Thursday, February 14, 2013

Minyak dagu.




Minggu lepas tengok Minyak Dagu ni. Tapi bukanlah di pawagam. Di rumah saje. Every month, wak akan tanya nak tengok cerita apa. Kalau ada berkenan di hati subscribe la.. kalau tak, malas haku nak tengok.



Minyak Dagu.



Memang tetiba rasa tertarik nak tengok walaupun tahu hantu dia macam mana. Tak macam ju on adalah merangkak-rangkak sikit. Hehehe. 



A-Z aku tengok. Siap ulang :D. Biasa je cerita dia. Cuma tertarik dengan minyak dagu tu. Ada lagi ke orang percaya?



Minyak dagu adalah untuk buat seseorang tu gila kat kita. just secalit pun dah beri kesan. Hurrrm takutkan? Tapi kenapa orang tergamak buat cam tu?



Antara percaya atau tidak.



Last weekend. Aku pergi ziarah keluarga sebelah Timur. Alang-alang bercuti, ziarah sekali. Tetiba terdengar cerita, salah seorang sepupu terkena hurrrmm minyak dagu ni. Betul ke? Itu pun masih macam tak percaya.


Pergi sendiri tengok.



Memang betul.



Keadaan beliau semakin pulih tapi dunia dia macam di dunia khayalan. Tak sihat sepenuhnya lagi. Saudara mara pun masih dia tak kenal. Ia berlaku sekelip mata dan bertindak sebagai balas dendam. Hurrm.



Dalam kehidupan, rupanya orang terdekat yang terkena.



Ya Allah kau jauhilah semua ini dari kami.




+ By +

4 comments:

~AmyLiana86~ said...

xtgk lg citer nie..=)

Byzura Mj (By) said...

~AmyLiana86~ : tengoklah. Tapi cerita dia biasa je. G download g! hahaha

.::WaNiE::. said...

eh beb

aku xtgk abis

sebenarnya husband dia ke yg ex-tunang dia tu yg calit minyak dagu kat dia?

Byzura Mj (By) said...

.::WaNiE::. : yang calit tu bukan suami dia. yang xtunang dia tu calitkan. wuwuwuwuwu