Tuesday, January 31, 2012

Mama luv U!

Dah 30 weeks sekarang. Lagi beberapa hari nak masuk 31 weeks. Bermakna, aku ada lagi 9 weeks! Wah cepatnya masa berlalu. Bila ingat balik, moment masa tahu ada baby dalam perut ni.. senyum sorang-sorang. Tak sangka, baby mula membesar dalam perut ini. 


Dari baby kecil sampailah dah pandai kicking dalam perut ini ;) Best moment! Haritu, masa tidur tejaga pukul 3 pagi.. baby macam tak gerak. Lepastu, hempap dia! Hahaha nak tahu apa dia buat? Baby siku kot! Terkejut gila. Paling kuat dia kicking selama ini! Marah betul baby..hihihi mungkin dia senang enak tidur :).


Bila dia tak gerak mula aku gelabah. Selalu aku tepuk perut suruh dia gerak. Suka tidur la baby neh! :P


Since 30 weeks ni, air ketuban aku low. Gynae suruh aku pakar monitor. Ya Allah, kau berikanlah kesihatan pada anak ku ini. Berilah dia kesihatan dan sempurna...


Kadang-kadang sedih nangis.... Kadang-kadang, survey sana sini cari usaha nak naik kan air ketuban tu. Google apa yang patut. Tanya orang pun ada. Takut sangat. I luv my baby. Tapi, apa apa pun kena tawakal, sabar dan tabah kan? Redha itu penting. Berdoalah... 


Semoga baby selamat dilahirkan mengikut due dan sihat! 


Mama & Abah luv u baby! Be strong!

3 comments:

Liyana said...

ala comelnye bby marah kena hempap. hehe....

smg mama & bby sihat k :)

CikNaa said...

muahahaha.. ganas mama nih. sampai hempap baby. ayoyo. naa pn perasan, kalo time suami letak kepala dia yg berat tu kat perut, mesti beby tak selesa. dia akan tolak sekeras2 nye..syukur, kite antara wanita yg dipilih utk merasa smua moment tu kan by.. ;)

SuZiE said...

aku dlu 1st baby ngam2 36 weeks dah kluar dah.... yg 2nd 37weeks 2 days dah kuar... klu mcm aku jenis byk berjalan. kje pun jenis byk bergerak. sb tu ko cepat kuar nye...