Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Baru keluar ward dailycare pun gagahi untuk memasak..

Termasak masin sedikit. Orang tua cakap, kalau masak masin nak kahwin. Apakah? gagagaga...
Kari tidak dimasak dengan santan.

Budak rumah masak. Sensungguhnya udang ini sangat sedap. Nak-nak bahagian kepala. Jadi bengap kejap aku hari ini.

Sekian *_*


p/s : aku dah buat link PR bleeding kat tepi tu.... Senang untuk korang review.

.:. By .:.

Wednesday, March 24, 2010

Resepi Ketam Cili By

9 ekor ketam dibelah dua (digoreng dahulu 1/2 masak)

1 paket udang kering (kecil)

2 batang serai

5 biji bawang putih

3 senduk cili kisar (senduk sederhana)

* tumbuk serai,udang kering dan bawah putih

- tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan cili kisar sehingga naik minyak

- masukkan garam secukup rasa

- cubitkan sedikit gula (untuk warna menjadi hitam)

- masuk dan gaulkan ketam tersebut dan biarkan dalam 5-10 minit.

Siap!!! Hihihi..Resepi ni aku try je. Aku rasa kat kedai then aku cuba masak kat rumah :D.

Tuesday, November 24, 2009

Bubur alahoyah Cik By


Alahoyah? hahaha! Tatau lak aku maksud dia apa. Nama aku letak je tu.. =D

Bahan-bahan:

3 biji bawang putih (ditumbuk)

1 hiris halia sebesar separuh ibu jari (ditumbuk dengan bawang putih)

2 biji kentang (dipotong dadu)

1 biji lobak merah (kecil dan dipotong dadu)

7 cendawan butang kering (dihiris halus-halus, rendam dulu cendawan kering ni)

1 cawan beras

250 gram daging (dicincang halus)

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dah halia.
2. Masukkan daging, tumis sehingga separuh masak.
3. Masukkan lobak merah dan kentang (dalam 1 minit).
4. Masukkan air 2 gelas dahulu.
5. Masukkan beras yang di bilas bersih.
6. Kacau dan biarkan mendidih.
8. Masukkan garam halus 2 1/2 sudu (jangan banyak sangat sebab bubur akan menjadi pekat, kang masin lak). Ikut selera masing-masing.
7. Tambahkan air sehingga bubur tersebut menjadi halus.

Selamat mencuba~ =D

Kepada Iz, next year By masak lagi =P .

Kepada Lin, aku tahu ko juga mengidam kan?



Sunday, November 1, 2009

Tom yam Poktek ala Cik By..

Sebelum terlupa hari Jumaat lepas, aku masak tom yam Poktek (tiru resipi kat D'tomato). Aku saja-saja try menjadi lak. Beberapa pujian telah diterima =D. Terima kasih pada mak, anak buah dan kakak kerana memuji masakan aku (tatau la kalau diaorang nak ambil hati ke kan? hihihi). Suci paling banyak memuji, " Ichu sedaplah tong yang ni"...

Tapi aku lupa lak nak snap gambar. Sebab, lepas makan terus bersiap-siap ke Ikea. Takpa lah aku nak simpan resipi kat blog kesayangan. Boleh gak share ngan korang kan?


Bahan 1 :

5 ekor udang galah

5 ekor sotong

separuh ikan jenahak

(cari lala tak ada plak..boleh gak kalau nak letak ketam).


Bahan 2 :

4 batang serai (dihiris halus)

1/2 helai daun limay purut (dihiris halus)

sedikit lengkuas (dihiris halus)

6 cili api (dihiris halus)

2 biji limau nipis


Masukkan bahan 1 ke dalam air yang mendidih... Setelah 8 minit masukkan bahan 2 yang dihiris tadi. Last sekali perahkan limau nipis dan masukkan garam secukup rasa (kalau nak masam lagi lebihkan limau dan jika nak pedas tambah cili api).

cubalah~ google-ed


Pasti terangkat!! Macam iklan Adabi lak =P

Friday, September 25, 2009

Laksa lemak idaman kalbu..

