Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Cerita weekend.

Sorry pada kawan-kawan yang membaca entry moody sebelum ni. Hihihi. Komen pun, aku tak sempat nak balas. Rasa nak tenang kan fikiran sesangat. Nanti bosan pulak korang, aku moody-moody kan? Biasalah perempuan berumur ni layankan aje. Hahaha.


Hari Sabtu, dapatlah beli secebis dua barang hantaran. Alhamdulillah. Walaupun ada sedikit kekecohan. Hahaha. Ye la mahu nya tak kecoh. Ko nak yang itu, aku nak yang ini. Nak yang ini, ko nak yang itu. Itu belum campur bahagian pilihan hati bakal mak mertua ibu bapa lagi. B2B, ada berlaku macam ni? Sila jawab. Hahaha. Keji aku ni.


Berjaya juga beli baju melayu ayah. Sampin bagai. Alhamdulillah.


Dan Ahad pula, adalah perjanjian bersama kakak. Nak beli kuih raya. Last-last siap langsir untuk mak kitaorang beli. Biar rumah mak cantik. Hiks!


Erm korang macam mana lak? Dah beli semua. Siap dah jentera (ampau)?

.:. By .:.

Monday, July 19, 2010

Sabtu dan Ahad.

Sabtu.

Training sampai nak dekat pukul 12 tengahari. Maka gelaplah muka. Kaki tak elok lagi. Tak boleh lompat. Serius aku rasa macam nak pergi berurut! Takot Jumaat tak dapat naik main. Dan serius aku akan lagi frust kalau aku tak boleh main.

Apa kes tunjuk kaki kat belog? Bukti kaki membengkak dan aku rendam kaki dengan ais. Rasa dia? Macam nak kerammmm!! Kebas sampai ke kepala.

*pergi urut + mengedet. soka!*


Balik rumah kakak, ajak pergi Stadium. Ada konsert katanya, konsert kehidupan orang Jepun. Semangat ni nak pergi. Aku suka pertunjukkan sejarah-sejarah 'live' ni. Tapi, kalau baca buku Sejarah aku bosan.

Sampai je hampeh. Kena lepak kat padang. Duduk kat VIP kena halau. Walaupun dah explain kenapa. Dia support orang dia je. Orang kita dia tak support, tapi orang kita yang terlebih support diaorang, siap pakai baju Kimono. Tu lah Melayu. Semangat lebih.


Maka lepak tepi-tepi bangunan sampai orang main drum habis. Ingatkan dia duduk cerita pasal kehidupan Jepun. Tapi, lebih pada macam poco-poco. Makanan pun was-was nak makan. Kempunan makan sushi!


Lepas tu pergi layan Rhythm konsert. Ella, M Nasir, Black, Rashmonu (ke Roshmonu?) dengan Zainal Abidin je aku kenal. Lain ntah siapa-siapa. Aku usha awek sebelah je. Lawa, dah tu joget plak. Lagu Tamil pun dia joget. Layan :D.






Ahad.


"Yang jom g pantai ke..asyik shopping je....bosanlah.."*ayat pertama muncul dari akak aku. Takpernah dia cakap bosan g shopping.

"Boleh layan Pantai Remis.. dekat sini. Makan bakar-bakar. Nak setlekan rumah uya dulu..."













Nah amik! Tak jadi pergi Pantai Remis. Dah ke Kuala Lumpur, tak ada maknanya ke Pantai-pantai ke sungai-sungai.

Ke ZARA kita. Ada clearance stok hokeh!

Nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak aku yang kena jadi bank bergerak
('_' ")





p/s: minggu ni bz sikit. Aku nak cabut hari Khamis, pastilah kerja pun kene tiptop masa 3 days ni :D.



.:. By .:.

Saturday, April 24, 2010

Telur cicak...

*sedang makan nasi goreng bersama ulam petai*

"Ichu boley macak telur cicak untuk adik(Suci) tak?"

"Cicak? Apa cicak?"

"Cicak lah...tak paham lakk ichu ni..."

"ye la cicak tu apa??!!"*nak jadi pontianak dah waktu ni*


*tepuk dahi* " adik ckp telur cicak..gi arr macakkkk adik lapar...cini cini.."


*lalu pergi ke peti ais tunjuk kicap*


Nasib baik Cik Su tak terlebih kreatif deeeekkk. Kalau tak tentu Ciksu masak telur letak cicak untuk adik. (T____T)


.:. By .:.

Sunday, March 28, 2010

Cerita budak gemook..

Ahad lepas, di rumah tukang urut.

"Saya tak cam la dia makcik, sudah gemok dia....berisi". Sambil memerhati aku dan mak aku.

