Sunday, November 7, 2010

Kalau ikutkan angan-angan memang tinggi menggunung!

Hai.

Kalau ikutkan angan-angan/impian memang tinggi menggunung kan? Nak-nak aku ni memang suka berangan :P. Tak sah kalau satu hari tak berangan. Ada je! Tapi, terlalu berat kadang-kadang impian tu nak tercapai dek akal.



Semalam kan pergi jalan-jalan dengan mak. So, sambil tengok barang sambil borak dengan mak.Cakap dekat mak teringin sangat nak bunga pahar tinggi masa majlis nikah/kahwin nanti. Mak cakap senang je tu. Cucuk kat batang pisang. Tapi, mak lagi suka cucuk kat pulut kuning. Macam melayu lama katanya!



Zaman mak kahwin dengan ayah pun cucuk kat pulut kuning. Oh jeles-jeles!!



Dan sekarang dah tak ramai orang bagi bunga telurkan? Sayangnya, tradisi itu dah semakin pupus. Sekarang orang dah tak hairan dengan bunga telur tu semua. Orang mungkin akan teruja bila dapat bulp lampu :P.



Tak macam dulu, sukanya dapat bunga telur. Sampai minta kat tuan rumah untuk buat stok! Hihihi. Ingat filem Hamid Gurka dan Yusni Jaafar? Pergi kenduri, siap minta bunga telur lebih sebab anaknya ada sepuloh!



Dan lagi satu. Junjung barang hantaran macam ni. Buat perarakan. Kalau lah aku buat macam ni macam mana? Ada lagi ke yang sanggup junjung barang hantaran macam ni?

So Iz, Lynn, Abie/Ijan (dah kahwin kena kendong anak), Baby(mungkin tengah pregnant), CPM (oh ko dah anak 2 boleh kah?), erm siapa lagi? Ayu? KD? Kak Mas? Zati? Boleh kah anda tolong bawa hantaran macam ni? Hahaha!



.:. By .:.

12 comments:

z@ti said...

xkuasaaaaaa.....dah macam perarakan thaipusam aku tgk hahaha

Kasut Pink said...

Ni da msk dlm kes mendera namanye kalau suruh junjung hantaran cenggitu.. ekekeke

kasihredha said...

Bai tak salah berangan...
semoga apa yg dicita2kan tercapai

Bai said...

z@ti : tsskk :(. itulah nostalgia. hahaha

Bai said...

Kasut Pink : hahaha kan? *pitam* =D

Bai said...

kasihredha : InsyaAllah. Tapi kalau macam ni gayanya.. mcam tak.. hahaha.

Lynda said...

x ingin aku...tp bab mkn kat meja pengantin aku nak..leh?

mrs.spicy said...

hahaha..dera kawan2 betul~=p
eh..ko raja sehari. boleh suruh org buat ape saja~

akak gina said...

woi..susah2 bawak dalam keta sorong..sekali 5 aku leh sorongkan hakhakhak

Bai said...

Lynda: hahaha. ko bab makan laju...

Bai said...

mrs.spicy : apa salahnya sekali sekala. hahaha

Bai said...

akak gina : kira ko bawak sesorang lah? gila tamak! hahaha.

tapi kan beb. idea ko belum orang buat lagi hahaha