Disebabkan sekarang ramai yang dah start buat openhouse. Meh sini aku ngajo buat laksa lemak. Rupanya sangat senang ok!


Bahan A:
- Laksa (kering atau yang dah siap cuma celur je).

Bahan B :
- Kacang panjang
- Kacang botol
- Timun
- Pucuk gajus
- Kubis
- Daun selasih
- Bunga kantan
- Daun ulam raja
- Pucuk pegaga
- Taugeh
(sebenarnya Bahan B ni, ikut selera korang nak letak ulam apa..)


Bahan C :
- 10 ekor Ikan kembung (direbus)
- halia (sehiris)
- bawang merah besar (3 biji)
- lada hitam (satu sudu)
- santan (sebiji kelapa)


Bahan D :
- Cili merah (3 biji)
- Cili api (4 biji)
- Belacan
- Gula (sudu kecil)
(ikut citarasa nak letak cili berapa banyak)

Cara-cara :

1. Celurkan laksa kering tadi selama 5-10 minit.

2. Ambil isi ikan yang di rebus tadi. Tumbuk bersama halia, bawang merah dan lada hitam (kalau nak blander pon boleh). Masukkan semua ke dalam santan. Kacau sampai sebati. Masak di atas dapur sehingga mendidih (kacau pelahan-pelahan). Letak garam secukup rasa.

3. Hiris ulam-ulaman.

4. Tumbuk cili besar, cili api, belacan dan gula. Tumbuk sehingga lumat.

5. Siap! Sudah boleh dihidang!!

Slurpp!!!

* kalau ikut style Terengganu kuah tu tak di masak atas dapur..kacau semua bahan dan terus makan.

* resipi ni untuk satu kampit laksa :D

resipi drpd mak, oleh;

Cik By



Saturday, September 5, 2009

Day 1, day 2 & kelmarin....

Lama sungguh tidak meng'update' blog dengan gambar dan cerita...huhuhu...Harap maklum, ini adalah cerita lapuk yang sudah dekat seminggu yang lepas.
*
Day 1 @ kampung

Gambar makanan ini, telah di ambil secara rawak (lama tak guna perkataan ni) ya! Kalau letak semua kang orang cakap ni jin ke manusia yang makan? tak muat pulak :P.
Ikan phatin masak tempoyak, sambal tempoyak dan sardin roll..sardin roll dibuat sendiri..bangga!

*

Day 2 @ kampung


Ha banyakkan? :D Semua adalah 'fav' aku. Ketupat sotong, sambal jering, kerabu jantung pisang (bersama kerang), sup tulang, kuih-muih sukaan aku, nekbak kesukaan kakak, pengat pisang juga kesukaan kakak. Nekbak tu pernah la aku rasa tapi tak gemar la. Manis! Kalau tidak di sira macam bahulu cuma tawar je rasanya.

*

Kelmarin..


Semua makanan di atas (kelmarin), semuanya adalah ciptaan sendiri :D. Bangga lagi! Puding mangga, air sirap, paprik udang, sup ayam dan sambal ayam penyek..
Sekian sahaja, laporan di By's journal mengenai makanan :D

Terima kasih..

p/s : sekarang telah berada di rumah kakak.. aku sedang sibuk menjahit labuci di baju kurung ;)

Cik By

Friday, August 28, 2009

Merealisasikan OR direalisasikan?

Aku telah merealisasikan hajat di hati selera tekak aku semalam. 3 Pinggan aku melahap tak hingat! :D

Asam pedas ikan gelama mak iloi iloi . Ikan pari tak ada :(


Kangkung belacan walllllllllahh! :D

Telur masin khas dari Pekan Sari, Pahang

Telur dadar mesti ada untuk melengkapi selera aku ;).


Air sirap!

p/s : lepas makan semua ni, perut aku dah macam orang mengandung 3 bulan :D. Masak sendiri tau XD


Cik By

Thursday, August 27, 2009

Bunga Nasi Kerabu..

Ni la bunga nasi kerabu..

