belajar juga erti kesabaran dan ketabahan seorang wanita. Cewah!

2013
Aku banyak habiskan masa dengan kerja, anak, jalan dan suami. Aku rasa dalam blog ini juga banyak entry tentang tumbesaran Faris.

2014
Sekali lagi tahun ini mencorekkan seribu kenangan dengan adanya permata hati bernama Farhana Durrah. Syukur aku kepada hadrat Illahi kerana memberikan amanah yang tak terhingga ini.

2015
Dan kini aku sedang belajar sebagai kehidupan seorang isteri dan ibu kepada dua anak! Huru hara kau! Ha ha ha. Belum lagi 3,4 dan 5 ehhh?? Ha ha ha.


Mama love both of you! Terima kasih menjadi anak mama. Dan masih boleh bertolak ansur. He he he.

Welcome 2015!

Semoga aku menjadi seorang yang matang dan matang dan matang! :)

Thursday, October 16, 2014

290914. Alhamdulillah. Baby girl in the house.

Hi blog.

Aku dah selamat bersalin baby girl pada 290914 (Isnin) Alhamdulillah :).


Macam tak disangka-sangka sebab due date 5/10. Tapi itulah kata orang tuhan yang tentukan semua kan? Tengah elok siang tu pergi Ikea dan malam pula tengah tengok AF sambil borak dengan mak... Aku tertanya-tanya masa tu bila la baby nak keluar. Lepas tu mak aku sampuk, bila-bila je..asal dua-dua selamat.


Tiba-tiba rasa something..pergi toilet, eh signal ke ni... mak pun suruh segera pergi hospital. Nasib la malam minggu..sah sah tak jem masa tu.


Sampai check dah 2cm. Ok lambat lagi la ni kot. So kena tahan ward.


Keesokkan pukul 7 pagi, nurse bawa pergi labour room.


Duduk la aku dengan wak dalam labour room. Tup tup pukul 12 tengahari nurse check..eh dah tiba masanya! Ya Allah rasa cepat sesangat. Kalau ikutkan aku maybe petang baru bersalin. Tawakal-redha-berdoa. Itu je mampu. Cuma sesekali ade minta air. Dahaga. Ngehngehngeh.



Masa dekat labour room. Kredit to wak.


Alhamdulillah kali ni boleh normal. Rasa macam mimpi. So sekarang i need to rest.... 44 days ;). 



-Syukur-


+ By +

My sweetie pie

Lilypie Angel and Memorial tickers