Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

I luv fashion!

Semenjak dah dewasa ni (cewah dewasa ke? tua? mana satu?), aku dah mula gila nak melaram. Nak belajar make up, nak belajar pakai 'stylo' skit, macam-macam lah (maybe dah pandai cari duit sendiri).

Seingat aku, dulu.. tak suka sangat ber'pesen'. Malasla..Nak pakai baju lawa-lawa. Nak makeup. Huh? Sebab dulu masa kecik aku tomboykah? Pergi kelas masa kat unibersiti dulu pun boleh dikira hari yang aku betol-betol pakai 'proper'. Lebih senang pakai t-shirt dan jeans je. Pastu kena jalan kaki semua bagai. Lagi senang pakai se'simple' itu kan?

Even kerja pun, kadang-kadang je aku makeup. Kalau tak tepek bedak je la. Antara sebab-sebab aku jadi cam ni :

- malas nak makeup nanti lambat =P.

- kalau solat ke, kena sapu balik bedak bagai.

- malas sebab kening tak cukur lagi. *Eh ada kena mengena ke?

Tapi boleh je makeup kalau lambatkan? Tepek bedak dalam kereta mungkin? Kalau ada driver takpelah. Ni drive sendiri. Takkan nak makeup masa drive? Gila! =D

Sekarang aku dah macam gila ber'pesen'. Duk tengok web 'fashion' je. Nak pakai tapi rasa malu. Kenapa ada perasaan macam tu eik? Korang ada gak rasa cam tu?

Puas dah aku motivate diri aku sendiri supaya berani =D. Lantak p orang pandang ke kutuk ke apa kan?

Macam kelakarpun ada aku ni. Ye la buat apa nak malu kan?

Bila aku jumpa kawan lama-lama aku, ada je cakap aku dah lain. Dah ladies! erkkk??

Tadi duk jenguk-jenguk website, aku jumpa website StyleCovered. Suka lah cara dia pakai. Boleh ke aku melakukan transfomasi sepertinya? =D

Aku cilok gambar dia. Aku suka!

Hope u dun mind :)..

Eh tetiba! Sekarang aku berjaya la pakai selendang. Dulu selalu je cakap tak sesuai, sebab muka bulat :(.

So apa kata korang?

Wednesday, November 11, 2009

Tinjauan...

Setelah penat bertanya kepada kawan-kawan (termasuklah kawan yang kedekut ilmu =P, mati aku kena maki hamun), doktor dan lain-lain. Akhirnya aku buat tinjaun sendiri untuk menyelesaikan (selesai ke?) masalah ini. Jom kongsi!

Bahagian muka...

Muka jerawat?

Rata-rata, internet mahupun kawan memberi pendapat memakai bedak sejuk dan mencampurkan sedikit dengan garam, sebelum tidur. Taktik ini saya baru amalkan semenjak 1 minggu. Ternyata, berhasil! Tak pernah 'mis' pakai setiap malam. Habis muka aku macam hantu jelangkong =P. Cubalah InsyaAllah.

Seterusnya, aku ada baca..Jangan membiarkan muka berminyak. Sebab, bila muka berminyak mulalah jerawat naik. Dan jangan makan makanan berminyak dan berlemak. Aduh! Makanan jenis berlemak ni paling aku suka! Bontot ayam! *ketap bibir.

Last melalui tinjauan aku kat internet, rata-rata mengatakan bahawa jangan lupa untuk mencuci muka. Kalau sudah pandai pakai make up, lagilah kena jaga. Sebab, bahan-bahan dalam make up tu banyak bahan kimia.



Hilangkan parut jerawat?

Mencampurkan rizom cekur dengan bedak sejuk. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini.

Ni rupanya rizom cekur tu. Tak silap mak aku ada tanam. Habislah rizom cekur mak aku nanti..hihihi


Petua lain, beras pulut goreng di tumbuk halus dan dicampurkan bedak sejuk. Heh! Bedak sejuk lagi. Baru aku tahu bedak sejuk banyak kegunaan dia. Patutlah orang-orang tua suka pakai. Dulu, selalu ejek mak aku macam hantu je =P. Ok bebalik pada topik.


