Tuesday, April 5, 2016

HIKING : BROGA HILL, SEMENYEH.

Assalammualaikum!


Ini adalah kali kedua pengalaman naik Broga Hill. Kali pertama, 5 tahun lepas tak berjaya sampai ke atas bukan sebab pitam ke apa. Sebab masa sampai ke checkpoint pertama, hujan turun. So, taknak ambil risiko masa tu, semua pendaki kena turun. 


Dan selepas 5 tahun, kali ini berjaya :D dan ini adalah aktiviti hiking yang pertama dalam tahun ini. Saje hiking keluarkan peluh. Cari bukit-bukit je, gunung tu nanti lah. Heeee. 


Tak jauh bezapun hiking kali pertama dan kedua ini. Cuma yang kedua ini macam senang sikit dan secure sebab dah ada tali untuk berpaut. So tak de lah rasa nak terjatuh ke bawah. Hehehe. 


Ramai gila adik-adik ber-hiking. Macam-macam cerita sambil hiking. Hihihihi. Tak pe dekkk, sekurangnya awak boleh buat akak tak sedar mendaki sambil dengar cerita awak. Tengok-tengok dah sampai :D. Seronok kan? Jumpa orang yang tak kenal... selamber dekk tegur dan berborak :). 



Kitaorang naik subuh sampai atas masih gelap lagi. Kitaorang tunggu sampai matahari naik. Kira-kira pukul 10 pagi baru nampak matahari. Lepas tu kitaorang turun. Ada orang hiking petang sebab nak tengok sunset. 


Kurniaan Tuhan, semua nya cantik tiada cacat cela. Atas bumi, di laut, di dasar semua ada kecantikan tersendiri kan?



Track dia..so far ok. Yang dalam gambar di atas ini, agak mencabar la bagi aku sebab lutut dah tak kuat. Banyak urat putus lagi Hahaha. Tak macam dulu dah. Tengok budak muda naik sambil berlari ok. HAHAHA. 



Sesiapa nak pergi senang je. Waze kan dah ada :). Search je. Balik tu boleh la singgah Air terjun Tekala dengan Eco Majestic, Semenyih. Kali ini kitaorang balik terus sebab anak sedang menanti :). 






+ Terima kasih kerana sudi membaca ! :) ~ Byzura +

No comments: