Saturday, December 12, 2009

Soalan yang aku akan ketemu sebentar lagi..

Banyak betul orang kenduri. Hari ini saja ada 4 kenduri.


1. Teamate aku tak pergi sebab di Pahang

2. jiran kakak aku sudah hantar wakil, mak aku je pergi.hehehe

3. budak opis 50-50. Tak tahu lagi

4. Keluarga angkat. Wajib pergi :(


Soalan-soalan akan dipersoalkan adalah seperti (macam soalan pemahaman BM lak =D) :

1. Dah ada boyfriend belum?

jawapan aku : mestilah ramai, kata kawan lelaki. hehehehe...

2. Bila kahwin?

jawapan aku : insyaAllah hujung tahun....(ni pun dah hujung tahun, tunggu la tahun bila tak tahu..hahaha!)

3. Nak tolong carikan ke?

jawapan aku : Eh eh tak payah. Cari sendiri lagi syokk..kenangan terindah ;).

4. Dah tua ni patut dah kawin...

jawapan aku : *tersenyum tidak berkata apa* dan lama sedikit aku akan menjawab tua tua pun mantap mana ada tua, muda remaja lagi :D.

5. Si ***** dah ada 3 anak, ko bila lagi?

jawapan aku : saya ada anak gak. Anak kucing. Ada 2 ekor baru lahir kat rumah kakak.


Di akhir perbualan, mesti diaorang cakap " tak sabar nak tengok awak kahwin..."


Siap ko. Nanti aku kahwin, ko tak datang memang kena fire! ;P

2 comments:

~AmyLiana8886~ said...

hahaha..btul tu kenduri kawin nie byk akhir2 tahun nie..plg xsuke soklan pasal kawin kan..huhu..

CiK By said...

Amy : tu la..memang banyak...

huhu tu soklan dah biasa..default!!