Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

agak penat...quick update je ni

Hari ini just masak speggeti dengan nasi ayam je untuk menyambut tetamu yang dinanti. Wak Ajim nak datang :). Cadangnya pukul 1 ptg dah sampai sini. Ni da nak dekat pukul 2 ptg belum sampai lagi. Haih janji melayu.


Semuanya aku masak. Just tanya kat mak je nak masuk apa apa apa. Takut gak tersalah masuk ke. Mampus kena reject rasa lain.


Itupun diaorang cakap speggeti rasa kuah sardin. Ades. Belasah lah! Tapi, aku tengok yang 'orang nak merasa' makan, semuanya habis licin. Siap jilat-jilat bibir lagi. Saja cuakkan aku ya?


Ok la nak berehat jap, lepas tu bersiap! Ceh nak lawa-lawa wangi-wangi. Hahaha!


Uolls buat apa hari ni?

Owh ya selamat hari Malaysia ya! Bertuah kita ni di Malaysia. Banyak cuti =D. Syukur

.:. By .:.

Sunday, January 3, 2010

Happy Birthday to IZ!

Ada orang cakap muka kami serupa. Macam adik dengan kakak adalah aku rasa. Sebab umur kami 4 tahun berbeza :P

Oh Happy birthday ya Iz..

Happy birthday to you. Awal gila birthday tak sempat nak buat persiapan :D.
Suruh T*** je lah :P

Terlambat post pulak!

Thursday, December 31, 2009

2010..kenangan 2009!

Peringatan. Entry ini mungkin agak panjang. Muntah darah lah korang baca :D.

Kalau boleh aku taknak menjejakkan kaki ke tahun 2010. Penuh kepahitan. Penuh kenangan. Namun apa daya aku. Tapi aku cukup bersyukur dengan kehidupan sekarang. Ramai yang ambil berat pasal aku. Ramai yang sayang aku sampai 'kepochi' hidup aku :P.

Aku happy. Sungguh!! Walaupun banyak dugaan yang aku hadapi tapi aku cukup bersyukur terhadap kejayaan yang aku hadapi. Bukan bongkak. Bangga terhadap diri sendiri sebab sudah pandai berdiri dengan kaki sendiri. Dulu aku tumpang beg Kangkaroo.. :D.

Kejayaan? Belum cukup aku rasa. Tunggu aku jadi macam Tomok, baru aku rasa berjaya :P.

Januari 2009.
- Aku sambut new year di Melaka. Sangat lah best. Rasa baru semalam sambut bersama kawan-kawan. Masa ini, environment kerja aku dah lain. Aku baru 2 bulan di tempat kerja baru. So jumpa lah kawan-kawan baru.

Februari 2009.
- Aku tak berapa ingat apa yang terjadi pada bulan ini. Tapi yang pasti aku duduk tercongok kat office :D. Tapi masa ni tengok Puteri Gunung Ledang kot dengan Iz? Yeah pastinya PGL adalah salah satu kenangan terindah.

Mac 2009.
17 march. Lahirlah blog gemiez ni. Kuekk kuekk kuekk... Aku beranakkan dia tanpa ayah. Sebab aku lahirkan blog, aku boring dan aku ingin catatkan semua kenangan aku. Mana lah tahu masa tua bangka nanti, aku leh baca balik. Itu pun bukan aku baca la, aku dengar je. Cucu aku baca :D. Pastinya Taman Negara adalah tercatatnya sejarah kenangan aku. Tak pernah aku jejak kaki ke sana selama aku anak Pahang :P. Tercatat juga dalam sejarah hidup aku, kawan baik aku Ijan telah diijabkabulkan :).

April 2009.
Pergi menonton Mahsuri. Aku sudah aktif menonton teater :D. Masuk ke dalam Gua Tempurung adalah kenangan yang aku tak boleh lupa. Banyak kenangan masuk dalam gua tu. Pengalaman yang tak mampu semua orang lalui. Kalau berani, cubalah! Pasti akan jumpa kelainan.

Mei 2009.
Di mana aku, mak dan Suci dicampakkan ke bumi yang penuh dugaan ini. Di mana juga, cikgu aku kembali ke rahmatullah :(. Al fatihah.

Jun 2009.
Aku telah melaburkan duit aku membeli kasut nike yang berharga RM300++. Wilawehhh..

Julai 2009.
Aku makan durian tak hingat masa bulan ni! *teringin pula. Dan dan dan dan dan dan.. Yang paling penting aku pergi Redang!! Redang airnya biru!! Pengalaman yang cukup berharga. Sungguh!! All thing in my mind. Masih teringat-ingat lagi :D.

Ogos 2009.
Bulan anniversary. Luv U sayang. Whatever will be happen, I will be with U. InsyaAllah *Amin. (Heh ko baca ke blog aku ni? :D).Merdeka day!! yeah!! Aku bangga jadi anak Malaysia. Bulan ini aku buat bacaan yassin kat kampung. Mengambil berkat semoga murah rezeki. Bukan kenduri aku bertunang ya! :P.

September 2009.
Raya!! Yes!! Seronok raya tahun ni walaupun seseorang dah lama aku tak jumpa :(. Dekat 3 tahun tak sambut bersama. Tak apalah semoga 'dia' terbuka hati untuk sambut bersama kami. Yerp aku pergi berjalan bulan ni. Ke Serawak. Aku tak pernah jejak ke sana. Itu lah pertama kali :D.

Oktober 2009.
Banyak berlaku bulan ni. Hanya aku leh cakap, TERIMA KASIH TUHAN. Terima kasih sayang :D. Terima kasih semuanya. Mungkin apa yang terjadi pada bulan ini, akan memberikan perubahan pada diri aku :D. Thank you very much!! Yes aku pergi jalan-jalan lagi. Ke Kelli's Castle, Perak ;). Seronok berjalan di dunia buatan Tuhan ini!! Percayalah.

November 2009.
Boikot Bagan Lalang!! :P

Desember 2009.
Yeah!! Aku ke PD.Macam macam lah!!

Semua pergi jalan-jalan. Seronok!!

Penat pula aku nak menaip. Hahaha korang baca je la blog aku :P. Neway.....



HAPPY NEWYEAR!!! Welcome 2010!!! Kebabommmmmm!!!!