Showing posts with label sokseksoksek. Show all posts
Showing posts with label sokseksoksek. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Breast up!

Sesi perbualan ini berlaku di kedai makan. Lepak dengan mak mak dara (kawan-kawan kakak). Tengah-tengah makan...


Kakak A : Uya, nanti pakai baju bertunang macam mana? Warna apa?

Aku : Biasa-biasa je. Warna peach...

Kakak A : oooo.. Macam baju pengantin la eah? Mesti lawa kan?

Aku : biasa-biasa je kak... *aku pun menggayakan macam mana rupa baju tu*


Kakak A : oooo Uya pakai la....


benda ni supaya nampak UP!!

*tenganga*


Hahaha. Pastu gelak ramai-ramai. Diaorang gelakkan buah dada aku yang sebungkus nasi lemak ni kecil ni.


Sabau je lah. Kakak-kakak tu cakap nampak cantik kalau pakai. Lagi berseri?Hahaha!





So, should I? Hahahaha


ok dah jangan berfikiran lucah!

.:. By .:.

Monday, October 4, 2010

Bz yang amat.

Semalam sampai rumah kakak pukul 9 malam. Akibat melayan mak buat hantaran. Tak perasan jam dah pukul 6.30 petang. Alhamdulillah sesi menyediakan doorgift dah siap. Buat sendiri dik non. Habis lebam biji mata mak ni. Ok tipu.


Then, pergi teman kakak dan BIL pergi open house. Eloklah memang kebulur tahap dewa masa tu. Nak makan dekat rumah mak pun, susah. Rumah dah dipenuhi tetamu (datang menjenguk). Oh ada juga cik Bedah (bak kata Xora) versi senior datang. Dah mengalahkan rumah orang yang nak buat majlis kahwin. Eh sedap nasi impit kuah kacang semalam... Owh!


Ok lah. Later-later sambung.Pening tengok email, bukak belog dulu. At least terubat rasa rindu :P.


.:. By .:.

Monday, September 20, 2010

Dang!!!

Sangat bermalasan masuk kerja hari ini. Ke kerja pun naik lrt. Pukul 8 pagi baru keluar rumah. Pakai baju kurungpun terlupa nak pakai kain dalam. Dang! Habislah kalau-kalau sesiapa terbaca duk tengok kaki aku dua batang ni ha. Nampak tiang takpe, nampak benda lain?


Sangat-sangat pening kepala, memikirkan duit yang tengah kering :(.



Sampai takde mood semuanya. Nak nangis pun tak guna... Kalau nangis dapat duit kedebuk jatuh atas peha yang semakin membesar ni, tak pe juga. Bukan setakat nangis...teriak pun aku sanggup.


Hish.


Nak cash out duit nuffnang pun setakat makan TGI Friday untuk 2 orang cukuplah!


Dah aku merepek. Nanti aku update-update lagi.


To B2B, orang yang buat open house tu sila lah ajak aku.. Yang mana dekat lah. Nak save bajet! Bahahaha!

.:. By .:.

Monday, September 13, 2010

Hari ini, 13.09

Pagi tadi bangun awal. Sebabnya, kucing kencing atas konfeter. Sedap-sedap mimpi jadi CSI untuk kes Sosilawati, si putih datang kencing. Hampeh betul.


Eh cerita pasal Sosilawati. Kalau betul, takziah buat keluarga beliau. Zalim betul orang yang buat kerja tu.... Ermmm.. ok lah tunggu cerita terkini malam ni pula. Sini sold out paper. Gila lah!


OK berbalik pada cerita hari ni, siap-siap mandi semua then pergi cari kedai renew roadtax. Masih dalam misi mencari. Susah betul nak renew kat sini. Siapa tahu area Mentakab, Pahang ni mana nak renew roadtax?


Misi kedua mencari cat. Setle! Seharian mengecat hari ini. Baru niat nak bungkus-bungkus doorgift. Erm... banyaknya benda tak buat lagi... Nasib baik ada Nina (anak buah). Itu pun kena upah buat kerja. Haih. Duit sekarang amat penting. Hahaha. no money no talk, no work.


Hish. Malam ni misi untuk buat barang-barang bertunang pula. Dah berapa hari lagi ni..


Eh oklah ada tetamu datang. Daaaa~ love. Selamat Hari Raya. Saya rasa sampai Ahad ni. Isnin depan baru kerja :).


.:. By .:.

Saturday, September 4, 2010

Kena tegur dengan BIL. Sigh!

Tadi, tengah-tengah nak berbuka... BIL tegur, kenapa dengan muka. Comot semacam. Dagu ada jerawat, hidung ada juga. Haritu dah tak ada dah.


Dalam hati, dem!Jangan tegur!


Aku jawab... mungkin sebab haritu balik rumah mak, kan renovate rumah.. habuk-habuk simen tu kot. (ke aku tengah stress? Hish bukan kahwin lagipun..lagipun aku memang notis after aku balik tu, memang naiklah jerawat).


BIL pun suruh jaga muka segala. Dah nak dekat majlis kang lagi haru.


Oh mirror mirror come here! Tapi buat masa sekarang, mirrorpun aku taknak tengok. Ngeris!!!





SIGHHHHHHH!

.:. By .:.

Thursday, September 2, 2010

Yes the situations is coming! The hehehe huhuhu...

Awas soalan ini adalah random. Mungkin berkaitan dengan yang hidup. Mati tak terlibat! Hahaha!



Besar-besaran eik nak buat? Maklumlah bongsu..

hehehe..huhuhu...




Bunga apa buat? Beria je nampak.. tengok **** jiran sebelah..beria benar makcik tengok.. last-last putus...senyap je..tak cukup duit la tu..

hehehe..huhuhu




Bila ikat? Besar tak hantaran? Degree ada, kerja pun kat ******. Pakai kereta lak tu.. Mesti letak tinggi ni...

hehehe..huhuhu




Kenapa tak buat rumah kakak, jauh lah...kalau dekat sure pergi...

hehehe...huhuhu




Eh *** depan rumah tu bagi mak dia 30 k.. ko bagi berapa kat mak ko nanti?

hehehe...huhuhu




Bakal tunang budak tu cover semua... senang je.. ko carilah macam tu...senang badan.. ni tidak lelah cari duit..perabis.. pastu putus...

hehehe...huhuhu




Bakal tunang kerja apa? Besar tak gaji? Orang mana? Eeeee jangan orang Kelantan..elergik.. orang Melaka pun jangan... Orang Perak pun... kuat saka tau...




Then,

what can i say....????














Apo-apo je lah makcik...janji bahagia dunia akhirat. Semoga tuhan permudahkan semuanya, cukup syukur..alhamdulillah.



Saya tak jawab soalan makcik, sebab makcik bukan macam saya. Saya kepochi gembira, tapi makcik kepochi menjaja.


.:. By .:.

Saturday, August 28, 2010

Sambil menunggu berbuka, sambil menulis belog dan membaca belog orang lain :)

Cak! Yeay! Dah sampai ke kampung. Semalam berbuka dalam kereta je. Tak sabar nak jumpa mak dan ayah. Dan tak sabar juga tengok rumah yang sedang renovate :).


Sampai pun dah pukul 9.30 malam. Lepak-lepak then pergi keluar makan nasi lemak kukus untuk bersahur. Malas nak susahkan mak masak untuk sahur. Dengan rumah huru haranya. Penuh dengan habuk.


Kalau habuk tu boleh buat scrup untuk muka ok gak. Hahaha!


Lepas je sahur terus tidur tak bangun-bangun dah sampai pagi. Then, keluar dengan mak dan kakak untuk beli barang. Dan aku beli cat untuk projek seterusnya :). Malangnya tak cukup pulak. So sambung esok. Nak tengok hasilnya? Tunggu k. Tadi sibuk mengecat sampai lupa nak snap gambar.


Dan hari ini berbuka dengan membeli lauk di pasar Ramadhan Temerloh. Haven! Sebab, jumpa kawan-kawan lama mak dan beli kat diaorang je. Dah tahu sememangnya memang sedap makanan kat diaorang.


