Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Restoran Sambal Hijau, Sungai Penchala.

Alkisah weekend lepas, nak jalan-jalan cuci mata dekat ikea. Sebelum itu, memang set otak ni nak makan dekat Restoran Sambal Hijau kat Sungai Penchala. Senang je lokasi restoran ini, terletak tepi jalan kat area Jalan Sungai Penchala.Hahaha ok tak aku bagi landmark? =P


Sampai-sampai dah penuh. Pewwh! Ramai orang makan dekat sini. Kalau nak lauk banyak dan masih banyak kena sampai awal. Kitaorang sampai dalam pukul 1 tengahari, full house! 




Ikan bakar panas-panas. Ada ikan pari, ikan keli, ikan kembong..lain tak ingat dah. 




Tengok, penuh. Kitaorang berdiri kat tepi, last-last tak lama kemudian ada makcik sorang ni dan ahli keluarganya dah siap makan. Lega tak lama berdiri. Terima kasih makcik.



Apa lagi, terus zaaaas ambil lauk. Tengok-tengok siput sedut dah habis. Hampa T____________T. Tapi banyak lagi lauk masa ini. Tak tahu nak pilih mana satu. Ada gulai urat ketil. Teringin tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii * jeling badan. Huhuhuhu. Tengah usaha dapat turun berat badan sikit lagi. So haruslah berpuasa dari makan benda-benda camtu.



Yang di ambil hanyalah, gulai lemak cili api nangka, ikan bakar dan ulam.



Close up. Gambar sambal hijau. Sedap. Sambal dia semua sedap-sedap. Semua pun aku rembat. Hihihi Dasar tamak -_-.




Ikan bakar bersama air asam. Sedap juga! Nak-nak ikan keli itu. Adoii meleleh air liur. 



Suci bersama ayam goreng rempah. Adik ko makan ni je la kan dik....Takpelah asal bahagia.


Faris aku siap gaul kuah kuah lemak cili api tadi dengan ayam Hehehe.


Dan air mestilah ambil, air tea botol dari Indonesia. Untuk legakan perut.  





Dan lagi, pencuci mulut. red velvet dan kek batik. Ehhh tengah usaha nak turunkan berat badankan? Tak guna By, tengok ko makan? Hahahaha. Beria ko bising, tapi makan ya rabbbbbbb. 



Lepas kenyang perut, marilah kita bercuci mata di ikea. Ada barang sikit untuk rumah baru. Beli sikit-sikit, tak adalah rasa duit itu keluar sangat. Kira-kira kos pindah rumah....ya ampunnnn duit dimakau duit T______T. 


Budak 2 orang ini haruslah duduk dalam troli. Hehehe. Mama nak tengok itu ini, please jangan kacau.



Lepas jalan dekat ikea, pergi ikano pula. Pergi pet shop..pergi shopping barang wak....


Oh  ya, wak sekarang dah ada perubahan. Dah sanggup tangkap dan layankan isteri dia yang kebambam ni ambil gambar. Kalau gambar itu tak dapat angle tak betul, siap suruh duduk lagi sekali...dan ambil gambar lagi sekali =D. Syabas wak. 





Dah penat marilah pulang. Tengok budak ini keletihan dan dahaga. Hihihi. Puaskan berjalan? Ni baru 2 trip. kalau 3 trip termasuk tawaf ke The Curve? Haa nak? Mama ok je =D.



Itu sahaja kisah weekend! Bye!




p/s : dalam proses nak delete entry luahan perasaan. Erm aku nak clearkan post-post yang tidak beremosi sangat dan mengarut. InsyaAllah. Aku cuba.


+ By +

Thursday, July 18, 2013

Jalan-jalan Kuantan, Pahang.

Ni pun cerita lama gak. Hahaha. Bulan 3 kot pergi. Since Faris takut air laut, aku adalah bawa pergi pantai. So haritu kebetulan balik kampung, aku ajak wak pergi Kuantan :D. Alasan baik nak ajar anak biasa dengan laut. Padahal maknya yang lebih nak jalan-jalan cari makan kat Kuantan sebenarnya. Hahahaha. 


Dah lama tak pergi Pantai Teluk Cempedak (PTC). Dah banyak kelainan. Cantik ok.


