Friday, January 11, 2013

Makanan yang aku pantang setahun.

Wuaaa ingat 44 hari pantang dah habis kan? Oh belum..aku masih lagi pantang untuk benda-benda tertentu. Korang pantang gak ke?


Mak aku suruh pantang setahun. Untuk jaga peranakan semua. Sihat tubuh badan ;)



Ada orang tak pantang kan? Terletak pada individu kot kan nak berpantang ni...



Ok mari tengok apa yang aku pantang...


Air kelapa. Santan aku dah makan lepas pantang...


Jambu batu. Ni memang mak pantang tak bagi usik langsung. Katanya bisa.


Labu.Ini pun bisa. 

Rebung. Bisa juga.

Air tebu dan start minum. Memula pantang sebab bisa juga.


Lain-lain...cendawan pun aku pantang.


Ha lagi nenas! Semua tu bisa kan?




Neway aku redha je bab pantang ni. Sebab nak kekal sihat waktu tua nanti. Tapi ada je tak pantang sihat sampai tua eah?



Boleh share?



+ By +

6 comments:

Allene said...

lin tak pantang pape pun... semu bedal. dasar pelahap.. :D

Liyana said...

alamak semua dah telan..kecuali air kelapa..tu pun sbb x bape suke sgt air kelapa, ahaks!

Byzura Mj (By) said...

Allene : tu la lain org lain cara kan?

SuZiE said...

aku pantang ais... bertahun weh tak sentuh ais... lama2 jd terbiasa... adam pun dah 2 tahun kadang - kadang (versi p-ramlee) je aku minum air ais... :-)

http://suzieahmad.blogspot.com

Byzura Mj (By) said...

SuZiE : ais aku tak pantang pun. uhuk uhuk. Tapi nak dekat berapa bulan la baru minum :)

Byzura Mj (By) said...

Liyana : hehehe. lain orang lain badannya...lain rasa. kelapa tu memang bisa. so setahun juga kena pantang.