Monday, January 9, 2012

Perkembangan baby 27 minggu.

Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 


Tiap kali baca perkembangan baby, tiap kali tu lah aku rasa bersyukur daaaannn terasa kiut! Hihihi. Dan tiap kali scan, tiap kali tu la aku kagum dengan kekuasaan Allah. Dari kecil aku tengok baby sampai lah membesar dah ada hidung, mata, mulut dan yang paling penting jantung dan pergerakkan baby! Alhamdulillah.

Kalau baca artikel kat atas ni berat baby 875 gram kan? Tapi now, gynae cakap baby aku dah 1.1 kg. Banyak gak beza tu. Ramai gak cakap perut ni kecil. Ada gak cakap kecil sebab aku tinggi dan anak pertama. Tapi, ada gak cakap besar. Eh mana-mana lah. Asalkan aku dan baby selamat, sihat sejahtera kan?

Kalau ikut kiraan lagi 13 minggu aku dah nak bersalin! Whaaaaaaaaat?? 13 minggu? Dah tak lama kan? Sekarang dah perlu decide hospital mana aku nak bersalin. 

Takut pun ada ni. Almaklumlah pengalaman bersalin tiada lagi. Macam-macam dengar pengalaman orang, ada yang gembira dan sedih. 

Baby preparation adalah sikit-sikit. Yang mana aku jumpa aku beli. Untuk ibu? Langsung tiada lagi. Kena beli bra, kena beli apa lagi eik? :P. Mak aku dah bagi kain batik siap-siap. Lain-lain belum!


Oklah. Nanti kita continue dengan cerita vacation tempoh hari ok. Da!

3 comments:

ciksuen said...

betul3..mmg da perlu decide hospital mane nk bersalin..watnye xsmpai 13 minggu lg baby da nk kuar,,xde ler gelabah sgt..hehe

twinkle twinkle said...

jaga kesihatan ye ;D

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang