Friday, June 1, 2012

Hadiah diharijadiku

Ha ni ghupanya hadiah birthday hari tu...apa tu? korang googling sendiri harharhar... Ini pemberian wak dengan hati yang ikhlas(ke?) tapi kena share dengan Faris. Nanti Faris dah pandai tengok upin ipin, barney ke...benda ni akan lepas ke tangan Faris...T__T. Nasib mama sayang Faris tau...kalau tak mesti mama konker..hehehehe....


So, sekarang mari kita kerjakan dengan menulis blog..hari ni belajar taip panjang sikit hahahaha... Sebelum ni, kalau korang tengok bercelaru je entry aku tu...sebab benda ni lah. Kaku wehhhh. Orang kampung lah katakan...mana pernah aku merasa semuani...


Dulu pun dapat handphone masa aku belajar kat unibersiti. Tu pun pakai nokia ala walkytalky..rasa dah macam hebat bebenau waktu tu :p. Bila orang call kemain lagi cakap kuat-kuat...lepastu kalau balik kampung, bercakap sampai keluar rumah...bukan nak menunjuk tapi cari line yang clear, kalau tak suara si panggil tu kedengaran seperti suara robot hahahaha.


Ok dah tutup kenangan lama.


Sebenarnya, wak dah lama nak beli tapi aku je tahan dia dari membeli. Bukan apa waktu tu aku mengandung...otak fikir Faris je...manalah tahu tuhan nak uji kita waktu tu kan...so kita kena lah simpan duit...baik tak aku sebagai seorang isteri? Hehehehe.aku taknak bebankan wak. Wak semua tak kisah....pastu dia pening sorang sorang hewhewhew.


Ini first time aku sambut birthday dengan wak sebagai seorang isteri. Cop! Sambut ke? Kek pun tak ada....nasib dapat hadiah in advance hihihihi DASAR!


Wak memang tak romantik pun.....hari itu waktu anniversary bercinta ke hape aku tak ingat...masa tu nak jumpa wak...pastu boleh dia cakap, i nak beli bunga ros kat you tapi salah tarikh so tak jadilah buat surprise...hailah hailah....dalm hati, beli je la Bangggggggggg!


Huhuhu....kalau nak beli apa apa mesti dia tanya aku dulu, nak tak nak tak...kalau aku tak ikhlas ckp tak, maka dia tak beli terus hahahaha. Sabau je la dekkk.


Bagi aku, aku suka kejutan....dia dtg mengejut pastu aku tutup muka tak pun aku jerit waaaaahhhhhh...i sayang you! Hahahaha dapat hadiah baru ko nak sayang by?


Ok aku dah merepek dah...


Neway aku dah genap 30... Bila dah masuk 30 ni, insap dia lain macam....rasa nak kumpul anak banyak banyak eh? Apa kena mengena..


Oklabye!



Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Maznie Omar said...

Mari berinstagram plak.. Android! Android! :) jom :)

Maznie Omar said...

Mari berinstagram plak.. Android! Android! :) jom :)

Maznie Omar said...

Happy belated birthday By.. :)

Fainie said...

hubby i pun same, tak suprise lgsung..lg seminggu nk bday i hr tu blh dia tanya, nak beli bunga kt mana. cfirm2 la i tau dia nk bg bunga..rhahahah