Tuesday, December 14, 2010

Ambil peluang semasa Year End Sales!

Semua orang ternanti-nanti Year End Sales. Tak silap macam berbeza sikit salesnya dari musim-musim sales lain, ye dak? Kalau akhir tahun, Krismas atau Tahun Baru Cina memang kaw-kaw (tersangat) sales dia. Kalau musim lain, suam-suam kuku je. Huhuhu.



Haritu, just jalan-jalan dengan Wak Ajim. Tengok mana perlu. Kot-kot ada termurah, rembatttt. Beli sikit-sikit barang hantaran. Ermm lama-lama barang yang sikit tu jadi bukit ye dak? Ok tipu. Takdelah sampai jadi bukit. Duit pun kejap ada, kejap tak ada. Huhuhu. Kena fikir masa depan, kalau tak... syaitan bermaharajalela lah nampaknya.



So,berjayalah dapat 2 barang untuk wak Ajim. Untuk aku? Non ado, non ado. Keji. Tak ada langsung yang menusuk kalbu sekarang. Huhuhu. Ko, bila time tak sales mulalah gatal tangan nak barang yang yang berkenan kat hatikan? Huhuhu.



Ok ni dia barangnya!!

























































Amboi kemain laju korang scroll kan? Muahahaha. Tertipu. Barang telah dibalut dan disusun rapi. Tiada seorang pun tahu apa benda kat dalam. Hahaha. Keji. Beli kat Sogo je U all's. Barang Sogo murah-murah sekarang -__-.




Kajian kedua adalah berjaya. Suka hati!


.:. By .:.

4 comments:

♥♥ Kasut Pink ♥♥ said...

YES, inilah masanye.. Beli sikit2 xde la terasa sgt. Duit kat tgn kejap je hilang, magic je macam kan? haha

Byzura Mj (By) said...

♥♥ Kasut Pink ♥♥ : tu la pasal. sangat magic. balik termenung. hahaha

iedayah said...

wa..pic yg last tu corsage ea by?cantik2

Byzura Mj (By) said...

iedayah : tak pasti lagi... atau di pakai di kepala? hehehe