Wednesday, June 1, 2011

Hati siapa tak sedih.

Ye dah dua hari menangis tak berlagu akibat gambar nikah, berinai dan bersanding hilang. Akibat si perompak yang memecah rumah, rumah photographer aka biras.


Erm semalam dah kena kaunseling dengan beberapa ahli keluarga. Diaorang takut emosi aku terganggu untuk majlis akan datang, iaitu Sabtu ni, Majlis Bertandang belah wak Ajim.


Siapa tak sayang gambar. Nak-nak aku memang suka abadikan gambar sebagai kenangan seumur hidup. Sayang nya semua gambar tu. Nak nak gambar masa nikah.


Sekarang, hanya menunggu gambar-gambar dari orang lain untuk mengabdikan memori itu.


Orang nampak kita gembira. Tapi, ketahuilah hati ini penuh duka. Robek terguris-guris dan bagaikan disiat-siat hati ni. Wak lagi lah. Dia tak sempat tengok gambar :((. Tapi, dalam terkilan dan ralat.. wak penuh dengan kesabaran memujuk hati isterinya yang hatinya dirundum duka.


Serius teringat moment tu.



Hanya gambar dari saudara mara dan rakan taulan je la. Terima kasih semua. Di sini ada sedikit gambar yang boleh di buat kenangan seumur hidup aku.

Sessi photography bersama Suhana aka biras. Shoot ni salah satu nya dalam kamera dia yang hilang tu. Nasib sepupu tumpang sekaki untuk shoot.

Gambar ni masa nak menyusun langkah keluar untuk ke masjid.


Hingga ke hari ini, hati tak putus berdoa supaya pencuri itu pulangkan semua barang dan gambar-gambar.


Hari ini juga nak jumpa ustaz untuk berubat dan kembalikan semangat yang hilang.


Moga Majlis bertandang pada Sabtu ini berjalan lancar. Mungkin ada hikmahnya :((



12 comments:

Mag said...

sabar bai..ade hikmah tu

Unknown said...

Ya Allah kesiannya kamu. Moga balasan buruk menimpa perompak tu. jahat sungguh. Ya Allah kuatkan hatimudear ..

kisah aku said...

sabar ye syg ... dugaan yg hebat...sabar tenang...

Pu3seroja said...

hi. slmt pgntin baru.
sori to hear about your wedding pic.
mmg jarang2 skali trjadi kan...
anggap jela xde rezeki. mgkin ada hikmah semua ni trjadi..
jgn sedih2 sgt. pngntin baru xboleh
sedih2.

Anonymous said...

omg, gambar semua hilang.. By,jgn pkr sgt eh..

Lemon said...

oh by sayang..

tarik nafas panjang2.. pastu lepas perlahan2.

u kan strong, kan. kite sama2 doakan pencuri tu pulangkan balik at least memory cardnya, ok.

jgn pk dulu, settlekan bertandang u, pastu jangan lupa senyum manis2, ok! ;)

confirm dia said...

sabar ye..insyallah terbuka ati org yg curi 2 pulg smula..amin~

Elya Roza said...

siannye dear...sabar yehh....

iedayah said...

aduh siannye by.i fhm prasaan u cmne.kuatkn semangat beb..

Anonymous said...

by, sejujurnye memang wawa tumpang sedih. sabar ye by.. insyallah ade hikamh sebalikye. kuatkan semangat!

moga pencuri tu dapat pulangkan balik walaupun bukan camera, memory card tu pun jadilah... :)

Ajwedding said...

siannya...jahat nya perompak tu..xguna btol la..sbr ya

Aida & Riana said...

baru terbaca entri u ni..siut betul perompak tu..kalau i pun sedey giler..dh la seumur hidup skali..sabar ye bai..