Friday, August 28, 2009

Kenangan Ramadhan sangat indah! kan?

Semalam semasa menunaikan solat terawikh, ada kumpulan anak kecik tepi aku. Masyarakat~~ teramat lah bising sampai imam pun salah baca ayat . Nak di tegur..argh biarkan aja la..Aku pun pernah buat macam tu waktu kecil dulu :P.


Dok ngorat-ngorat, budak laki (aku takdalah sampai macam tu).. Tapi bila bab, orang lain sujud, turut sujud skali tu betul! Aku pun pernah buat macam tu..'Time' sujud je la ikut..lain haram! Mata melilau kat tempat lain :p. Pastu main kejar-kejar (nakalkan?).


Paling aku ingat sekali, kenangan masa aku tolak barisan 'saf' aku. Habis semua makcik sebelah aku nak jatuh..huhuhu nakal sungguh! Masa tu, 'time' rukuk..Aku pergi tolak bontot kat kawan aku kat sebelah..'Last-last' makcik sebelah dia pon nak jatuh..Apa lagi macam berjangkit la kan?Pastu, kawan aku buat dajal..Kentut kuat-kuat! Hampeh betul!!! Apa lagi aku yang tengah sujud ketawa terbahak-bahak la...


Aduh! Kalau ingat..macam-macam kenangan!


Ada satu hari itu, lepas selesai solat...berkerumun orang nak balik rumah masing-masing. Kitaorang 'ready' awal-awal kat pokok pisang. Bila makcik seorang ni sampai kat lokasi kitaorang..Kitaorang buat bunyi hantu. Pastu sergah! Mau tak terkejut makcik tu. Dah la pakai kain telekung.. Ish kalau di ingat balik..nyesal pun ada..Mana tau makcik tu ada lemah jantung ke.. :( (mau aku kena penjara XD).


Pergi pasar Ramadhan ramai-ramai. Arggghhhh!!! Indahnya! Bila dah besar mulalah ingat kenangan tu semua... Dah tak boleh ulang kembalikan? Kalau pakai doremon pasti boleh! Nak pinjam kotak ajaib!!!!

2 comments:

sheLLy said...

ishh!!..kejamnyer ko time kechik2 dulu..ishh!!..anak sape la nie...hahaha!!

Byzura MJ said...

bukan kejam la...nakal je :P