Pokok ini, mak aku tanam kat tepi halaman rumah. Memang dari dulu kalau mak buat nasi kerabu, mak akan gunakan air perahan bunga ni.. Tak main la pakai pewarna biru tu! Tak asli...Aku lagi suka buat nasi kerabu tak gunakan pewarna..bahaya beb!! Kalau kat KL ni, pakai pewarna je la... :( Nama pokok ni? Aku pun tak tau nama sebenarnya. Aku panggil pokok bunga 'nasi kerabu' :D.

Ok kita zoom lagi, tengok bunga dia macam mane ok?

Ni rupa sebenar bunga 'nasi kerabu'. Nak resepi nasi kerabu? Nanti aku 'interview' khas mak aku k.. Aku cuma tak lulus nak buat sambal je..lain semua dah lulus! Sambal tu kalau tak ada, tak menyengat la nasi kerabu tau!!! Tunggu k! :P

p/s : nak call mak suruh mak buat ketupat sotong sabtu ni..Aku coti!! 4 days ok!!!


Cik By

Monday, August 24, 2009

Hitam si hitam manis...

Walaupun hitam di pandang manis :D. Resipi campak mencampak telah berlaku malam tadi... Mulanya aku melihat pisang yang layu mati taknak di makan tak mau . Aku mengambil keputusan untuk membuat resipi 'cacar marba' aku (tawakal saje kalo tak sodap xD). Inilah hasilnya! Licin wa cakap lu!!


Walaupun tengok sebegini rupa korang jangan ingat tak sedap! Kalau letak dalam peti ais, lagi di yakini sedap tau. Rasa macam ais krim.. Ni lah dia, pisang goreng hitam manis aku :P

Senang dan 'simple' je cara dia.. Mula-mula, korang goreng pisang (goreng macam tu je tau, tak payah celup tepung ke ape). Hanya menggoreng dengan minyak masak sahaja. Biarkan minyak tu panas dulu di dalam kuali pastu baru masuk pisang (pisang hendaklah di belah dua). Goreng sampai garing (sampai luarnya nampak hitam tapi jangan lah hangus pulak).

Ok 'done'! Kuahnya, pukulkan 2 sudu 'butter' dengan 4 sudu gula. Kemudian masukkan 1 biji telur dan esen vanilla. Pukulkan sehingga ianya sekata. Panaskan 3 cawan susu cair (aku suka guna susu ideal) di dalam periuk. Masukkan bahan yang telah dipukul tadi. Kacau sehingga pekat.

Bila kuahnya sudah siap, korang boleh tuangkan ke atas pisang tadi.

Selamat mencuba.. :D Buat pemanis mulut malam ramadhan anda~~

p/s : resipi ni aku anggarkan untuk seorang makan :D. Jangan lupa kalo nak lagi sedap letak dalam peti ais k! Ayat aku bukanlah seperti chef. Mohon ampun :D


Cik By

Tuesday, August 11, 2009

Macam mane nak goreng telur??

Agak lucah bunyinya (ops!).Hahahaha! 'Entry' ini adalah khas untuk cik sheLLy sebab beliau goreng telur mata kerbau tidak menjadi (kata beliau asyik pecah je kuning telur..). Ok, hari ini aku ajar ko macam mana nak goreng telur ok?

Perkara -perkara yang perlu di ambil berat semasa hendak menggoreng telur :

1. Mestilah meletakkan minyak dengan kuantiti yang sedikit (2 sudu sudah cukup).

2. Panaskan minyak dahulu dan bila letakkan telur tadi ke dalam minyak, mestilah berbunyi (errrk mcm mane aku nak gayakan bunyi ni..) macam ni..keceeeeeeeeeeeh..

gambar di rembat dari sini


3. Biarkan telur tersebut jangan di balik-balikkan.

4. Tunggu sehingga tepi telur kekuningan (aku suka biar hangus tepi-tepinya).

5. Angkat dengan teliti dan sedia makan!


p/s: jangan pecahkan telur kuning aku...eeeeeeeeepppppp!



Cik By

Tuesday, August 4, 2009

Air Dried Noodle pilihan saya :D

Dah berapa minggu saya tidak makan nasi pada waktu malam. Ini adalah kerana elegik kedisplinan saya untuk membetulkan perut yang sedang membuncit sekarang ber'diet' malam! Jadi bila malam saja akan akan mengambil makanan yang ringan-ringan saja(boleh percaya ke?).