Sabtu iaitu semalam. Ketika aku sedang baring tengok diari AF8.

"Adik pergi mana tadi?"

"Adik g jejeko (Jaya Jusco) la Ichu..ngan tok,ummi..."

"Eh jom kita pergi Pasar Malam Setia Alam..tengok baju cina apek tu. Dah janji dengan dia haritu.. Adik nak ikut tak?" kata akak aku yang tidak puas lagi berjalan.

"Adik tak larat la ummi...tok pun tak larat..penat jalan jejeko tadi..Ichu larat sebab dia gemoookkk"

OK FINE! Sila lari setempat sekarang!

Thursday, March 11, 2010

Cameron Highlands Part2 dan akan berlajutan lagi :D

Pukul 5 pagi sampai, terus cari port nak tidur. Tidur depan ladang Teh :D. 2 jam tidur pastu aku terjaga. Mana tak nya dengar lori lalu, sejuk pula tu. Aku dah la tak bawa stokin. Rasa sejuk beku. Kalau kat KL mesti panas gila walaupun waktu pagi...kan?(sebab cuaca sekarang memang panas).

Bangun tidur, cari tempat nak basuh apa yang patut :D. Ke masjid kita. Air dia tak hingat sejuk bagaikan air batu. Sampai kebas jari jemari aku.Nak cuci muka pun rasa kebas pipi yang tenbam ni..Hahaha! Tapi tak leh nak membuang hajat, sebab tempat orang. Tak ada feel :P.

Terus naik ke Brinchang. Pergi mencari buah strawberry :D. Pagi-pagi buta dah cari strawberry! Teringin gila nak makan. Bukan tak ada di KL. Tapi, makan strawberry di CH lagi seronok! Rasa fresh!!!

OK. Saja nak buat korang terliur. Kejikan aku? :P

Buah strawberry yang masak ranum :D

OK. Ni dah ke pasar Brinchang lak! Tengok tu Mak Bedah tengah memborong... :D



bersambung :D...aku buat sikit-sikit. Kang panjang sangat entry aku..muntah darah pulak korang baca :D

Monday, February 22, 2010

Bowling dan bawa orang jakun pergi IKEA.

Matilah aku buat title macam ni :D. Heh! Ini celita sudah basi sebab ni last saturday punya celita...

Aku masuk tournement bowling...MSC anjurkan. Katanya, perlawanan muhibah. Memang muhibah sungguh. Kitaorang 1 unit dihantar bermain bowling. Lepas tu dipilih secara rawak masuk team lain. Memang muhibah! Tatau aku kecut perut kalau main campur-campur ni. Dah la aku tak kenal :(. Minta-minta tak ada abang botak dalam team aku :D (aku memang takot orang botak!).

Syukur~ Memang tak ada abang botak. Tapi aku sorang je perempuan dalam team aku. Sorang pakcik yang sebaya ayah aku kot. Sorang lagi laki juga tetapi muda. Auww!! Keluar tanduk :P.

Sambil-sambil main bowling, sambil-sambil berkenalan :D. Tetiba mamat sorang ni tanya, "Eh ni borak-borak mana suami?" Ini soalan pancing aku rasa. Hahahaha!

Cet podah! Dan dan borak, tanya mana suami. Aku pun jawab tidak bersuami lagi. Hamboi. Makin rancak dia berborak! Takpelah kata perlawanan muhibah :P.

Gedik. Walaupun aku tidak menang nak juga bergambar :D. Aku je la tak menang, sebelah aku tu menang.

After main bowling aku bawa orang jakun pergi IKEA. Aku bersedia di maki hamun setelah panggil budak-budak itu "orang jakun". Hahaha! Nak sangat pergi IKEA. Jom aku tunaikan.

Makan-makan. Jalan-jalan. Pastu chow!

Monday, February 8, 2010

Cepatlah cepat lah...sambil mengetuk 'bird' nya...

Cepat lah..cepatlah...cepatlah keluar..

Cepatlah..(sambil mengetuk-ngetuk 'bird' dia)

Cepat lah..ish..lambat betul keluar..

Cepatlah!!! (kali ini memukul 'bird' nya)..

Tengok punya tengok..Si Suci nak kencing daaaaa~ :D. Tak sabar nak main layang-layang kat tepi Pantai...Bantai ketuk 'bird' suruh air kencing keluar. Hahaha!

Pantai Remis, Kapar...

Aktiviti minggu lepas.. Aku tidak ke Ikea, tidak ke Sunway Pyramid. No more go to shopping mall!!! :D.. Bagus tak?

