Wednesday, August 28, 2013

Random Raya 2013.

Rasa tak mampu untuk buat entry part 1, day 1, part2, day 2. Fuh! Punya banyak cerita raya kali ini. Dan yang paling penting adalah sangat meriah dan seronok!


Raya tahun ini agak berbeza, sebab kitaorang anak beranak decide untuk beraya ke kampung sebelah ayah. Kelantan dan keluarga sebelah emak, Terengganu. Tak pernah beraya ke Kelantan. Punyalah seronok makcik-pakcik, saudara mara kat sana tahu kitaorang nak balik.Dan last barulah kitaorang beraya dekat sekitar Klang dan Pahang.


Anak aku, anak-anak buah kemain seronok beraya kat sana. Yelah kumpul duit raya, siapa tak seronok kan? Dengan mak-bapak budak seronok kira duit raya.


Faris tu yang kecil dan tak berapa paham lagi itu pun, nampak dia seronok. Orang bagi duit raya semua dia ambil. Orang punya pun dia ambil. Hahahaha.


Satu hari memang jarang ar dia tidur. Tidur pun dalam kereta. Tutup enjin dia bangun, terus nak berlari dengan kawan-kawan. Haih!


Faris, kalau Faris baca ini mesti Faris senyum walaupun Faris tak beberapa ingat kejadian masa Faris kecil ;).


Faris kat sana antara orang yang dilayan istimewa. Pergi sana orang cium, pergi sini orang cium...orang dukung. Duit raya pun kekadang orang berlebih kasi daripada orang lain hahaha! Shhhh jangan bagitahu orang. Wikikiki.


Oklah ini antara gambar yang juga di ambil secara random dari handphone. Gambar dari kamera tak transfer lagi. Hehehehe. So layan je la eah kalau nampak gambar sama dalam FB dan Instagram :P.




 First raya. Kelabu + biru. Nasiblah baju ini siap kalau tak warna tema jadi lain.


My boys. Love you so much!

Di rumah atok yang besarkan emak.

Hari kedua, Terengganu.

Kalau ikutkan banyak lagi gambar keluarga. Bayangkan kitaorang beraya pergi pagi balik malam. Lemau gila. Tapi seronok jumpa keluarga jangan cakap arr. Gila best!


Dengan anak-anak dara ciksu (aku).


Faris paling best boleh mandi telanjang dekat luo. Hahahaha. Tapi kalau ada perigi lagi best Faris. Mama dan abah sekali join tau!






Hari seterusnya makan angin dekat Tok Bali dan Air terjun. 

Raya-raya seterusnya. Ha kan aku cakap random. So hari keberapa raya pun aku tak ingat dah. Main upload je. Tak larat ahkak nak pilih gambar :P. Masa ini dekat Klang. Ohya masa raya juga ahkak ada audition :).



Sekeluarga pink. Terima kasih kerana sudi pakai pink yang. Hakhakhak


Dengan bestfriend forever. Tiada siapa yang boleh memisahkan kami. Hahahahahaha. 



See? Kali ini memang meriah tapi tak cukup masa, nak jumpa yang lain-lain. Ada kawan kat Pahang pun tak dapat nak jumpa. Takpe nanti Raya Haji, Raya Deepavali kita jumpa ok. Hahaha.



Selamat Hari Raya semua. Minggu ini last makan besorrr lepas itu kita diet beramai-ramai ok! ;)







+ By +

No comments: