Saturday, January 22, 2011

Sediakah aku sebagai seorang isteri?

Kadang-kadang tertanya, sediakah aku memikul tanggungjawab seorang isteri? Tertanya bolehkah aku menjadi hati semua orang bila bersatu nanti? Tertanya bagaimana keadaannya nanti. Semua tu terbuku di hati. Nah banyak sekali soalan dalam kotak hati ni.


Kadang-kadang aku rasa sweetnya aku. Kadang-kadang aku rasa sweetnya Wak Ajim. Tetapi, bila hati merajuk sedikit, aku rasa macam kosong.. Terus meroyan sebentar. Tetapi, lepas itu berfikir... adakah itu tindakan yang baik? Tapi, peratusan untuk bersedia itu menurun sedikit. Betul, ini realiti.


Aku rasa semua orang akan rasa macam ni. Mungkin. Perasaan normal terhadap setiap manusia.


Ya Allah.


Macam-macam aku fikir. Itu ini. Positif, negatif. Tapi, memang benar..kesabaran itu kena tinggi. Kalau boleh biarlah setinggi langit. InsyaAllah, tenang.



Tak tenang pergi ambil air wudhuk, jangan lupa sembahyang sekali. Nah, baik sungguh berbicara. Bila susah mengadu. Bila senang? Argh bermonolog sendiri.


Masih menghitung hari. Masih mengenang nasib di masa hadapan. Kenapa? Takut? Itu semua kuasa Tuhan. Kita tak tahu.


Tapi, kalau difikirkan persediaan itu. Sampai bilapun aku tidak bersedia. Umur dah meningkat. Nak kena pakai tongkat dulu, baru bersedia?


Arghhh apa kau mengarut ni dol! Tiba-tiba berpuitis. Ini maknanya jiwaku kacau!
.:. By .:.

5 comments:

Wawa Yusoff said...

entry yang menarik. kadang2 kite pun hari2 tanye soalan yg sama kat diri sendiri ~~

Wawa Yusoff said...

boleh plak insert URL yang salah tadi.. haha

mrs.spicy said...

lepas kawen dengan sendiri nya sedia..hehe. you can duit~

Byzura Mj (By) said...

Wawa Yusoff : kan? erm pelik lak.

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy : huhuhu. rasa nak lempang diri sendiri :P supaya berbalik ke alam nyata.