Aku ke Pantai Remis, Kapar. Bukan Pantai Remis kat Perak tu. Tapi, kat Kapar..dekat je dengan rumah kakak aku.

Kiteorang pantai kali ini, sambil menikmati ikan bakar, kerang bakar, angin-angin sepoi bahasa dan juga mencuci mata.. Tapi ramai yang datang bersama family. Apa kejadah nak cuci mata. Kang tersalah cuci, terkena suami orang :P.

Kat sini boleh layan semua yang bakar-bakar. Cicah air asam. Sangat superb!!! Aku layan kerang, sotong dan ikan pari bakar... Separuh ikan pari RM 2.50- RM3.00. Kerang tu tak silap RM 3.00 sepinggan. Korang boleh pilih apa yang korang nak, mengikut kepuasan nafsu makan sendiri :D.
Layan dengan nasi lemak kampung.. Selain nasi lemak, ada masakan panas.

Lepas makan haruslah beriadah. Berjalan-jalan di tepi pantai mengurangkan lemak. Pantai Remis ni tak boleh mandi...nanti GATAL. Tapi orang India slambe je mandi. Kulit diaorang dah lali kot :P. Ha..pernah makan Super Ring? Sedap lol. Nak nak bila pewarna oren tu melekat kat jari. Jilat pasti sodap!
Layan si Nina ni..nak letak gambar kat myspace katanya. Aku ada gak. Tapi belon tu tak keluar-keluar. Agaknya, bila dah tua..penafasan dah kurang kot nak meniup air buih tu :D.

Tuan punya blog :P. Ramai orang cakap aku dah kurus. Tapi setiap aku tengok gambar, pipi aku tonbammmmmmmm jo..

Ntah apa kakak aku buat. Main layang-layang tapi tak naik-naik pon. Aku suruh dia lari, dia cakap aku gila. Nanti orang nampak perut buncit dia..hihihi...

Tuesday, January 26, 2010

Water Park

Akiviti last sekali kitaorang di Sunway lagoon. Sampai kecutla jari jemari main air. Semua main. Congo (kata Nina karpet aladin) sangat best! Mula takut! Ha amik sampai 4 kali aku ulang kalau tak silap! :D.

Pastu semua gelongsor aku try. orang lain naik sampai terjerit terlolong. Hahahaha! Kelakar tengok gelagat manusia.


Last sekali, part nak tengok kesemua gambar kitaorang yang diambil khas oleh jurugambar Sunway Lagoon. Pastu terjebak sebab tengok gambar yang diaorang ambil tu semua cantik-cantik. Rugi jual mahal masa diaorang nak ambil gambar kat dalam air :(.


Kalau burn dalam cd RM 100. Quantiti gambar boleh seberapa banyak yang mungkin .Kalau print, RM 30 sekeping. Kitaorang ambil yang burn cd!!


Tersangat seronok walaupun memenatkan!!

ALL PARK SUNWAY LAGOON


Extreme park, sangat adventure!

Sayang gila tak berpeluang untuk 'flying fox'. Tutup sebab under maintanance. *keciwa

Kalau nak naik ball tu pula, kena bayar RM 100. Cet mahal gila! Memang buat untung betul Sunway lagoon ni. Makanan dah la mahal. Pastu ada certain mainan kena bayar lagi.

Dari Amusement Park, kitaorang naik jambatan gantung ke Extreme Park. Panjang gila jambatan gantung tu. Lenguh kaki aku jalan ke Extreme park.

Di tengah-tengah jambatan gantung.


Sampai Extreme Park, kitaorang try naik ni!

Best gila!!

Ingat jalan-jalan kat jalan tar je. Rupanya dia bawa masuk jalan ala-ala hutan. Kena turun bukit dan naik bukit.


Pastu try kayak. Kalau tak nak berkayak, naik Itik pun boleh. Kena kayuh la :D.

Aku try kayak sebab seumur hidup aku, aku tak pernah try kayak. Gila jakun!

Last-last aku tak kayuh pun. Hahaha! Suruh orang belakang je la :P.


Wildlife park, walaupun kecil tapi seronok!

Ala-ala mini zoo. Tapi, ada binatang pelik gak. Boleh pegang-pegang lagi. Sempat lah kita orang tengok penjaga haiwan tu bagi makan.

Ada tenuk, buaya, merak, spesis burung, arnab, kura-kura india, monyet apa ntah badan dia kecik je tapi ade bulu putih kat kepala dan macam-macam lagi.

Apahal lah aku macam tu. Nak kata takut tenuk, tenuk kat dalam cermin. Hahahaha!

Scream Park, seram!!!

Korang patut try masuk scream park ni!! Mencabar tau. