Tuesday, January 29, 2013

Sepetang di Morib dan Bagan Lalang.

Sebelum ni adalah singgah ke Morib..tapi masa tu dengan berbaju kurung bagai dengan FIL (family in law).. Wah lain bebenar Morib sekarang...lama tak pergi. Lepas tu try makan area situ. Ok nice. Boleh bawa mak dan ayah pula lepas ni.


So masa cuti Maulidur Rasul hari tu, cakap kat mak dan ayah pergi ke Morib jalan-jalan sambil-sambil bawa ayah exercise. baru sedap mata memandang kan? Ni asyik duduk exercise kat rumah je. Kalau aku pun naik boring :P. Ceh alasan kan? Padahal diri sendiri nak jalan :D.


Aku memang suka lah kalau jalan-jalan macam ni..tengok permandangan..tengok orang seksi-seksi..eh Morib ade ke orang seksi pakai 2 piece? Muahahahaha. Orang kata pantai tu panas? Oh i dont care. Itulah penenang jiwa dan raga. Ececececce. Lain orang lain la kan.


So mak siap-siap masak nasi dagang..nak berkelah katanya. Biasalah, kalau dah jenis mak-mak memang suka cenggini. hehehe.




View kitaorang. Best tak? Bawah pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Tenang. Seronok tengok anak-anak bermain. Anak-anak? Anak orang lah. Aku baru sorang anak hahaha.


Ngeri tengok gambar ni..macam gemuk. Eh tu semua salah angin. Hahaha. Memang gemuk hoi sekarang -_-". Takpe nanti bila dah kurus leh bezakan dengan gambar ni nanti. Sure bangga. Terus masuk blog kan. Puuuuui! :D


Anak dengan mak.




Ni salah satu kedai yang sedap. Kalau korang pergi silalah ke King Ikan Bakar. Ada kerang besar. Air asam pun sedap!



View dari Kedai King Ikan Bakar. Masa ni tak ramai lagi orang. Ye la kitaorang sampai pun pukul 3 petang. Hahaha.



Ha ni lah kerang besar itu..cicah air asam sedap! Korang nampak macam tak bersihkan kulit dia..tu sebab kerang ni jenis berbulu... kerang berbulu i ok. Orang berbulu i tak ok. LOL!


Chicken wing sedap dan murah! Jangan lupa tonggeng ayam!


Si Faris ni pun nak berkelah. Terpaksa usung bubur dia sekali yang dimasak sendiri. Dia ni suka makan. Apa orang makan semua dia nak. Hailah anak.



Lepas je boring-boring di Morib, kitaorang ke Bagan Lalang. Boring lagi ke Port Dikson. Eh tipu hahaha.


View lepak-lepak sambil makan aiskrim roti.


Bawa si Faris ni ke pantai..Takut ombak si jantan aku ni. Asal nampak ombak dia nak lari..agaknya macam ombak tu kejar dia kot. Hahaha. Ye la baru first time kan. Nanti mama bawa lagi ok.


Gambar last, kitaorang patah balik ke Morib pekena King Ikan Bakar lagi. Hahaha. Memang dasar makan..lepas tu ko meroyan gemuk -___-"



Da~



+ By +

3 comments:

king ikan bakar said...

terima kasih..
sila dtg lg..

king ikan bakar said...

terima kasih..
sila dtg lg..

utk tempahan bleh la call 013 3436250

king ikan bakar said...

terima kasih..
sila dtg lg