Friday, March 22, 2013

Jalan-jalan ke Kelantan 1.

Lama dah cerita ni, masa Raya Cina aritu. Dah lama tak balik ke kampung (kampung sebelah ayah). Dah lama tak balik kan? So masa adalah terhad sebab nak menjenguk saudara lagi. Itupun ada yang tak sempat nak ziarah. Tahulah kalau singgah mesti berjam-jam..package sekali hidang makanan. Hahahaha.


Bertolak malam. Sampainya pagi. Tu pun dah berkali stop sebab driver mengantuk. Sampai-sampai terus terjah Pasar Pasir Puteh, area dekat dengan kampung dah. Memang wajib singgah untuk menikmati sarapan pagi kat sana. 



Menu utama = nasi kerabu. Tiada gambar bukti sebab semuanya lapar tahap apa dah masa tu :P.


Dah kedua, mestilah yang ringan-ringan. Ringan-ringan? Ko tengok sahaja, jangan banyak bunyi. Hahaha.



Kuih Akok. Kalau dulu kuih ni orang takut nak makan, manis katanya. Tapi sekarang dah tak manis sangat dah masakan sana.. Maybe dah bercampur kan? Manis tak manis, I tetappp sukoo! :D




Tapai ubi goreng. Yummy sangat! Kalau kat sini susah nak jumpa. Kalau jumpa pun selalu terkena tapai ubi yang masam ;(. Ketahuilah korang, kalau dimakan dengan aiskrim vanila mc'd lagi mencapai klimaks yang maksimum!


Aneka makanan. Makanan mak je beli sebab nak bawa balik rumah saudara. Aku dah tak mampu nak makan.

Laksam. Pun tak merasa sebab perut penuh sangat! Bila tengok gambar ni, terasa rugi! ;(


Etok kegemaran Kakak. Dia kalau makan boleh habis 2-3 bungkus! Eh eh aku pun sama :D.


Bahulu bakar! Pasti singgah! Ni dah perjalanan ke Rantau Panjang. Ha pantas tak? Hahaha. Sampai, salam-salam saudara, rehat kejap terus zasssssssssssssssssssssss MAKAN lagi! Hahaha. 


Di Rantau Panjang. Ni pun tak boleh nak terlepas makan kalau balik sana. Sedapppp. Makan dengan sos Thai.


Mangga Pulut. Bukan setakat pulut ok..nasi air semua order hahaha.


Ok bila dah kenyang..suka hati. Mari ambil  gambar. Saya si tenbam dengan Azmeer celup. Hahaha. Ok bye!



Sambung di lain waktu :P.

+ By +

2 comments:

Cik Itie said...

Pulut mangga mengliurkannnn

Byzura Mj (By) said...

Cik Itie: kan sedap! :D