Friday, May 17, 2013

Ulangtahun Faris ke setahun.

30 April 2013.


See baru update kan! Hihihi. Nak taknak kena update pasal ni. Macam rugi pula tiada coretan kenangan dekat blog. Sedar tak sedar Faris dah membesarkan? Nanti Faris pun boleh baca kalau blog ni tak 'mati' lagi. Heeeeee.



Birthday Faris. Mula-mula tu nak buat kat rumah je sebab macam senang dan boleh la nak masak masakan kampung. Tapi bila fikir nanti budak-budak nak main mana? Dengan tiada kawasannya kan, so buat dekat Kids Sport & Gym Empire Subang.


Jemputan hanya ahli keluarga dan rakan terdekat. 


Bila dah ada plan je nak buat birthday Faris, mulalah aku yang semangat nak buat kerja DIY. Dah lama tinggal. Seronok tau buat projek DIY ni. Puas hati.Tapi tak adalah gempak mana. Sekadar yang mampu. Faris tengok ni mama buat untuk kamu. Belum kamu kahwin lagi...mama tak tahu kenapa sexcited sangat. Wiwiwiwiwi.



Majlis bermula pada pukul 1 tengahari. Nak buat petang mulanya...tapi slot penuh. Takpalah janji ada.



Agak kelam kabut sikit. Sebab, nak angkut barang ke sana semua. Tapi Alamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tak putus orang datang...sampai petang pun still ada orang datang. Alhamdulillah. Rezeki Faris :).



Siapa yang decide tema semua...oh mestilah MAMA. Hahaha. Kek pun aku lah yang decide :D. See excited terlebihkan?



Ni kek Faris. Simple je. Putih then ada blue ladybird. Huruf-huruf tu aku yang beli, simpan dan tetiba ada idea nak cucuk kat kek birthday Faris.




Candy buffet. MAMA juga yang buat tapi tolong susun adalah mummy Faris, Mummy baby. Hehehe. Thanks B! Kalau nak tunggu aku siap susun memang lambat lah. Nak salam tetamu lagi. Masa kitaorang sampai, tetamu sudah tercanguk kat depan ok! Nebes mak :D.



Sticker tu pun MAMA buat. Pavlova MAMA tempah. Hehehe. Habis licin pavlova tak sempat nak merasa pun.


Cupcake.


Air mineral


Gift untuk tetamu.


Sekarang, kalau tengok pun tersenyum lebar sebab rasa puas hati dekor yang tak seberapa tu dibuat oleh diri sendiri :D. Rajin tak mama Faris? :P


Makanan berat pula, adalah seperti :



Roti Jala. Kakak ipar buat. Thanks Kak Ju aka Maklong Faris.


Nasi Dagang Mak aka Tok Faris buatkan.


Bihun Goreng Maklong Faris buat.


Antara tetamu dan kawan Faris yang hadir. Ni kat dalam belum campur yang di luar. Huhuhu. Alhamdulillah.Terima kasih korang!




Abah, mama dan Faris. Tema (yang tak tema sangat) : Putih, Biru dan kuning. Hihihi 


Magic party. Ni abah Faris yang beria booking. Untuk kawan-kawan Faris. 


Faris dan hadiah. 


Happy belated birthday ya Faris. Mama doakan agar Faris menjadi anak yang soleh, dengar cakap dan menjadi insan yang berguna. Paling penting tak lupa mama dan abah. Dan mama harap mama menjadi mama yang baik untuk membesarkan Faris.


See betapa abah dan mama gembira dengan kedatangan Faris di dunia. Moga abah dan mama adil dan saksama juga untuk adik (adik) Faris. Ehhhh! :P


Untuk sesiapa nak tahu macam mana nak tempah dan bayaran secara detail boleh lah tweet : @byzuramj . Email pun boleh ;).




+ By +

4 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

hepy besday faris...

Byzura Mj (By) said...

Thank youuuuu

IdAmAn said...

Salam kak, nk tnye la huruf2 kat atas kek 2 mn akak beli ye?

Byzura Mj (By) said...

IdAmAn : salam, dekat kedai pengantin jalan TAR.