Erm... Ok lah nak borak-borak dengan mak lagi. Mak kata cantik misi aku. Owh terima kasih mak! *mungkin sebenarnya nak jaga hati anaknya yang sudah bekerja keras*. Hahaha.


Selamat berbuka ok? Korang ke mana weekend ni. Mesti pergi shopping kan?

.:. By .:.

Tuesday, August 24, 2010

Disebabkan banyak isu kahwin dalam belog ini..

Ramai yang tertanya-tanya bukan? Kenapa belog ini kadang-kadang cerita pasal kahwin. Ermm seseorang mesti lah ada naluri hendak berkahwin. Tipulah kalau tak ada kan? Impian tu semua orang ada..


Bukan taknak mengaku ke apa lagi. Ada orang tanya, me nak kahwin ke? Jangan selindung padahal belog jaja cerita kahwin. Owhhhh. Salahke aku cerita pasal kahwin sebelum ni? Cerita pasal collection hantaran semua? Itu semua as collection aku. Kalau betul pun aku nak kahwin apasalahnya kan? Gagagaga.


Aku pernah bagitahu dulu, if satu hari aku nak cerita, aku akan cerita kan di sini. Tunggu je lah sampai muak pun. Tak payah nak duk jaja cerita aku kat belakang.


Mungkin cara aku berselindung tu membuatkan sesetengah pihak tak suka. Sakit hati. Erm.. Ok im speechless.


Kamonlah kita dah besar.


As you know, aku buat belog ni pun bukan nak menunjuk apa yang aku buat semua. Just for fun. Erm..seperti kawan rapat aku cakap, mana lah tahu kita tua-tua nanti boleh gak baca. Menggamit kenangan gitu.


Ok merajuk. Taknak buat entry kahwin dah =P. Siap haribulan aku privatekan belog ni.

.:. By .:.

Saturday, August 21, 2010

Ha nak tahu buat apa?

Tadi menepek oat kat muka. My sis yang suruh. Nak putih + licin + lembab. My sis cakap kawan dia buat macam tu. Memang tak nafikan kawan dia dah berubah muka dari lesu ke segar. OK lah mengikut perintah. manalah tahu cantik masa kahwin nanti.


Ni tengah mengadap lappy sambil membebel sorang-sorang kat belog. Hahaha. Nak keluar tapi tunggu si Ah yong ni siap cat rumah dulu. Hadoi. Kang petang jem la jalan. Baik keluar sekarang kan?


Nak pergi cari tin susu dan pomander ball!


Rasanya 4 orang kat rumah ni tak berpuasa. Termasuk lah Suci. BIL sorang je puasa. Hihi..


Ermmmm rasa macam tak sabar nak balik kampung. Mak kata dah nak siap renovate rumah! Wah nampaknya raya ni rumah bermuka baru ;). Dah nak dekat kan raya? Rasanya 18 hari lagi.. hohoho!



.:. By .:.

Thursday, August 19, 2010

Misi seterusnya...

Untuk entry ini, misi itu sudah pun diterima pakai :D. Thanks Marcos! Dan seterusnya adalah misi ini :



1. Mengupul sebanyak 4 tin atau lebih. Tin susu ya! Siapa ada, sila bagi ehsan kat aku :D. Nak minta mamak macam malu plak. Tapi boleh kot kan?

Tatau lah misi ni boleh diterima pakai ke tak :D.



2. Beli pamendar ball. Misi ini diterima pakai.


Dulu tertanya-tanya nak beli kat mana. After baca belog, baru tahu kat mana nak beli. Terima kasih pada yang share. Sesungguhnya belog memang banyak manfaat. Cewah!

Jangan gaduh-gaduh. Share lagi enak! Hehehe.




Semoga berjaya!





.:. By .:.

Sebenarnya kan?

Dah lama nak bagitahu. Tadi pagi pun fikir...nak bagitahu ke tak...ermmmm. Sebenarnya, sebenarnya,sebenarnya.........................sebenarnya....


ermm....aku dah......





















lapar!!!!!




Hahahaha! Aku sempat minum air je tadi sebelum pergi kerja. Kruk kruk, bunyi perut. Dengar cerita, cafe bawah sediakan makanan untuk kaum wanita.. Jom teman! :D





.:. By .:.

Friday, July 30, 2010

Kadang-kadang nak kadang-kadang macam taknak.

Kadang-kadang aku rasa macam nak share. Ye la benda elok kan? Nak share, nak sama-sama gembira.


Tapi, kadang-kadang aku rasa tak perlu diceritakan di sini. Kadang-kadang tak perlu nak share pun pada sesiapa. Hanya terdekat. Terdekat pun yang boleh dipercayai je :D.


Kadang-kadang manusia ni banyak sangat ambil yang negatif, fikir yang negatif. Kalau lah benda tu tak jadi ke apa. Syok dia mengata di belakang.



Contoh, ala cerita itu ini sekali tak jadi. Eh kenapa tak jadi eah? Aku dah agak dah...Dan lagi, ala bercinta bagai nak rak tiba-tiba putus (aku la tu. sebab aku pernah kena! Hahaha!). Dan lagi, cerita kat belog kemain beria, tapi aku tengok macam bujet kos je...



Bagi aku tak perlulah macam tu. Apa kata bila baca kita ambil pengalaman diaorang. Yang mana nak kahwin tu, elok ambil pengalaman macam mana nak bajet kos, macam mana persiapan diaorang dari segi merisik, bertunang dan kahwin.



Bukan saja tertakluk pada kahwin. Macam-macam kita boleh curi pengalaman (yang dah kahwin, beranak, selesaikan problem..etc etc). Bagi aku yang gatai nak kahwin ni memang belog orang nak kahwin je aku terjah. Hahaha!



Contoh belog yang aku selalu terjah, Dia Terima Nikahnya : ceritakan dari awal sampai lah nak ke alam perkahwinan. Begitu juga dengan My Ever After :cerita semua pasal persiapan. Idea. Best-best. Sorry kalau linkkan belog tanpa pengetahuan korang.



Aku suka je baca. Senang aku nak bajet dan curi idea. Macam-macam idea diaorang share. Dan lagi satu : nak cerita lah! (belog kawan aku sendiri. B ko merajuk dengan aku ke?) Baby pun nak kahwin. Ada gak dia share tentang pengalaman.



Nantilah. Bila aku dah bersedia. Aku juga akan ceritakan pengalaman itu ;). Cuma sekarang bukan masanya lagi. peace~





p/s : lepas ni sure ramai tanya aku nak bertunang ke kahwin ke? Hahaha! Yang mana banyak mengata tu, cuba tukar corak kepada banyakkan berdoa tentang kebahagian orang lain. Pasti Tuhan akan balas kebahagian juga kepada korang ;).


.:. By .:.

Thursday, July 29, 2010

Celah mana?

Kadang-kadangkan rasa macam nak tutup belog. Tapi, kalau aku stress ke hape macam mana nak lepaskan perasaan? Kalau ada belog, boleh meroyan ke apa. Lantak p orang cakap belog aku tak best ke apa.


Tapi, bila meroyan..mestilah tulis pun ntah apa-apa. Kadang-kadang aku sendiri baca balik, aku sendiri tak faham. Hahaha! Kesian korang kerut-kerut dahi baca entry aku.


Celah mana aku nak cari idea.... Susah gak ada belog ni..nak bagi makan, nak bagi susu...biar tak hilang kasih sayang. Heh.



p/s : rasa nak tukar aku kepada saya. Agar lebih bersuntun.




.:. By .:.

Tuesday, July 20, 2010

Dan sekarang...

Badan agak lesu-lesu. Pagi pergi kerja. Petang main netball. Balik lipat baju, timbunkan atas katil. Tak selera nak mengemas baju dalam almari. Duduk-duduk kejap. Tidur.


Itulah aktiviti anak dara aku. Act, semenjak training netball ni..malas nak keluar malam. Malam je aku tapau tak pun makan sorang kat kedai pastu balik, tak pun aku masak meggi letak 2 biji telur. Makan...krohhhh tidur.



Blog.



Aku dah tak ada idea nak perah. Novel lagi la. Lama gila tak update.



Semalam coach cakap, ada sorang budak laki tu tak boleh berfikir. Tak boleh lompat. Tak boleh lari. Tak boleh nak perah idea sebab, banyak air.



Dan aku pun terfikir,




Aku banyak air ke?



Kenapa orang laki suka cakap banyak air? Mangkuk hayun di situ :P



.:. By .:.

Wednesday, June 16, 2010

Kecantikkan kekal hak milik setiap insan....

Ok. Tajuk tak ada kena mengenapun. Hahaha! Dah tak tahu nak letak tajuk apa. Nanti kalau letak tajuk : Saya nak kahwin! Kang orang ingat aku gila meroyan nak kahwin. Tapi, memang gila pun.


Tipulah, kalau dah umur genap 28 tahun, tak ada hasrat nak kahwin. Aku rasa semua orang kepingin. Kecuali, memang dia dah tak ada perasaan.


Tipulah juga, kalau aku tak berangan kan?


Mesti lah berangan, nak kaler apa, nak pakai baju macam mana, nak buat macam mana, semualah.


Bila tengok gambar orang kahwin dalam internet ke magazine ke, memang aku senyum-senyum sorang. Ya aku mengaku, aku sendiri berangan nak pakai macam tu. Konon-konon nak ambil gambar macam tu. Kesian. Kesian wanita tua ini ^__^.


Dan setiap kali jumpa sedara-mara ke kawan-kawan ke.Mesti tanya bila nak kahwin. Dari bf dulu sampailah ada bf baru. Still soalan tetap sama.


Makcik-makcik pula, siap cakap umur 28 dah sepatutnya kahwin. Ya aku tahu itu.


Mana taknya, kalau dikalangan sedara mara akulah yang belum kahwin lagi. Batch aku semua dah kahwin. Malah ada yang muda dari aku pun, dah bertahun kahwin.


Kawan pula, semua dah beranak pinak. Ada yang dah capai 4 orang anak dah pun..


Tapi, nak buat macam mana jodoh tak kesampaian tak sampai lagi. So aku redha.


Tipulah kalau aku tak berdoa setiap kali aku sembahyang. Tengah drive pun aku berdoa. Agar-agar mamat macho kat sebelah jadi jodoh aku. Wakakaka. Tipu.


Jauh di sudut hati aku, aku mengakui aku juga kepingin nak bekeluarga. Tapi, apakan daya, semua itu jalan tuhan kan?


Sesiapa yang mengatakan aku dah tua bangka tu, ya aku mengakui. Kalau sesiapa yang kata aku dah habis getah, ya aku menafikan. Hahahaha! :P


Aku rasa aku dah merepek banyak ni...


Jom layan aku berangan. hihihi. Aku nak kumpul collection untuk bertunang dulu.


Sebelum kahwin, mesti bertunang dulu kan?

First aku sangat berkenan dengan kaler lemonade. Sangat!!! Lawa kan?

Nak nak bila tengok Aziz M Osman bertunang dengan Puteri Lily. Memang aku jatuh hati dengan kaler lemonade.

Lepas tu tengok Jimmy. Jatuh hati lagi sebab kaler pink.Hadoiya...

Korang yang dah bertunang dan ingin bertunang pilih kaler ape?????


p/s : mungkin membuat keputusan supaya memilih kaler peach + gold. Dan mungkin pink penambah seri ^___^.

.:. By .:.

Thursday, May 27, 2010

Yesssza!!! Esok hari last di Malaysia!!

Yes!! Yes!! Moga-moga aku akan dapat bercuti dengan hati yang tenang!! Lagi 1 hari aku akan meninggalkan Malaysia!!

Lappy aku ada problem. Kalau ikutkan, banyak benda nak cerita ni...Selalunya aku taip pagi-pagi then buat auto publish. huhuhu.

Ni pun curi guna budak opis punya. Wakakaka. Gila meroyan nak tengok blog. Gila rindu nak berceloteh. Hahaha. Syok sendiri.Tengok betapa gilanya aku :D.

Oh hari ini aku dapat hadiah birthday!!! Thanks frens!!Nanti aku cerita.

Daaaa~~~~



.:. By .:.

Wednesday, May 26, 2010

Suria cinta...

Korang ada dengar Suria cinta? Dekat Suria fm. Tak sangka aku, rancangan ini masih wujud. Masa zaman sekarang, ada lagi ke orang layan?

Eh akulah itu. Hahahaha! Aku memang minah jiwang. Sorry la beb. Memang tak boleh nak kikis. Aku suka dengar waktu drive. Kalau orang lain suka dengar lagu hip hop lah. Dok chung chang chung chang. Tapi, aku suka dengar luahan perasaan :D.

Kadang-kadang dengar, gelak sorang-sorang. Bukan apa, ada lagi eah orang hantar email dan sms untuk luahkan perasaan cinta ini.

"Abang sayang ayang sangat-sangat. Kau lah dunia akhirat." Pergh!!On air tu!

Kalau dekat Sinar pula. Ada rancangan cintan cintun gak. Ala yang dapat panahan petir 23 kali itu.

"Engkaulah peneman hidupku. Tiada kamu tak berserilah hidup ini". Kebabommmmmmm!!! Anda mendapat 23 kali panahan petir. Bermakna ayat dia powerlah :D.

Teringat waktu sekolah, aku memang suka layan Best104, THR. Yang tu je paling ngetop pun. Hitz, area umah aku tak ada lagi kot masa itu.

Dengar radio sorang-sorang dalam bilik. Pastu nak tersengeh-sengeh sorang-sorang sambil golek-golek dengan bantal peluk. Apa motif ntah.

Dengar luahan yang romantik sikit. Aku senyum-senyum sambil tepuk lantai. Alahai.

Dulu, ada pasang angan-angan nak lelaki romantik. Tapi, sekarang macam baru sedar sikit. Lelaki romantik dan berpuitis ini agak bahaya ^__^.





.:. By .:.

Friday, May 21, 2010

hari ini saya memakai gelang berbatu besar...tetapi..

boleh terburai jatuh satu-satu kerana talinya putus sebab di ikat dengan tali biasa!!!

Dem!!! Malu saya. Last makcik cleaner yang kutip. Oh batu tu mahal!!! :(




.:. By .:.

Thursday, May 20, 2010

Kemalasan untuk pergi checkup...

Sebenarnya hari ini ada check up dengan Dato'. Tapi kemalasan melanda untuk keluar dan masuk parking balik...

Tengah perah otak untuk buat alasan yang munasabah sekarang!! hahahah!!

Boleh tak cakap saya kat obesea skang? Padahal hospital sekakang kera je. hahahaha!

Hidup perlu menipu. Takut dol sebenarnya.



.:. By .:.

Wednesday, May 19, 2010

Kurusnya mak masa dulu...

Heh! Mak berjaya grab gambar dari website foto peribadi xbf kawan. Masa ini semester berapa ntah. Mak pun dah lupa...Minta maaplah eah, mak grab dari web U :P. Siapa suruh simpan lagi gambar I. Hahaha.

Berbekal berat dengan 45 kg masa ini *bangga* . Tetapi masa ini ramai cakap kurus sangat, suruh gemuk. Macam tengkorak hidup. OK FINE. Mak paham. Masa ini bontot pun leperrr je...Tapi skang naik sikit :D. saiz nasi lemak je sama sampai skang

Mak yang berkebaya putih bunga PINK itu :D.


Lihatlah. Mak memang sekeping je. Nasi lemak pun tahap 20 sen kot. Boleh jadi pengkid :D.
Sure tak payah pakai tiub..lalalala~



Tapi betul ke sekarang dah naik sebab still boleh pakai jeans saiz 24. Tapi jeans local 26. auuuuw! :D



.:. By .:.