Sampai-sampai ada sekumpulan pelajar, golongan pelajar sekolah rendah kot. Sebab semua macam nampak kecil-kecil. Diaorang belajar karate kat tepi pantai ok. Dulu aku suka berangan dapat sekolah tepi pantai, office kat tepi pantai. Sebab, aku suka pantai. Bagi aku pantai boleh buat aku tenang. Best hoiii nak pergi kerja, jalan dulu tepi pantai. Hahaha aku memang lebih sikit bab berangan :p. Bak kata FynnJamal, berangan itu free. Hehehe.



Ok tengok ini, best kan?

Best!! Aku suka sangat kalau belajar tepi pantai. Mood dia terus rajin tahap maksima. Ecececee.



Pasir putih, gebus.


Tak sempat nak pergi belah hujung tu. Ada macam jeti nak ke sana. Nanti next time boleh pergi lagi.


Kat tepi pantai itu, ada orang jual barang-barang. So boleh cucu mata :P.


Faris dan abah. Serius tak macam dulu. Aku pergi seingat aku erm....berapa puluh tahun yang lepas. Hahahaha. Masa tu, kedai persisiran ni tak ada lagi. Kotor. Tapi sekarang masyaAllah terjaga betul.


Budak ini kena slow-slow bawa turun ke Pantai. Hahaha. Takut ok. Kalau duduk jauh macam ini kemain dia gelak, sampai pasir pun dia makan -_-".


Bila turun. Ha tengok tu...drama sangat kan? Hahaha. Start dah mengada dia :P


Ok naik balik snap-snap gambar. Hahaha.


Lepas itu, pujuk suruh turun jalan kaki. Sikit demi sedikit ke ombak. Hahaha sedar-sedar Faris dah ke ombak. Ok je kan?  Tapi lepas itu kena ombak besar, ehek ehek balik. Hahaha.

 
Antara kedai di persisiran pantai.



Ok dah bila semua orang lapas kebulur tahap dewa...Kitaorang berangkat ke Tanjung Lumpur. Pergi Ana Ikan Bakar Petai.
 





Ok tak boleh nak teruskan, sebab tengok gambar makanan. Hahaha lapar terussssssssssssss! :P





+ By +

Wednesday, July 10, 2013

Tempat wholesale kasut, Guangzhou.

Ok entry last Guangzhou :D. Lepas ini boleh tulis untuk entry lain pula. Jenuh nak habiskan entry Guangzhou ni tau. Hahahaha.


Minta maaf aku dahulukan. Sebab, aku tak tahu nama jalan atau tempat ini. Tapi, tempat wholesale kasut ini adalah berdekatan dengan hotel kitaorang. Kitaorang just jalan-jalan, lepas tu kakak perasan ada lorong kecil. Sekali masuk....syorga!!! hewhewhewhew.



Ni kedai-kedai yang berhampiran dengan hotel kitaorang. Nampak huruf 5 tu?? Maknyanya, duit kita dalam RM 2.50. Hahaha murah? Kalau kedai cam ni korang boleh lah beli satu. Kalau tempat wholesale seperti biasa kena borong :).


Faris dah sihat :). So boleh bawa dia jalan-jalan masa ini. Kalau tak kitaorang bergilir jaga Faris. 



Ha ini lah lorong-lorong yang aku cakap tu :). Banyakkan??





Maknanya dalam RM 7.50. Hehehehe (juling mata).




Kasut-kasut ini semua tak ada brand ya.Haaaa cer korang tengok kasut korang, kot-kot sama :P. 




Amacam Guangzhou? Best?? Kalau tanya kitaorang, kitaorang nak pergi lagi!! Hehehe inilah hasil rembatan kitaorang :D.




OK sampai di sini sahaja.Tamat sudah entry Guangzhou.


p/s : lepas ini, akan up cerita jalan pergi Pangkor, Mabul Island dan bermacam-macam lagi. Hehehehe.


+ By +

Tuesday, July 9, 2013

Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.

Ok lepas kita cerita pasal kain, kita cerita pula mengenai tempat borong barangan kulit. Masa ni, Faris dah kebah demam sikit. So kitaorang dah berani bawa Faris jalan-jalan.


Oh ya..sana farmasi ke apa memang susah nak dapat ya. Sebab diaorang majoriti guna tabib. Masa Faris demam aritu kitaorang gamble pergi Hospital Guangzhou. Yelah risau juga kan? Check apa yang patut. Hurm dari segi bahasa nak cakap, seperti biasa agak susah. Doktor diaorang je pandai BI tapi tu pun dia susah nak explain. So far kitaorang faham la apa yang dia maksudkan. Sebab kitaorang punya BI pun macam cina bukit. Hewhewhewhew. So siapa nak pergi memana, aku nasihatkan standby ubat dari klinik sini. Senang.


Berbalik semula pada entry. Tempat barang kulit ni agak jauh sedikit dari hotel kitaorang menginap. Dalam 30-40 minit termasuk jem. Tempat ni memang jadi tumpuan. Ramai ok! Pastu keliling ada kedai leather -_-". Sampai tatau mana nak pergi. So kitaorang decide pergi yang bangunan besar dulu iaitu Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.


Gambar ini sebenarnya di hadapan tempat leather tu. Mak dah tak tahan tengok juice. Hehehe memang juice asli.



Nampak tak alat untuk perah juice tu. Macam senang je kan?


Mak, wak, abang wak dan Faris tengah tidur di hadapan Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.



Memang ramai gila ke sini, terutama mat salleh dan negro. Semuanya peniaga...  Barangan kulit dia memang kualiti dan tiada lagi brand. Kalau nak di-brand-kan maybe kena tempah untuk cop je.


Sana kebanyakan barang, baju, aksesori yang beli secara borong memang tak ada sangat yang bercop. Kalau ada cop pun, cop barangan tempatan diaorang. 


Memang gila kalau tengok dan membeli. Tak tahu nak pilih yang mana. Gambar yang kat atas ni, gambar barangan kulit biasa je. Terlupa nak snap handbag yang jenis berkualiti. Huhuhu. 


Dah habis berjalan dan membeli, kitaorang terus balik sebab kat luar hujan lebat. So tak ada kesempatan nak berjalan kat kedai-kedai berhampiran :(. Hanya menjerit dalam van je, wahhhhhh kat sini lagi banyaklah handbag...kat situ banyakkkk. Takpelah tak ada rezeki. Kalau ada peluang, kita pergi lagi :).


Ok last entry rasanya lepas ini cerita pasal tempat borong kasut. Tapi, nama aku dah tak ingat. Hewhewhew.


+ By +

Friday, July 5, 2013

Highsun Fabric Market, Guangzhou.

Ok lepas ini, rasanya ada 2-3 lagi terhutang entry Guangzhou. Pffft! Punya lah banyak...itu pun ada tempat yang aku tak ingat mana. Hurm kalau cerita day by day, part by part rasanya macam panjang berjela. Boring lak nanti. Ni pun dah naik cemuih kan? Hewhewhewhew. 


OK selain Beijing Lu dan Taikang Plaza, ada lagi tempat shopping yang lagi menarik. Tempat jual kasut lain, tempat jual barang kulitnya lain...Tempat jual kain pun lain. Tapi kalau pergi satu tempat tu jual kain, memang satu atau 2 lorong tu jual kain je. Malah ada sampai 5 lorong! 


Yang aku pergi kali ini adalah Highsun Fabric Market. Dari hotel naik teksi. Sebab agak jauh perjalanan. Faris, wak jaga sebab masa ini duaorang tu demam. Hehehe. So mama kuarantinkan duaorang tu, untuk duduk dalam bilik hotel sampai sihat. Ada alasan lah mama nak jalan-jalan bersama mak dara yang lain. Hahahaha.


Kitaorang keluar pagi. Sampai sana memang dah tercongok depan kedai. Hahahaha.


Tanggapan aku teramatlah salah sekali. Aku ingat macam satu bangunan tu je jual kain. Tapi kedai kat tepi-tepi Highsun itu pun berlambak kedai ok! Rasanya macam tak cukup 6 hari ke sana. Kitaorang cancel-kan trip untuk pergi ke Hongkong sebab Faris demam. Takpelah janji Faris sihat kan...boleh pergi lain waktu kalau ada rezeki.


Faris demam bukan sebab cuaca sana ke apa. Dia tumbuh gigi sampai 5 batang! Hahaha. 


Eh berbalik semula ke Highsun Fabric Market tadi. Ok disebabkan building tu tutup lagi, kitaorang jalan kedai-kedai berhampiran.


