Tuesday, January 3, 2012

Ke Bendang kita!

Salam u alls!!

Ni cerita 3 minggu yang lepas kot. Hahaha dah basi sebenarnya. Tapi nak cerita gak :P. Since 20 + weeks ni, teringin sangat nak makan ikan sepat! Haritu cari tak dapat-dapat. Tapi, bila ronda-ronda sampai ke bendang..baru makcik saudara ingat ada sepupu sepapat yang duduk area bendang! Wahh suka!


First time pergi, dah jatuh cinta kat rumah dia ok! Di keliling sawah. Mula lah haku berangan nak rumah macam tu juga. Kalau raya mesti syok sebab boleh pasang pelita keliling rumah..jalan. Wahhh mesti cantik! Bestkan? Hohoho mood berangan memang best :P

Ok cerita bendang tempoh hari. Sebenarnya kitaorang dah repeat {read : ulang} 2 kali ke bendang.

Ni muka orang paling teruja nak tanggunk ikan. Heee!
Cantikkan? Sawah luas terbentang. Nyaman~
Aktiviti mengangguk ikan. Kelakar masa ni, time dapat ikan je berebut dengan kucing. Siap jerit, jangan-jangan!! Jangan makan ikan tu. Hahaha
Mak Buyung tak dapat lari dari pandangan camera! Tak boleh lansung nak u turn sorok perut :P
Jejaka hati dinda :P
Fiona hijau dah tak larat masa ni. Berehat sebentar.
Ni masa nak balik dah. Tak puas sambung mancing tepi rumah T_T.         


Lupa pula nak snap gambar ikan yang kitaorang dapat. Balik, terus siang ikan tu.. lepas tu gaul dengan kunyit dan garam. Goreng garing-garing.. Makan dengan nasi panas! Pergh.. ngacam wa cakap lu!


Lain tau rasa ikan yang duduk bendang dengan kolam. Tak percaya? Sila try hehehe

4 comments:

Lynn Abd Latib said...

By

wah dah nampak perut dia..jaga diri dik...

Unknown said...

tetibe teringat nur kasih tue kawasan nie..cntikkkkk

Byzura Mj (By) said...

littlehumblelynn : terima kasih kak! itu pun ramai org cakap perut kecik T__T

Byzura Mj (By) said...

UyaRayza : kan! lebih kurang macam tu la rumah dia. cantik gila!