Ok berbalik pada Pesta Durian. Pesta ini sampai 29 (hari ini) kalau tak silap, di Muzium Telekom. Siapa nak pergi, sila serbu cepat-cepat! Semalam saya dan Iz pun hampir kempunan tak boleh makan durian. Pukul 4 petang baru durian sampai sebab dah habis.
Gila apa kalau saya dan Iz nak tunggu. Apa tak kojo ke? Dengan muka sedih lagi berpeluh merayu nak masuk makan durian. Akhirnya, kitaorang diberi peluang! Yahooo!
Masuk seperti biasa RM 15. Makanlah sebanyak mungkin. Sampai lalok pun boleh ;).



.:. By .:.
Ni gambar di hadapan Muzium Telekom. Saya ingat Iz nak Ambil gambar banner tu. Eh ada gambar saya :D. Terima kasih Iz. Kamera mu tetap ku kenang.
Muka macam stim jumpa durian. Nak nak ada orang serve. Siap botol mineral pun saya suruh mamat bangla tu bukakan. Manjanya saya~ Iz terus memandang ke arah saya. Apa kau nampak macam aku keji Iz? Hahaha!
Tengok lah isi. Betapa gembiranya saya berjumpa dengan Raja Buah ini. Tebal, mantap, lemak! Kitaorang menghabiskan lebih kurang 5 biji durian.
Eh eh....nanti dulu....
nak
sedawa
Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrppppppp!
Bau doyan! ^_^
.:. By .:.