Inilah makanan malam saya malam tadi :D



Ni bukan maggi ayam tau! Ni adalah 'Air Dried Noodle' dari Vits. Kuahnya saya buat sendiri takpa meletakkan sebarangan perasa seperti ajinamoto. Amat sesuai kepada ibu-ibu yang bingung memikirkan resepi kerana anak-anak mereka mempunyai sifat degil untuk makan nasi. Nak resepi? Senang je!

- merebus isi ayam sehingga(saya letak 3 ketul kepak :D, macam tu ko kate diet??)
- ketuk bawang putih dan lada hitam
- campakkan bawang putih dan lada hitam tadi ke dalam rebusan ayam
- letakkan garam
- letakkan air dried noodle
- letakkan sayur
- dan 'last' sekali adalah telur (sedap jika kuning telur adalah cair)


Oh ya sebelum terlupa, inilah 'Air Dried Noodle' yang saya guna..



bagi saya 'Air Dried Noodle' ni sedap..Selamat beramal mencobe!

p/s: Entry ni di 'auto pusblish'kan. Masa ini mungkin saya tengah tido :P ataupun mungkin bersiar mencari boyfren! dan mungkin juga saya akan 'study' :D. Oh ya, perkataan mungkin telah banyak saya guna. Jangan lupa dalam hidup ini banyak kemungkinan ;). Tidak kerjakah saya? (hanya tuhan yang tahu) *evil*


Cik By

Sunday, August 2, 2009

By's Cappuccino

Sketsa pada hari minggu. Setelah Suci bangun dari tidur dan penat bermain PS. Ummi beliau tidak ada di rumah disebabkan pergi ber'shopping' dengan mak cik saudara (tak balik2 lagi sehingga jam 1.30 tengahari).


Suci : Ikcu, awak macak ape?

Saya : (dalam hati ingat aku bibik ke adik??) Masak nasi oleng (goreng).. (muka sgt selambe). Adik nak tak? Ade udang..

Suci : Adik taknakla.. Adik nak ayem (ayam)..

Saya : Ok, Ichu masak wing kat adik ya? (sonang, yang segera ade.. :P )

Suci : Ok, macak anyak2..Adik lapa ni. Agi (lagi) adik nak air ummi uwat tu..

Saya : Air ape? Bina(rebina)?

Suci : bukan...Ino(cappuccino).



Ades...banyak songee betol! Ni gara-gara akak aku buat semalam..sibuk duk tayang die pandai buat cappuccino. Ok! Saya menyahut cabaran Suci! ;)


Nasi goreng ini telah ditolak secara halus kasar oleh Suci. Die tidak suka sayur.

Bahan yang paling wajib!

Yummy! Ini lah hasilnya!

Bahan-bahannya adalah :
- Air panas (yang panas tau! Kalau tak panas nanti tak berbuih)
- Aiskrim (vannila. Ikut suka la nak letak ape perasa pon)
- Choc chip

Serius macam Java chip rase die (merasa sedikit sebab baunya harum *meleleh* saya adalah anti kopi2 ni) :D

Ini adalah fav Suci *Ichu macak mcm Jimmyla..*(kenal tak? yang kat program Astro tu) *wah Jimmy tu dek..kalo die bace mesti nangis! :D*


Lepas makan Suci haruslah :



Bukan nak mandi!

p/s : sedang sibuk ber'facebook'. Rupenye sedara mara ramai di 'facebook'. Nasib baik saya ada akaun 'facebook'. Saya agak ketinggalan :(


Cik By

Wednesday, June 17, 2009

Tempura Malaysia??

Ape dalam peti?

ni ha je ade??

ok la tu, aku pun tak lalu nak makan nasi..nak ratah2 lauk je..
so ini lah hasil nya!!

bahan:

terung
ikan
sotong

tepung gandum + serbuk penaik

sos :

bawang putih
cili boh(mcm mane ntah eja)
sos tomato

Cik By