Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

33 weeks photoshoot.

Hai.

Awal kan kalau diikutkan nak photoshoot? Ramai yang buat masa 36 weeks. Tak kisahla kan, lain orang lain caranya. Sebenarnya banyak sebab untuk kitaorang buat photoshoot. Tak payah nak jelaskan panjang-panjang la kan? Biarlah rahsia :). Orang nak cakap kita beria ke apa...lantak pi lah. Janji kita sendiri tahu sebabnya.


Dan ini semua bukanlah perancangan yang dari awal. Just cakap dekat wak, kalau ada rezeki kita ambil gambar ya? Dia pun setuju. Heeee.


Photoshoot dekat area Putrajaya. Taman Saujana Hijau. Cantik tempat tu. Serius! Tak kotor, memang dijaga rapi. Nak nak pokok ala ala nu di obese.. [oversea]. Best!


Ramai pengantin photoshoot kat sana. Tapi tak adalah menganggu sangat untuk kita photoshoot juga. Ok je. Cuma satu lorong tu kena Q[beratur]! Memang cantiklah kat lorong tu. Tapi tak apa lah. Tak kose aku nak beratur :P.


Faris memulanya, tidur masa sampai. So, mama dan abahnya ambil gambar dulu. Then, dia bangun dia pulak beraksi. Just nice...mood mestilah ok lepas bangun tidur kan? Tapi bila nampak basikal budak lain yang bermain kat situ...terus je spoil! HAHAHA.


Ni antara koleksi gambar kitaorang :). Tak sabar nak print.

 





        


Photographer : Suhana Mahfof aka biras aku
Makeup : Baby aka bff aku



Tengok balik gambar ni...oh terasa sweet. InsyaAllah kalau tak ada aral, kita buat dengan baby sekali ya wak?? ;). Jenuh pula, baby (baru) nanti tanya dia mana. Hihihi.



Ok bye!


+ By +

Monday, June 23, 2014

Bleeding masa 12 weeks.

Pregnancy.

Hurm kali ini ada pengalaman yang sama masa pregnant-kan Faris dulu. Cuma kali ini lagi bertambah kualitinya. First thing, masa tu dah berkata-kata dalam hati... dah tak ada rezeki..aku patut terima T_________T. Tuhan je tahu macam mana perasaan.


Tapi bila pergi KPJ Shah Alam, doktor mengesahkan jantung baby ok, baby aktif! Ya Allah syukur sangat. Masa itu dah boleh tersengih.


Lepas kejadian, dalam seminggu juga duduk bleeding. Tapi, lepas tu dah stop untill now :). Alhamdulillah.


Sekarang, tiada lagi fasa mabok ke apa. Cuma kadang-kadang je kalau tak kena gaya, dia muntahkan semula. Baby so far ok. Cuma jantina je belum.


Faris? Dah mula tahu dia nak ada adik. Memula itu malas nak cakap, takut Faris tak faham lagi. Tapi, bila mak aku sendiri cakap, Faris nak ada adik dah.... tu dalam perut. Pergi sayang baby. Terus Faris datang cium siap buat bunyi muahhhh :'). Faris faham rupanya. Bangga jap mama hehehehe.


So far nampak Faris macam sayang kat adik dia. Weeeeeeeeee kadang-kadang Faris datang tepuk perut macam dodoikan.TAPI, bila dia geram mahu ditumbuknya. HAHAHAHA.


Sekarang dah 25 weeks. Tengah menanti kemungkinan yang tiba. Hehehe. Wish me luck ok.



Bye!


+ By +

Monday, June 2, 2014

Second pregnancy :).

Salam semua,

*batuk*batuk* Dah baca kan tajuk di atas? Alhamdulillah sekarang aku tengah jalani kehidupan sebagai sebagai mama yang akan menerima baby kedua :). Insyaallah.

Beberapa hari lepas aku duk baca blog sendiri, tak sangka aku banyak share cerita mengenai pasal pregnancy yang pertama. Dan lepas tu lama aku berfikir rasa macam aku tak adil jika tak bercerita mengenai prenancy kedua. Hihihi. Apa salahnya aku share kan? Kot kot anak kedua pandai baca blog nanti, terasa pula hati mama dia tak cerita kat sini. He he he he.


Sekarang, aku pun dah habis fasa 1st semester. Teruk juga mabuk kali ini. Even sekarang pun kalau baby dalam perut ni tak suka bau something mulalah bergelodak perut, loya tekak..last pastikan muntah.


Masa mula- mula dulu, sampai aku hilang 4 kg! Sekarang ok alhamdulillah berat naik sedikit tapi tak banyak macam pregnant abang Faris dia dulu hehehehe.


Rasanya sampai sini dulu. Terpaksa stop menulis kerja rumah ya allah berlambak!

I am 22 + now :)
Doakan semoga keduanya diberikan kesihatan sempurna dan semoga dipermudahkan semua ya ;)


Jantina? Tak confirm lagi :).








+ By +

Friday, December 16, 2011

Apa khabar semua?

Ewah title macam retis tanya peminat :P. Lama tak bebel sini... bz dengan Byhijabstyle (nak tahu pergi cari page ni kat FB :D) sekarang. Eh ni personal blog, kurangkan bercakap pasal business k. Promote sikit-sikit boleh. hihihi.


Now, dah 5 bulan setengah preggy. So far tiada masalah kecuali sporting bleeding je. Tapi, semuanya ok baby alhamdulilllah sihat. Makin nakal dia dalam perut ni. Nanti-nanti aku cerita pasal pengalaman sporting bleeding tu eah? Sekarang tiada mood nak fikir benda tu. Janji sihat je ni ha.


Haritu kan! Gynae dah scan jantina baby. Sebenarnya dah 2 orang gynae (sebelum ni) dah bagitahu jantina baby tapi masih was was lagi. Hahahaha boleh gitu?


So ini adalah gynae ke-3 bagitahu jantina baby adalah........................................


































Pemenangnya adalah Lelaki! Sama dengan Adiputra! Eh apa kena mengenakan? Hihihi.


Ok peeps! Its a boy! Nampak gila anu dia! Alhamdulillah.


p/s : ada yang scan tapi jantina bertukar. Erkkk risau gak gitu kan?

Wednesday, November 30, 2011

Kaki yang mengembang.

Perubahan terbaru, kaki yang mengembang ini semakin mengembang. Dah macam apa plak tengok. Kekadang tengok macam bengkak kekadang macam demok {read: gemuk}.


Baru 5 bulan 1 minggu dah mengembang. Ni belum masuk 8 bulan! Not imagine rupa aku macam mana!! hahahaha


Semalam, jumpa adik uchi {anak buah}. Dia tanya, kenapa idung ichu dah kembang? DUH! macam mana nak jawab soalan macam tu??

Thursday, November 17, 2011

Keadaan baby dalam perut.

Baby (nama mama belum cadangkan :P),

tengoklah betapa nakal nya baby duduk dalam perut mama. Kaki sebelah lurus, sebelah lagi goyang. Sampaikan gynae dan nurse pun gelak. Baby, tengah buat apa tu? Kaki ko sengal-sengal eah? hahaha


Lagi satu gambar, mama tak sempat nak ambil copy. Yang tu lagilah kaki berselang! Baby, baby..

Moga mama dapat jumpa baby dan baby sihat sempurna. Baby jangan nakal-nakal sangat!


Betullah orang cakap since nak masuk 5 bulan dah rasa penggerakkan baby dan ia akan menjadi pengalaman yang cukup seronok :).


Terima kasih Allah.

Monday, October 24, 2011

Bleeding lagi. Tsssk!

Last Saturday, lepas je tengok wayang just jalan-jalan kat area The Curve. Then, rasa macam biasa nak buang air.... I choose tandas duduk. Ntah kenapa. Walaupun kakak suruh aku pergi tandas cangkung. Aku tetap pilih tandas duduk.


Erm.. bila dah buang air, tengok-tengok OMGGGGGGGGGG! Kencing berdarah!!!! Kenapa ni?? Dah cuak gila. Just capai tisu and lap. Tak ada apa apa. Just darah tu keluar bersama air kencing (sorry kalau bahasa agar pasar).


Terus tak jadi berjalan. Aku nak pergi klinik! Call sana sini tanya klinik kat mana. Tapi, im not familiar area Ikea so tatau mana nak tuju. Pergi Kota Puteri Mediacal Centre area Sungai Buluh. Dia just boleh check. Tak boleh scan untuk condition baby. Tssk.


We decided plak pergi UMRA area Shah Alam. Tempat selalu checkup. Senang. Ya Allah masa tu berdoa tanpa henti. Nak kata tumpah darah tak ada. Tapi, Tuhan je tahu apa yang aku sedang fikirkan T__T.


Sampai je UMRA. Timbang berat, check darah dan urine test. Masih berdarah!! Ya Allah!!


Time gynae panggil suruh baring terus then check condition baby. Dengar jantung... Ya Allah syukur.. check condition baby. OK Ya Allah syukur lagi. Rahim pun ok.


Gynae pun tak tahu kenapa ada darah. Just dia cakap mungkin virus... Dia bagi ubat then terus balik. Masa balik kencing masih berdarah. After 10 minit (tak silap) lepas makan ubat still berdarah. Ya Allah.


Just baring.


Dalam pukul 2-3 pagi. Im not sure. Kencing lagi. Tapi tak darah dah. Alhamdulillah. Mungkin ubat yang gynae bagi tadi dah pun bertidak balas.


Alhamdulillah.


Sekarang dah mula rasa perasaaan takut nak buang air... Takut berdarah lagi T__T.


Hanya Tuhan je tahu apa perasaan aku di kala ini. Risau condition baby. Risau kesihatan. Semuanya dalam satu.


