Wednesday, November 11, 2009

Tinjauan...

Setelah penat bertanya kepada kawan-kawan (termasuklah kawan yang kedekut ilmu =P, mati aku kena maki hamun), doktor dan lain-lain. Akhirnya aku buat tinjaun sendiri untuk menyelesaikan (selesai ke?) masalah ini. Jom kongsi!

Bahagian muka...

Muka jerawat?

Rata-rata, internet mahupun kawan memberi pendapat memakai bedak sejuk dan mencampurkan sedikit dengan garam, sebelum tidur. Taktik ini saya baru amalkan semenjak 1 minggu. Ternyata, berhasil! Tak pernah 'mis' pakai setiap malam. Habis muka aku macam hantu jelangkong =P. Cubalah InsyaAllah.

Seterusnya, aku ada baca..Jangan membiarkan muka berminyak. Sebab, bila muka berminyak mulalah jerawat naik. Dan jangan makan makanan berminyak dan berlemak. Aduh! Makanan jenis berlemak ni paling aku suka! Bontot ayam! *ketap bibir.

Last melalui tinjauan aku kat internet, rata-rata mengatakan bahawa jangan lupa untuk mencuci muka. Kalau sudah pandai pakai make up, lagilah kena jaga. Sebab, bahan-bahan dalam make up tu banyak bahan kimia.



Hilangkan parut jerawat?

Mencampurkan rizom cekur dengan bedak sejuk. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini.

Ni rupanya rizom cekur tu. Tak silap mak aku ada tanam. Habislah rizom cekur mak aku nanti..hihihi


Petua lain, beras pulut goreng di tumbuk halus dan dicampurkan bedak sejuk. Heh! Bedak sejuk lagi. Baru aku tahu bedak sejuk banyak kegunaan dia. Patutlah orang-orang tua suka pakai. Dulu, selalu ejek mak aku macam hantu je =P. Ok bebalik pada topik.


Selain itu, susu kambing juga boleh merawat parut. Mana pulak kambing aku nak perah? =D. Boleh juga menggunakan fresh milk dan campurkan dengan tepung pulut untuk dijadikan mask. Fresh milk dan susu kambing ni boleh gak digunakan untuk menghilangkan parut di badan, melicinkan dan memutihkan badan. Hanya mencampurkan dengan tepung pulut dan lumurkan pada badan dan muka.

Tomato atau lobak (di parut) dicampurkan dengan madu dan tepung pulut juga boleh di lumurkan di muka untuk menghilangkan parut..

* dah abis kot. Aku ambil petua yang kerap orang guna je.


Oh ya haritu sempat lah singgah L'OCCITANE, tanya cream untuk hilangkan parut. Mak ai harga sampai cecah RM 450. Erm tapi bila fikir mesti elok kan?



Sebenarnya banyak lagi petua yang kita tak tahu. Nanti tinjau untuk mata lebam dan kulit badan pulak..

* Nak share info masa aku jumpa doktor untuk kulit !! tunggu!

4 comments:

SheLLy said...

bedak sejuk+garam tuk per??..mmgla tuk tepek kt muker tp tuk per?

Byzura Mj (By) said...

sheLLy ~ untuk muka jerawat..sudah tertera di situ =P

Anonymous said...

By, muka ziana dulu teruk gak skrg ni ziana pakai TIA amelia ok kot, kalo nak try boleh gak

Byzura Mj (By) said...

ziana~ ye ke? ok nanti buat tinjauan..bukan apa kulit ni sensitif *sob