Dia slalu campak buku aku sebab tulisan aku kecik..Dia tak nampak. Dia suruh aku tulis besar-besar. Dia slalu membebel tulisan aku mcam cacing.. Dia- Cikgu Badariah
Dia..
Kenal secara kebetulan sebab rumah sukan kami sama..Dia selalu panggil aku Super Star! Kalau dia sebut je Super Star aku mesti kaku beku..semua adalah.ehehe. Dia blanje aku KFC sebab dia nak berpindah ke tempat lain... Dia- Ustaz Adip
Dia..
Slalu bebel sebab bahasa melayu aku mcm bahasa tamil. Dia slalu tersedu macam ayam berkokok. Dia slalu menyoal aku sebab dia tahu aku selalu menjawab dan tersenyum sipu apabila menjawab... Dia- Cikgu Azizah
Dia..
Selalu mengajak aku menari.. selalu jadi pasangan untuk dia menari..Dia banyak mengajar tentang muzik. Dia juga mengambil aku sebagai penyanyi nasyid sampai ke peringkat negeri..Dia- Cikgu Akbar
Dia..
tidak lelah memberi latihan matematik kepadaku. Selalu mendorong aku dan beri semangat pada aku supaya mendapat keputusan cemerlang untuk pelajaran matematik. Sebab Dia aku dapat A dalam UPSR.. Dia-Cikgu Rashid
Dia..
Mengasah bakat aku. Mengasah aku sampai aku ala ala pemain bola jaring kebangsaan. Dia marah kat aku sebab aku terlibat dalam kemalangan.. Aku cuai.. Dia risau sebab aku kemalangan dua hari sebelum perlawanan bola jaring..Dia-Israpan Tukimon
Dia..
membuatkan aku ponteng kelas matematik sebab dia mengajar ala ala bosan gitu. Aku selalu ponteng bersama rakan2 di koperasi sekolah. Dia diberi gelaran terowong keretapi. Dia- Cikgu Foo
Dia..
Banyak membimbing aku ke arah kebaikan. Sampai sekarang aku ingat nasihat Dia..Dia slalu bawa skuter, kami panggil Dia batman. Dia slalu bkata " kalau beruk 2 ekor duk satu bilik pon tau nak buat ape".. hehehe..Dia- Ustazah Mahayu
Dia..
Slalu marah kami sebab kami bising. Slalu marah sorang dari geng kami sebab tertido mase Dia mengajar. Kami panggil Dia Ewok..Dia- Ustazah Ewok (tak ingat name die)
Dia..
Selalu mengetuk kepala aku. Selalu marah sampai koma. Selalu mengajar aku sampai aku pandai akaun.. Sampai ke universiti aku dapat A..hehehe..Dia- Cikgu Ahmad Tahar
Dia..
Mengajar aku supaya aku pandai merekacipta bangunan. Sayang harapan Dia untuk aku menjadi Architec tidak kesampaian. Aku beralih ke bidang IT. Dia- Cikgu Suhaimi
Dia..
selalu membebel sebab karangan ku tak best. Dia cakap aku mengarang tidak sehebat orang melayu..hahaha memang aku lahir lagi aku dah jiwa jiwa.. Dia- Cikgu Krishna
Dia..
Menangis mase aku angkat halal ilmu. Dia peluk aku dan memberi aku semangat supaya aku mendapat gred yang baik dalam SPM..Dia- Cikgu Naemah(pengetua sekolah)
Dia..
Banyak mengajar aku tentang solat..tentang ilmu islam.. Hari ini dia sudah tiada, dia sudah meninggalkan semua. Hari ini aku mendapat berita bahawa dia sudah tiada. Dia- Ustazah Zainab
Moga Ustazah ditempatkan di tempat2 orang yang beriman dan roh nya dicucuri rahmat.Amin..
SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH KERNA MENGAJAR SAYA ERTI HIDUP..
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA SEHINGGA AKU DI TAHAP SEKARANG..ALHAMDULILLAH..
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA..
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA SEHINGGA AKU DI TAHAP SEKARANG..ALHAMDULILLAH..
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA..
4 comments:
Ustaz Adip—ustaz ensem
Cikgu Akbar-ni cikgu nyanyi nyanyi aku gak..lalalallalala
Cikgu Rashid-ni cikgu ensem gak tp dia ajar aku bm masa drjah 6
Israpan Tukimon-ni cikgu mate aku sgt outspoken
Cikgu Foo—hahaha..terowong ketapi malaya
Ustazah Mahayu-batman/heheheh..
Ustazah Ewok (tak ingat name die)-ni best kan….
Kesimpulannya..aku rindu masa sekolah kan zura..ko lupa cikgu rizal ek..cikgu aza..hahahahaha
haahaha..aku pun rindu! ingat semua..kalo aku tulis sure 2 page nanti..hahaha! yerp ustaz adip ustaz paling hensem disukai ramai..yummy~~ cikgu akhbar tu syg aku..hahaha
cikgu aza cikgu elite..hahaha..mcm mane lagu elite tu?? aku lupe dah! hahahaha..semua best! ko paling nakal skali :P abie lagi nakal..bengong je arr kalo ingat!
aku mmg presiden..hahahah
erkk aku ingt cikgu ewok je wakokoko
klu cikgu rashid..coach hoki aku..huhu tuisyen same ngan dia tp xmenignkat pn ? nape ek...cikgu israpan..uuu takut dengor name dia wakokok tu je aku ingat hakhak..oo ustazah mahayu..salu suruh aku jadi imam :P sedih huhu-eyrulz
p/s : Syok time jalan balik sekolah je leh rewang2 ek g pasar malam n kena panas...gile bertapak tu huhu
Post a Comment