Wednesday, December 26, 2012

Bayar nazar.

Faris semalam demam lagi..kerap dia demam nak masuk 8 ke 9 bulan ni...pitty him.. Orang kata minum susu ibu jarang demam, antibodi kuat..ya memang tak nafikan. Tapi dah nak terkena juga...demam juga akhirnya.


Hari dah kebah alhamdulillah. Moga tiada lagi demam menyinggah sesuka hati.


Bila anak demam sebegini..banyak benda fikir, nak hantar rumah pengasuh pun tak senang hati. Baik jaga sendiri kat rumah. Lepastu fikir apa yang tak kena sebenarnya.


Jumpa ustaz pun dia cakap selesai kan apa yang tak selesai..ya ingat, aku ada 2 nazar tak tertunai lagi. Wak cakap kita selesai kan yang satu ni dulu...I pergi cari hari ni..Insyaallah satu nazar akan selesai hari ni. Moga Faris sihat dan menjadi anak soleh. Amin.



Ya aku banyak naza masa lahirkan faris. 4 nazar. Memang banyak nazarnya...bila orang tanya kenapa banyak nazar? Aku cakap dah banyak berlaku pada aku..apa salah aku nazar nak kan anak sihat dan aku boleh tengok serta besarkan dia di dunia..tapi mulut orang tak boleh tutup kan?



Cuma satu je aku nak cakap, korang tak tahu apa yang aku lalui..so tutup mulut..hehehe.




Hope Faris sihat sepenuhnya ya. Mama doakan agar Faris membesar dengan sihat. Mama sayang Faris.






+ By +

1 comment:

CikNaa said...

mmg pn.. org ckp anak bwh 1tahun mmg kerap sgt demam..smpai abis cuti dbuat nye...