Saturday, November 17, 2012

Elakkan baby meragam semasa penerbangan.

First time Faris naik kapal terbang masa pergi Guangzhou tempoh hari. Masa tu Faris baru capai usia 5  bulan. Cuak juga kan? Sebab, first time nak ajar dia biar biasa dengan kapal terbang...maknya nak sangat Faris jadi macam Adam huehuehue nanti senang nak bawa berjalan (eh macam selalu pergi jalan).



Perjalanan lebih kurang memakan masa selama 5 jam. Kalau 45 minit, haku tak kisah sangat ... ni 5 jam! Puas survey macam mana nak elak baby meragam. So dengar daripada kawan kakak dan lain-lain majoriti cakap tips ni....



Ok tips nya adalah satu je. Elakkan baby dari terkena telinga berdesing. Kalau berdesing dia akan melalak tak tentu pasal sebab telinga dia tak selesa kan? Kalau kita pun tak selesa...tapi disebabkan kita dah besar tak adalah melalak. Kalau melalak mahu kena bagi pelempang dek pramugari hehehehe :P.



Caranya, 


  • sediakan kapas, dah bentukkan bulat-bulat (pastikan selalu ada dalam beg)
  • sumbatkan ke telinga baby sebelum naik kapal terbang/ tempat tinggi.
  • sediakan topi seeloknya macam snow cap tak pun macam ni...




Then pasangkan tutup telinga ke telinga baby. Kalau baby tak nak, sumbat kapas tebal skit dan pakaikan baby dengan snow cap yang tebal sedikit.



Yang paling penting...bagi baby nyonyot semasa kapal terbang dah mula push tekanan untuk naik ke atas(start penerbangan). Tips ni juga untuk elakkan desingan berlaku.


InsyaAllah baby akan  tidur lena macam ni :P. 



Dan ...






Happy sewaktu tiba di tempat lawatan. Hehehe.





Ok itu sahaja tips hujung minggu :D.



+ By +

2 comments:

Riana said...

insyaAllah tips ni sgt berguna di masa depan =)..tq..

Byzura Mj (By) said...

Riana : insyaAllah.wlcm :)