Thursday, November 19, 2009

Tiada lagi tangisan...

Ingat lagi dulu masa hantar arwah tok pergi Haji, mesti semuanya nangis dan semuanya berebut-rebut minta maaf.

Tapi sekarang dah lain.

Tiada lagi tangisan yang sedu sedan dah.

Kenapa ya?

Mungkin, perubahan masa.Tapi bermaaf-maafan masih ada.Tadi sempat gak aku menghantar makcik aku untuk menunaikan Haji. Alhamdulillah, muda lagi sudah pergi Haji. *jeles di situ.


Sampai sana mata melilau. Mane lah tahu dapat jodoh :P. Erk ada yang kena sula aku nanti!

Ada sorang mamat ni muda gila. Aku rasa lagi muda dari aku. Sudah pergi Haji! Sorang-sorang pulak tu!! Muka teramat la bersih lagi suci =D. *sempat eik cuci mata!

Borak-borak kejap dengan makcik. Pastu last sekali, makcik bergurau.

'Mak Tam dah tahu Uya(panggilan manja) suruh doakan apa...dah masuk dalam list mak tam'

* tersengeh..

Hanya rahsia kami berdua :).


Memakai serba putih adalah Mak Tam (tapi putih kan?) hihi..


Pak Tam bersama ayah,abang dan sepupu beliau =).

Sudah sampai seru? Kakak aku akan bertudung? Bukan sebab kat situ awal-awal ada board ' KAWASAN MENUTUP AURAT' =D

2 comments:

Lynda said...

aku tau apa permintaan ko.hehehe

CiK By said...

Lynda : pe dia? =D