Selain itu, susu kambing juga boleh merawat parut. Mana pulak kambing aku nak perah? =D. Boleh juga menggunakan fresh milk dan campurkan dengan tepung pulut untuk dijadikan mask. Fresh milk dan susu kambing ni boleh gak digunakan untuk menghilangkan parut di badan, melicinkan dan memutihkan badan. Hanya mencampurkan dengan tepung pulut dan lumurkan pada badan dan muka.

Tomato atau lobak (di parut) dicampurkan dengan madu dan tepung pulut juga boleh di lumurkan di muka untuk menghilangkan parut..

* dah abis kot. Aku ambil petua yang kerap orang guna je.


Oh ya haritu sempat lah singgah L'OCCITANE, tanya cream untuk hilangkan parut. Mak ai harga sampai cecah RM 450. Erm tapi bila fikir mesti elok kan?



Sebenarnya banyak lagi petua yang kita tak tahu. Nanti tinjau untuk mata lebam dan kulit badan pulak..

* Nak share info masa aku jumpa doktor untuk kulit !! tunggu!

Tuesday, October 20, 2009

Numerologi tarikh lahir anda....

Bukan nak telek nasib ke apa. Cuma nak tengok perangai, kelebihan dan kelemahan.. Aku belajar sikit-sikit pasal numerologi ni. Best gak! banyak benda betul pasal kelemahan aku. So, bila dah tahu kelemahan melalui numerologi ni.. aku ubah sikit-sikit diri aku.

Ye la kadang-kadang kita tak sedar kan apa kelemahan kita kan? Kita je betulkan? Tak semestinya. Kadang-kadang, kita perlu tengok cermin dan perhati diri kita :).

Pengiraan ni, di panggil pengiraan metafizik. Di lihat dari segi kombinasi sesuatu nombor. Nombor ini di kira secara piramid.

Setahu aku, ada kelas untuk belajar benda alah ni.. Yang bertanda ? tu adalah nombor yang last kita dapat dari pengiraan. So, yang bertanda ? adalah sifat-sifat kita.

Selain kelemahan, kita boleh gak tengok kelebihan kita. Tak yah lah nak takbur lak bila tengok kelebihan. Kalau boleh, dari kelebihan yang kita ada tu, cuba kita asah lagi. Mana tahu kita peroleh kejayaan dan kebahagian!

Dan aku juga mengira untuk kawan-kawan.. Supaya aku memahami, tapi manusia ni sebenarnya susah kita nak paham.. Manusia selalu suka perubahan :D.

mengira juga untuk bakal-bakal suami. Macam ramai benor calon.hihihihi

Thursday, October 8, 2009

teguran...

Pagi-pagi buka blog ada komen. Baca, ia adalah teguran....


Assalamualaikum,
Saya terbaca saudari tulis: "Assalamualaikum, Saya terbaca saudari tulis:"Mungkin dia tak sampai seru lagi untuk menutup aurat *wink (tiada paksaan dalam islam).. "
Untuk pengetahuan saudari, ayat al-quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam Islam' hanyalah digunakan dalam konteks orang yang belum Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam.Sebaliknya orang yang telah menganut agama Islam wajib melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Dan pada zaman sekarang ni, mungkin ungkapan 'tidak sampai seru' tidak lagi sesuai digunakan kerana maklumat hanya di hujung jari. Atas individu itu sendiri nak cari dan mengamalkannya.
Wassalam


Terima kasih atas teguran dan nasihat..


Semua manusia melakukan kesilapan.. cuma ianya dalam keadaan sedar atau tidak :)


Cik By

Friday, September 18, 2009

Gurl & Boy perlu tahu....

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda
menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).


4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan
seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan wanita lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang
sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah
mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat dengan anda.

16. Sekiranya sorang lelaki jatuh cinta dengan sorang perempuan,perempuan itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

17. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

18. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

19. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


20. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

21. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

22. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

23. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

24. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

25. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

26. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

27. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

28. Senjata wanita adalah airmata!!

29. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya.


30. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

31. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Tanyalah hati, apa yg dirasakan saat ini. Cinta itu satu perasaan yang halus suci. Ia hadir tanpa diminta, tanpa diduga, tanda disedari. Tetapi, setelah kehilangannya, barulah kita sedar bahawa itulah diminta hati. Jujur pada diri.. Sesungguhnya cinta yang ikhlas suci tidak hanya menerima, tetapi memberi.. begitu juga sebaliknya.

credit to http://atiqah-naa.blogspot.com/

Wednesday, July 29, 2009

Panjang tulisan tp manyak bohong!

Panjang Tulisan

Bayang-bayang sepanjang badan,
Tulisan sepanjang bahan.

Sebelum bahan habis, teruslah menulis,
Begitu bahan habis, berhentilah menulis.

Jika bahan belum habis, Anda berhenti menulis,
Tulisan Anda banyak bolongnya.

Jika bahan habis, Anda belum berhenti menulis.
Tulisan Anda banyak bohongnya.

Banjarmasin, 8 September 2006

p/s: Ade betulnya..aku ambil dari Penulisan cerpen : saat menjadi dewa..(indonesia mali..)


Cik By

Wednesday, July 15, 2009

pintu kebahagiaan tertutup?

Apabila pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain masih ada yang dibukakan untuk kita. Tetapi sebagai manusia kita acap kali hanya terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga terlupa untuk melihat pintu lain yang turut terbuka untuk kita masuk dan mencuba nasib.

p/s : saje nak share :P

Cik By

Tuesday, July 14, 2009

Beban di hati siapa tahu

“Tak sangka betul, perangai dia macam tu! Di depan bukan main baik. Di belakang, sanggup dia memburukkan dan mengkhianati kepercayaan aku? Aku ni kawan baik dia! Aku takkan maafkan dia sampai mati!”

Apabila kita ada menyimpan rasa marah, dendam dan benci terhadap seseorang, di dalam hati kita sebenarnya terkumpul satu bebanan, makin lama, makin memberat. Jiwa kita sendiri rasa gelisah dan tidak tenteram. Sikap itu akhirnya akan membuatkan kita rasa tertekan. Ternyata, tindakan untuk tidak memaafkan orang lain turut memberikan kesan terhadap diri kita sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memaafkan orang lain...

Allahs.w.t. berfirman maksudnya; “Terima lah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” – Al- ‘Araaf: 7:199

Ayat tersebut antara lain menyatakan, tidak sepatutnya menjauhi saudara hanya kerana satu atau dua keburukan yang tidak dapat diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, satu atau dua kesalahan masih dapat dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkatan yang sangat susah dicapai.

Dalam ayat lain Allah berfirman: "... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Al-Kindi, seorang falsafah Islam terkenal pernah mengatakan; “Bagaimana kita mengharapkan satu moraliti tertentu daripada teman kita, sementara diri terdiri daripada empat tabiat jiwa yang merupakan bahagian paling dekat dengan (setiap) manusia dan merupakan pusat kendali untuk memilih dan berkehendak, tidak boleh memberikan semua kehendak. Tidak boleh pula mengiakan semua yang diharuskannya. Apa lagi dengan jiwa orang lain?”


By >> Saya setuju ngan pendapat ni.. Saya sudah pratikkan, ternyata hati saya sangat tenang dan bebanan di dada/hati sudah berkurangan. Memaafkanlah seseorg itu supaya kehidupan jadi lebih tenang. Balasan biarlah tuhan yang tentukan..Tuhan itu maha adil.

Tips** Sesiapa yang putus cinta, maafkan lah beliau untuk kamu senang menerima org lain di hati kamu :P...dan memaafkan adalah salah satu cara untuk melupakan :D (ramai yang tanya soalan berkaitan dgn ni.. aku dr. L.O.V.E kah? So setelah di kaji selidik, ni la tips nya!)


Cik By

Thursday, June 4, 2009

Yer..saya adalah si pemakai gigi besi braces

Ramai yang cakap sakit apabila memakai 'braces'.. Pada mulanya saya agak takut untuk membuat rawatan otho. Tetapi, setelah makcik saudara saya bagitahu bahawa tidak sakit, saya menjadi kuat semangat untuk meneruskan perjuangan di medan perang usaha saya untuk membetulkan gigi saya yang sudah senget benget akibat terjatuh ditolak minachi sekolah tamil dulu kemalangan.

Tidaklah sakit cuma tiada nikmat untuk makan dengan rakus. Susah nak kunyah benda-bendamakanan keras. Dulu saya agak sukar untuk tersenyum tetapi sekarang agak senang untuk tersengeh. Tetapi agak kaku, sebab saya memang susah nak tersengeh macam garfield!

Orang cakap muka saya macam garfield. Dulu saya adalah peminat garfield. Saya pakai beg sekolah pun beg garfield. Jangan tak tahu beg saya adalah bewarna PINK..ehehe..diulangi bewarna PINK! hehehe..

Cuba lihat diri saya, adakah saya macam garfield?? hahahaha!

Gambar di atas tu, adalah gambar saya sebelum saya memakai gigi besi 'braces'. Gambar di bawah pula adalah gambar saya tersengeh macam kerang busuk setelah memakai 'braces'! hahahahaha! Ada kawan saya cakap, saya buat 'botox'!

Tidak sampai setahun jagung saya memakai 'braces', gigi saya sudah bermesra dengan gigi sebelah-sebelahnya. Amat teruja untuk membuang besi-besi tersebut!


Sesiapa yang nak pakai 'braces', ingat pakai 'braces' tidak sakit ok!



Monday, June 1, 2009

Khas kepada yang masih single dan kembali single.

Ada sedikit tips saya mahu berkongsi! Khas kepada yang masih single dan kembali single. Duk lepak2 ngan kawan dulu teringat saya akan perbualan semasa perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah tika dulu.

Soalan pertama kepada rakan setelah sudah lama tidak berjumpa..

Si Ladybird (bukan nama sebenar) : Ko bila nak kawin? dah tua dah..

Si Melor (bukan nama sebenar) : Tua?? Mane ade tualah. Lek la muda lagi. Erra pon baru kawin n dapat anak (muka nak mcm icon ym yang bersiul tu)

Si Ladybird : Ko nak tips tak?

Si Melor : Tips ape lak?? ape die..

Si Ladybird : Macam ni, kalo ko nak pakwe ko naik la lrt pastu turun..sorang2 ko buat tatau jalan..Mesti ade jejaka yang bertanya..

Si Melor : Ish tak kuase aku..banyak lagi keje aku leh buat..Kang tak pasal si jejaka tu ingat aku ni gila..

Si Ladybird : ha lagi satu! Laki kalo tengok perempuan mesti tengok jari..

Si Melor : Apsal?

Si Ladybird : Kalu ade cincin di jari, mesti laki akan ingat ko kawin ke dah bertunang ke..

Si Melor : ye ke ko ni?? Mengarut la...ade plak macam tu.. kalo aku pakai cincin mcm ni, so org ingat aku dah tunang?

Si Ladybird : betoi la weh..takkan aku nak tipu..ko tu pakai cincin mainan..ish!!!!


Apa motif gambar ni? hahahaha..hanya search kat pakcik google!

Lawa plak cincin dia~~~



so ini saja tips saya hari ini..Ada betulkah???



Cik By

Friday, May 29, 2009

Lagi lagi pasal besday aku? ada ape??


just nak view aku punya karakter je..hehehe ..aku memang tak percaya bende ni..tp kalo pernah bg tau korangkan kalo korang nak tau perangai org ..bukan ape senang tuk berkomunikasi ngan dieorg tak salah if kite tengok just research (betol ke ayat aku ni?? tp kalo ikot fatwa ianya haram! waAllahualam..aku bace dalam akbar je..betol ke??) neway ni aku nak komen skit perangai aku betol ke x...hehehe..so kenalilah daku (cewah!)

* Berfikiran jauh & berwawasan.
erm yeke?? kdg pendek gak
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
hehee...no komen..sape yg tertawan ngan aku je leh komen :P
* Berperangai lemah lembut.
no komen..sape kenal aku leh komen :P
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
yerp..tengok keadaan..kalo bende yang paling pantang berlaku memang berubah
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
byk sampai tak terbuat
* Bersikap sensitif.
yerp selalu..pastu aku lak anak bongsu..lagi mengada-ngada
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
kalo tido tak aktif la hahaha :P
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
yerp..betol..kalo tak lakukan aku rase mcm kelam kabut.aku tak suke..
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
certain la..mcm hal2 kene buat report kat bank ke..aku suke tangguh..malas aku nak layan..tp bile dah kene bende dah hilang baru aku terhegeh2..tp kalo kawan nasihat bsertakan ngan pandangan dan pengalaman dieorg aku tak tangguh la..
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
betol kot..aku rase semua org nak yang terbaik
* Cepat marah & cepat sejuk.
cepat marah tu maybe tak..tp kalo marah memang cepat sejuk..huhuhu lemah2
* Suka bercakap & berdebat.
tak suka sgt..huhuhu..suke berdiam..tp tengok keadaan la
* Suka buat lawak & bergurau.
bergurau tu slalu..menyakat org je..
* Otaknya cerdas berangan-angan.
hahah betol2! aku suke berangan nak jd novelis + designer :P
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
susah kot mule2..tapi kalo dah kwn tak hingat!
* orang yang sangat tertib.
ye ye..tertib! Assalammualaikum~~
* Pandai mempamerkan sikap.
ape maksud ni? ye kot! tapi sikap ape??
* Mudah kecil hati.
tak sgt..tapi kalo dah kecik hatinya mule la muke mcm taik
* Mudah kena selsema.
aish jarang la
* Suka berkemas.
hohohoh...bersepah suke la..
* Cepat rasa bosan.
yerp..tapi bukan dr segi relationship aku bosan..dr segi erm kalo dah buat bende aku tak suke..then buat lagi..
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
tak langsung..semua aku layan
* Kurang mempamerkan perasaan.
kdg2 spt jwpn diatas kalo tak bende pantang je mulala muke macam taik
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
yes! 100%
* Suka pada barang yang berjenama.
tidak..anda salah..cap ayam pon aku layan
* Mudah menjadi eksekutif.
erk?? ye ke? no la..mula dr bwh baru tak blagak :P
* Kedegilan yang tidak terkawal.
sangat betol! selagi aku leh lakukan sendiri aku akan lakukan! ko tak yah kaco!
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.*
hahaha..aku tak suke org puji aku sebab nanti muke aku mcm tempoyak! hehehehe :

hahaha..itu saje perangai aku..sesiape yang kenal aku leh la komen utk aku improvekan diri aku :P tak salah bg aku kalo nak komen pon..sesiape yang tidak mengenali..so ini seba sedikit tentang aku :P

** aku bintang gemini..lupelak nak bgtau




Cik By

Thursday, May 28, 2009

Sabarlah wahai hati~~

Ya Allah, semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Semoga hari-hari murka akan lebih baik dari hari ini...

Tuesday, May 5, 2009

Jika...adakah itu kawan?


Jika...
'dia' pernah menikam mu dr belakang ..... Adakah itu kawan?


Jika...
'dia' mengata mu dr belakang dan kamu tidak pernah mengata 'dia'.... Adakah itu kawan?


Jika...
'dia' mengingati mu ketika 'dia' susah/sedih dan meninggalkan mu sewaktu 'dia' senang/gembira... Adakah itu kawan?


Jika...
'dia' menggunakan kamu atas kepentingan... Adakah itu kawan?


Jika...
'dia' berhubung dengan kamu untuk meminta pertolongan yang selama kini sudah lama tidak berhubung dengan kamu... Adakah itu kawan?


Jika...
'Dia' sanggup membuat hatimu terluka... Adakah itu kawan?


Jika...
'Dia' tidak sanggup sapukan airmatamu dan kamu sanggup sapukan ubat dilukanya yang bernanah... Adakah itu kawan?


Jika...
Aku pula yang menangis kerna sesuatu, 'dia' pula melarikan diri... Adakah itu kawan?


Jika...
Aku pula dalam kesusahan, 'dia' tidak sanggup untuk menolongku... Adakah itu kawan?


Sesungguhnya kita harus bersyukur dan melakukan sesuatu dengan ikhlas. Tidak susah jika kita menabur sedikit jasa. Maafkan saja 'dia' jika 'dia' membuat hati mu terluka..Mungkin tuhan menyayangi kamu dari 'dia'...


p/s : hasil nurkilan aku :P


Thursday, April 16, 2009

Usah mengeluh wahai kawan...


Aku baru je lepas bace blog akak ni, mywords,my feelings.. Aku tertarik dengan entry sis ni yg bertajuk jangan mengeluh. Memang kite sepatutnya jangan mengeluh, tak elok. Nafas pun kurang (hahaha..ape kene mengena ngan nafas??) Setiap kali kite tak dapat ape yg kite hendaki pasti kite akan mengeluh. Setiap kali kite menghadapi kesulitan pasti kite juga akan mengeluh dan pasti kita akan berkata kenapa nasib aku selalu macam ni. Dan setiap kali kite kalah dalam sesuatu seperti kalah dalam percintaan pasti kite akan frust dan mengatakan bahawa seseorg itu amat kejam. Betolkan?? Pasti juga kite akan teringat ape yang berlaku kat kite. Kdg2 kita terlalu menyalahkan nasib dan selalu berfikiran negatif. Kite juga terlalu mengingati kisah silam. Tp itu adalah normal kerana kita adalah manusia. Kite saje kena professional untuk menanganinya. Cubalah buang pemikiran anda yang negatif dan janganlah mengeluh.


Aku tetarik dengan isi kandungan ini :

Kita selalu Bertanya………..dan Al-Quran sudah menjawabnya………….


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12


Kepada kawan2 jangan la kite takut untuk menghadapi hari muka..kerna setiap perjalanan ade likunya.
Tuhan tidak akan bagi kite dapat sesuatu dengan sewenang2nya.


Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu

p/s: Hidup mesti bran!





Wednesday, April 15, 2009

Sebelum vs Selepas Kahwin

saje aku post sebab aku rase menarik! so sila bace!! hahaha ade bende betul semasa dan selepas berkawin..sape sokong??


1. ANGKATKAN BEG

Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u....

Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!



2. TERSUNGKUR BATU

'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'

Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!



3. PAKAI SEXY

Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you
sekarang jugak!

'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'



4. MANJA DI PUBLIC

Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!

Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!



5. KEMPUNAN

U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...

Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!


6. KECANTIKAN

Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!



7. KEKAYAAN

U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.

Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?


8. SEX

Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.

Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!


9. KESABARAN

Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?

Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!



10. MASAKAN

Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?


11. DUIT NO PROBLEM

Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!



12. LUV PEGI LUV BALIK

Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)

Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!



13. PENGORBANAN

Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?

You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!



14. JUMPA LAMBAT

Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai

Takpe la. Da biasa da!



15. BUANG ANGIN

You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*





p/s : aku kawin agaknye macm ni kot..hahaha biase la manusia sentiasa berubah..



Cik By

Tuesday, April 14, 2009

Hargai Chenta Awak..

Pagi td sebelom opis hour, aku selak2 internet. Jumpe satu artikel kat Oh bulan. Tajuk :

Tiada Lelaki Mengurat Anda? - Panduan Cinta Untuk Wanita Adalah Jawapannya


hahaha! Aku rase tak yah la panduan2 ni..sebab ni normal. Pada pendapat aku la terletak pd individu sendiri sebenarnya..Aku juga mampu menjadi Dr.Love..hahaha..Kalo ade masalah aku sedia share pendapt..tapi aku takde la tere dlm bab ni..setakat pendapat saje (aku pun lingkup!).

Betol ke ade gurl yg tertanye-tanye..
mcm ni? mungkin...

Namun, bukan semua wanita menerima perhatian daripada lelaki. Ada juga yang sering kali tertanya-tanya, bila’lah aku nak dapat boyfried, bakal suami? Atau mungkin ayat sebegini, “Jeles betul tengok roommate aku sering keluar dating, aku gak yang terkurung dalam bilik sorang-sorang”.

Tapi bg aku tak yah la nak jeles sebab tuhan dah tetapkan seseorg itu untukmu..cewah!Best ape duk dlm bilik bace novel :P. Bg aku la..takyah nak tensen2 ke serabut kepala tak de peneman..Boring sebab tiade teman? Macam2 kite leh buat..spt bace novel (novel lagi?? dush!), jalan2, main futsal..If takde org kenal or tak geng, try je masuk geng mane2. Jangan rase terasing!


Kita seharus’nya membetul’kan persepsi mengenai cinta sejati, di’mana setiap insan akan mempunyai peluang untuk menerima atau menyemai cinta jikalau kena pada cara & tempat’nya. Sebagai contoh, andai kata selama ini anda tidak pernah kisah mengenai penampilan diri, apa kata ubah’kan sedikit pendirian anda & buat sesuatu agar anda kelihatan lebih menarik. Minta nasihat daripada rakan-rakan, jangan malu bertanya kerana mereka sudah tentu mempunyai pengalaman yang boleh di’kongsi bersama. Cara ini boleh membuat’kan anda lebih yakin serta tidak berasa malu kerana mereka sudah pun berjaya, maka anda tentu berjaya.

