Wednesday, November 18, 2009

Bandung andale andale..~~

Atas permintaan kawan-kawan, peminat-peminat , rakan maya, saudara-saudara dan sesiapa sahaja, yang nak info ke Bandung. Meh sini aku cerita!


Oh ye.. Haritu Air Asia buat seating free, korang dapat tak? Aku dengar tiket flight ke Bandung adalah habis dijual eah?


Cite pasal Bandung ni, aku pergi dah lama. Agak basi gak cerita ni =P. Aku pergi tahun lepas, bulan 5.

Di hadapan hotel dan Victoria factory outlet.


Aku menginap di Hotel Royal Dago. Hotel ni adalah hotel yang paling dekat untuk ke outlet yang berlambak kat Bandung tu. Tak silap aku RM 100-- untuk bilik queen. Boleh jalan kaki je ke rumah MODA (ni outlet paling glamour tapi mahal), Victorea, Kartika Sari (jual kerepek dan kek) dan lain-lain (banyak outlet sampai tak terkata). Jalan Dago dan Riau adalah jalan yang dipenuhi outlet!

Di hadapan Factory outlet yang lain :).


Jalan Kelapa pula, dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual alat muzik. Murah-murah semuanya. Padanlah orang sana suka jadi artis =D.

Gitar ini adalah kepunyaan aku. Beli dengan harga RM 75 =D. Motif? Berangan nak jadi artis =P.


Kalau nak ke Jalan Kelapa, hanya naik transport yang macam tut-tut (panggilan di Thailand). Tambang hanya 70 sen.


Pasar Baru? Pasar Baru penuh dengan kain-kain lace, telekung, baju mandi muslimah dan lain-lain. Kalau di sini telekung adalah berharga hampir ribuan, di sana hanya beratus sahaja. Kain lace pun macam tu. Beribu di sini, tapi di sana beratus. Kalau 300++ adalah lace yang paling mahal dah berbaloi. Cantik yang amat!

Di Pasar Baru!



Kalau ke Pasar Baru jangan lupa ke foodcourt di tingkat atas sekali untuk merasa ayam penyet (RM 3.50), air avacado(memang rasanya amat fresh dan tidak bercampur dengan banyar air) dan aiskrim strawbery (bercampur buah strawberry yang fresh) yang enak sekali. Aiskrim tu hanya beharga RM 1.50. Berbaloi-baloi!


Boleh try masakan Sunda. Banyak gila lauk! Sodap! Syukur anak tekak aku boleh masuk semua masakan jawa =D.


Kerepek-kerepek yang pelik dan kek ada jual di Kartika Sari (kedai paling glamour). Tapi sebenarnya, banyak lagi kedai-kedai kerepek ni. Cuma packaging dia lain. Rasa dia tetap sama.

Di kedai menjual kerepek!


Banyak tempat shopping sebab tu lah Bandung dikenali sebagai syurga membeli-belah =D.

Di hadapan kedai burger di Jalan Dago. Daging burger di bakar (grill). Lebih kurang macam burger King.

Hanya beberapa hari saja di Bandung. Lepas itu, aku berangkat ke Jakarta. Mau dengar cerita ke Jakarta?

Singgah di Bugor. Sangat sejuk!

* Gambar adalah random

11 comments:

mrs shaifull said...

bestnya, teringin gak nak p bandung ni, mintak2lah next year ada lg yg murah giler tiket air asia, boleh pegi :)

Byzura Mj (By) said...

CT NORAMIZA ~ best! aah ah sila standby nanti.. :D

Anonymous said...

wow bestnye g jalan2..gitar tu nk jugak..hehe

Byzura Mj (By) said...

AmyLiana : hihi..nak? tak boleh! hihihi..sentimental value =P

SheLLy said...

wah gitar rm75 jerk??...cunnnN!!..tp sejak bila ko berjiwang ngan gitar nie..heheh!!

Byzura Mj (By) said...

sheLLy : yerp..murahkan? kalo sini mau rm 250..kot. haha! asik dgr lagu jiwang je..nak jiwang ngan gitar lak =P

erie said...

wah best nyer pg bandung. Brapa kos flight pg sana. teringin nak pg sn

Byzura Mj (By) said...

erie : kos flight? pergi aritu rm 180 pergi balik..beli la time AirAsia buat tiket free tu =P

Anonymous said...

Hello, i read your lovely post. It was very sweet of you to write about our hometown. I would like to introduce you to my shop in Bandung pasar baru. We have four shop there (d fashion) the largest and the most complete shop in pasar baru, d fabric, d square and manggo. Please do drop by when you are in town. we have a facebook account too under the name of dsquaretextile@yahoo.com. you can see the pictures thr too. It would be our pleasure to have a customer like u. Thank you.

El-Wina Irikh N.D. said...

salam, nak tanya mcm mana nak bawak balik gitar tu. hand luggage ke?

Byzura Mj (By) said...

Anonymous : ok thanks :). I will add u at fb ok??




EL-Wina Irikh N.D : Salam, bawak je naik sampai atas kapal terbang tu...hihihi