Saturday, March 26, 2011

Diam tak diam. Dah 61 hari lagi! *pitam

Erm sebenarnya takut nak buat penjelasan kat sini. Pergh dah macam press conference. Wakaka. Takut, orang cakap itu ini. "Bunyi macam gempak je dia ni kahwin ntah-ntah majlis tak semena".. Go to held la kan apa orang cakap kan? :P.


Semua orang ada impian. Cuma, tak adalah impian tu dapat semua. Mesti ada kurang kat sini sikit, kat situ sikit kan? Simple. As human being memang macam tu. Susah nak puaskan hati orang. Tapi, kalau ikut nak puas hati orang, kebatu punggung kita dek hooi.


Eh termembebel plak :D.


Kita terjah kaler apa yang menjadi pilihan hati ya!


1. Mestilah ada berunsur pink. Walaupun tak pakai baju pink. Tapi, nak juga ada selitkan kaler pink! Nak gak tak kira. Ye itu untuk warna ini, time nikah!

cream + pink


2. Ikutkan hati malas nak salin-salin pakaian. Nak nak masa malam berinai. Kalau ikutkan betul-betul hati ni kan, nak je buat malam berinai tu malam pertama! Wakakaka. Aci tak? Disebabkan family nak sangat buat, katanya apa salahnya.. kahwin bukan selalu. Ya warna ini untuk malam berinai!

purple


3. Impian di hati nak buat kaler blue tiffany. Tapi apakan daya..impian tidak menjadi kenyataan. Tapi, warna ini jadi pilihan hati!

peacock


4. Ye memang awal-awal lagi dah agak warna ini mesti menjadi pilihan wak. Belah lelaki nak sangat kitaorang pakai songket untuk majlis bertandang. Ya sekaligus dapat capai impian aku nak pakai songket! Alhamdulillah. Ye kaler ini menjadi pilihan untuk majlis bertandang!

gold


Gambar adalah hiasan yang diambil dari The Perfect palette. Not exactly ikut.. Yang kurang tu hanya datang dari kita manusia. Kelebihan adalah dari tuhan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan tuhan permudahkan segalanya. Amin.


Thanks to all to pray for us.
.:. By .:.

1 comment:

~AmyLiana8886~ said...

betul tu by..susah nk puaskan hati org..papepun tahniah yer..smoga smuanya berjalan lancar nati..