Semoga tiada apa apa yang berlaku antara aku dan baby...Pls pray for me.




Friday, October 21, 2011

Sangat comel!

Sangat comel bila tengok perkembangan baby (yang di-googling di internet). Boleh hilang stress tahu?? Dari bentuk bulat ke bentuk kekacang, dan seterusnya. Subhanallah, kagum dengan ciptaan Allah. Kekadang rasa mahu menangis.


Hari ini, alhamdulillah Baby dah 16 weeks. Ye sebesar ini !~




Ha ada yang kaitkan dengan buah! Click sini!



Rindu nak tengok baby dalam perut. Minggu depan kita jumpa ya baby! Semoga baby sihat dalam kandungan. Ya Allah lindungilah kandungan ku. Amin.



Wednesday, October 12, 2011

Mama to be, insyaAllah. Doakan ya ;)

Salam dan hai korang!!!


Harini just nak share macam mana aku dapat berita aku akan jadi mama! Nanti baby dah besar dah pandai membaca, aku suruh dia baca blog aku. Senang. Biar dia tahu betapa gembira dan bersyukurnya mama dia ni tahu akan kelahiran dia tak lama lagi(heh macam dah dekat due plak :P). InsyaAllah, kalau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki... kita akan berjumpa ya baby!


Tanggal 1.8.2011 (iaitu jatuhnya hari pertama puasa) En P aku tak datang lagi. Ok cool lagi. Bersemangat berpuasa. Lepas tu, hari keenam berpuasa, En P tak datang-datang juga. Eh dah lewat banyak hari ni! Selalunya 28hb macam tu. So aku decide nak buat pregnancy test (beli yang murah je sebab takut nanti hampa).


Hari ketujuh berpuasa, masa tu nak bangun sahur. Aku teringat nak buat pregnancy test. Ambil dan test! Masa tu dup dap dup dap nak tengok result. Sekali tak sampai beberapa saat, kelihatan +ve dengan jelas!!! Masa tu cebek-cebek nak nangis. Terharu. Dalam pada tu leleh gak airmata aku.


Sapu air mata. Terus kejutkan wak Ajim. Masa tu dia tengah tidur.. " Yang ... I dah test...positif yang...."


Lalok lagi.



Lepas tu wak Ajim tanya, "ye ke yang??"



Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!



Dia jawab Alhamdulillah rezeki bulan puasa. Tapi, sambung lalok tidur :(.



*Tapi aku pun masih percaya tak percaya*



Then, masa sahur... berbincang. Aku nak check kat poliklinik kat rumah aku. Masa tu aku ambil mc kot. Lupa dah :P



Pergi, doktor tu just tanya.. "awak dah test ke?Kalau dah betullah tu... InsyaAllah awak akan jadi ibu"


Tu je?? *blur*



Then, wak tanya aku.. I jadi ayah ke yang... ?? Dengan perasaan was-was aku cakap ye kot. Huhuhu. Aku cakap dekat wak, aku pergi kerja esok.. aku test dekat office aku plak.



Esokkan, bila dah sampai office.. aku pergi checkup. Doktor kasi pregnancy test lagi sekali. Positif! Then dia cakap congrats! Aku bagi tahu wak.. wak punyalah gembira. Lepas tu, check-check tak buat scan plak. Kawan aku semua ada scan untuk tahu condition baby. Dah pulak kan?? Was-was lagik! Hahahaha.



Then, tanggal 11.9 tak silap, pergi jumpa gynae kat UMRA.. Ha masa tu gynae scan.. nampak ni...












Baby dah 5 weeks dalam perut. Nampak tanda merah dan + + tu? Ha tu dia bukti untuk mama!



Dan sekarang, baby dah 3 bulan+ dalam perut mama ni :)


Nak nangis lagik! Syukur pada Allah kerana memberi hadiah ini di bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadhan. Semoga baby sihat dan dapat berjumpa mama dan abah suatu hari nanti. InsyaAllah.




:)) Sekian.

Monday, June 27, 2011

Berhenti berharap.

Just a quickie update je ni...sambil2 tunggu wak.

Tadi aku pergi jumpa lagi sorang doktor untuk tanya kesahihan. Apa betul symptoms yg aku dapat ni adalah symptoms pemulaan mengandung.

Aku tak buat apa apa test..sepatutnya buat test dulu eah?

Ok cerita pasal aku jumpa doktor tadi..doktor cakap mungkin tak lekat..dia just tanya aku bila aku period dan apa aku rasa..

Lepas tu dah siap siap tanya, dia bagi aku ubat demam (padahal suhu aku tak menunjukan aku demam),selsema,antibiotik,dan gastrik..mcm pelik je kan? Ke normal?

Lepas tu dia bgtahu aku 100% dijamin tak gugur if aku makan ubat tu..

Dan sekarang aku mushkil, dalam perut aku ni ada ke tak?


Dah dah berhenti berharap..nak pergi usaha lagi dengan wak.babai.
Published with Blogger-droid v1.7.2