Kedai langsir! Memang cantik dan murah. Tapi tak beli sebab takut ter-over berat T___T. Tu la kan shopping sakan lagi. Hehehe. 



Korang nak design then suruh orang kedai jahit tu pun boleh. Boleh ambil keesokkan atau hari yang sama. Yang dah siap pun ada. Cantik-cantik dan moden-moden.


Habis semua kedai lah kitaorang pergi sambil tunggu Highsun tu buka. Sampai lenguh kaki berjalan.


Bila Highsun buka apa lagi?? Melompat!! Hehehe. Barang yang di idamkan adalah memborong kain cotton dan kusyen. Hehehe. Langsir tak apa, tahan sabar dulu sebab rumah pun rumah sewa sekarang. So, rasa macam tak berbaloi kalau beli.



Highsun Fabric Mariket ini, memang banyak kedai dan banyak pilihan kain. Dan yang paling penting adalah murah! Aku buat kusyen 45 minit je dah siap! Dalam RM 25 macam tu. Murah? Murah lahhhh sebab kusyen tu jenis bulu-bulu zebra, bulu-bulu bear. Hehehe. Kalau sini beratus kan??


Untuk kain cotton pula, memang lah sangat-sangat murah dan berkualiti. Bukan jenis ada sesetengah cotton yang berbulu tu. Memang yang jenis mahal kalau kat sini. Tskkk kalau ingat balik kan, memang menyesal tak beli banyak-banyak T_T.


Ok bila dah masuk lunch, kitaorang balik ke hotel. Aku nak balik jenguk Faris. Lagi pun Aku pam susu sampai tengahari je. 


So, kitaorang balik ke hotel naik bas. Lagi murah dari tambang teksi. Huhuhu. Ada warga sana tunjukkan kitaorang macam mana nak naik bas. Merasalah naik bas di Guangzhou hehehe. Macam rapid KL juga, masuk duit then jalan.





Ha tu antara hasil rembatan! Hahaha baru setengah hari berjalan ok. Kalau seharian? Grrrr boleh jadi gila. Hahaha.



Ok sampai di sini sahaja. Lepas ini kita cerita pasal tempat barang kulit, handbag ok!


+ By +

Thursday, July 4, 2013

Beijing Lu, Guangzhou.

Oh ya untuk jalan-jalan mencari supplier minta maaf tak dapat nak tunaikan sebab tak tahu nama tempat. Hahaha. Ikut kawan masa ke situ. So harap ampun ya!


Namun, jangan lah berdukacita sebab kedai-kedai yang lain juga menjual barang dengan harga murah! Kena pandai tawar menawar je. Tapi kalau salah tawar, ha masa itu diaorang nak korang beli juga! Kalau nak beli murah, korang tawar harga yang paling lower dan rasa berbaloi. Ok?



Ok ni rupanya Beijing Lu pada waktu pagi. Panjang dan punya banyak kedai menjual baju. Ni korang nampak macam ni, tapi ada lorong-lorong lagi.



Ok ni Hotel Lido, kalau nak senang bolehlah menyewa di sini. Sebab, hotel ini agak centre dengan tempat lain. Dan lagi satu, korang senang nak bertanya itu ini dengan pelayan hotel ini. Diaorang pandai cakap BI dan tahu juga tempat yang menarik. Aku selamber masuk tanya itu ini. Hihihihi. Memang diaorang friendly.




Masa ni pagi, tak buka lagi kedai..kitaorang dah terjah :D. Tak sabar lah konon kan. Hihihi.




Dan ini pula rupa Beijing Lu waktu malam. Memang meriah. Kedai ya ampun banyak. Sekali lagi aku cakap, BANYAK! Korang kena pasang kaki je. Kat sini lebih tertumpu pada butik-butik. 



Ramai jual bulu-bulu ini. Tapi tak berani nak beli. Memang sangant-sangat murah.



Letih berjalan jangan cakaplah. Memang letih sangat sebab jalan dia panjang. Sedar tengok dah jalan jauh dari hotel Hahahaha. So letih nak patah balik, kitaorang tahan motor je.

  
Motor yang speed nya laju tak hirau bas ke kereta ke kat sebelah. Hahaha. Risau tercampak Faris je masa ni. Hahahaha. 


Ok habis cerita Beijing Lu. Lepas ni aku cuba cerita pasal tempat jual leather je ok! Da~



+ By +