Ye.Aku percaye penampilan diri tu penting (tp aku g opis pon kdg2 tak pakai makeup.malas!) Tp memang betul penampilan tu buat kite yakin dan tidak malu untuk bergaul dengan org cantik sebab kite tau kite pun cantik..hehehe..Dalam kes ni aku ade dgr radio hot FM.Pengakuan jujur dr seorg kakak. Kakak tu die tak jage penampilan mase die kawin. Now die dah bercerai. Tapi aku agak teruja apabila kakak tu ckp sebenarnya salah die...Die tak salahkan suami die yang curang tu.Sebab?? die tau die tak jage penampilan. So skang die bangkit dan jage penampilan. Ramai jejaka nak kan die! WAuuuu!






Hargailah cinta awak?

Yup harus...tapi kalo kite yang hargai sorg2 cinta tu pun tak gune gak kalo laki tak hargaikan? Tapi kenapa wanita slalu disalahkan dlm hargai cinta? Erm bagi aku tak semua lelaki x menghargai cinta dan tidak semua perempuan tidak menghargai cinta.. Masing2 hendak melakukan yang terbaik. Tp ade gak segolongan mcm tu..kan kan kan?


Sebenarnya tanpa cinta tu bukan la sepi atau kesunyian..Kite boleh je ceriakan hidup ni..HIDUP TAK SEMESTINYA SEPI..Tapi kalo ade cinta kite jd syok sendiri..senyum sorg2 hahaha! betulkah?

hahaha!

Aku juga tertarik dengan kata2 ini...

“You get what you think about, whether wanted or unwanted. The Law of Attraction is neutral” - The Secret


Mencintaila seseorg dengan rasa ikhlas dan jujur dan trima la cinta itu dengan hati yang ikhlas, seikhlas die mencintai kita...


Cinta Jangan Kau Pergi - Sheila Majid

Kusadari
Kesalahan ini
Yang membuat segalanya gelap jadinya

Ooohh kasihku
Kuharap kau mau
Memaafkan
Menerima
Pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Reff:
Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

Oh kasihku
Kuharap kau mau
Memaafkan
Menerima
Pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Reff ..

Uhhh..uhh…

Cinta jangan kau pergi.. huu
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang (2x)
SILA DENGAR CEPAT! BEST! tak de kena mengena ngan hidup atau pun mati ok!


p/s : Apehal kes cinta aku pilih?? gatal!


Cik By

Monday, March 30, 2009

Imaginasi boleh menjadi realiti??

Yerp..aku setuju..kdg2 org tua ckp jgn suke berangan...kwn pun ade ckp imaginasi lebih la ko ni..tp aku mcm tak heran sebab aku rase imaginasi tu baik tok kite mjadi bjaya..sebab imaginasi tu satu motivation bg kite...contoh lain tok bg kite motivation..ni kwn umah aku yg ckp la...mcm aku bgn pagi n target kol 8 pg sampai opis smata2 utk rebut parking free..so korg rase ape bende yg leh bg motivasi? hehe..mesti la parking tu yg bg motivasi supaya aku bsiap cepat2..

ok..balik smule kat tajuk kite td..aritu aku bace majalah... satu artikel yg mengatakan die slalu berangan nak umah besar..n satu ari die bkenan kat umah besar tu..n berangan nak beli..die akan lakukan ape saje tuk dptkan umah tu...pastu die siap berangan lagi nak hias rumah tu mcm mane..byk dugaan die tempuh..kene brebut ngan org..ngan sibuk kejenye...mcm dah putus ase...then dpt tau org lain dpt...erm so xpe la..may be ade rezeki lain..mase die g oversea dpt panggilan yg org tu taknak umah tu...cancel...die mcm x sangke akhirnye dpt umh tu...skang dah jd milik die dah pon...ha! same je kes ngan akak aku.aku aku pernah merasai ape yang die rase..die gak berimaginasi mcm org yg dlm artikel tu.then akak aku dpt miliki rumah yg die nak..malah dpt lagi better dr rumah yang mule2 akak aku nak..sape ckp berangan tak akan dapat?? imaginasi tu satu motivati untuk kite...


p/s :- kwn akak aku ckp if nak sesuatu selalu la g usha mende tu...hahahaha! try la!


Cik By