Friday, March 20, 2009

** Sayu **

Pagi ini aku rasa sayu..sayu sekali..entah mengapa hatiku merasa sebegini. Sesudah siap untuk ke pejabat,aku keluar dari rumah dan aku melihat langit.Sayu.Cuaca hari ini seperti meratapi apa yang hati ku rasa.Mengapa? Aku tidak pasti. Semua tidak kena. Sepanjang perjalanan aku pasang lagu 'soledad'-westlife.

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come I'll relise
You're a loss I can't replace


Tiba-tiba aku takut ditinggalkan...keseorangan..aku pasti semua orang merasai seperti apa yang aku rasa. Bila hati aku sayu pasti aku teringatkan ibuku. Ibu segala-galanya bagi aku. Tempat aku meluahkan perasaan. Tempat aku bercerita. Ibu adalah pendengar setia. Ibu selalu berpesan dalam setiap dugaan dari Tuhan kita kena hadapi dengan tabah, dengan tenang dan sabar. Baru-baru ini ibu mengadu kepadaku bahawa ibu telah mengidap kencing manis. Bertambahlah penyakit ibu. Dari darah tinggi yang sedia ada dan sekarang kencing manis Oh Ibu! Tiba aku rasa pipiku basah.Ibu. Aku merinduimu...Aku senantiasa akan menggembirakanmu Ibu. InsyaAllah.. sudah usah bersedih lagi! Doakan untuk kebahagian ibu..

Ibu kau la segalanya bagi ku..

Ibu dahulu dan sekarang :D..


~ dahulu ~~


~~ sekarang ~~


** sebenarnya aku rindu kat mak aku la...


Cik By

4 comments:

z@ti said...

lawanye mak ko masa muda...:)

Byzura Mj (By) said...

mase tue tak lawo ke? ahaks!

Lynda said...

aah mak ko lagi lawo dr ko tak kire mude ke tue

Byzura Mj (By) said...

cet...ye la2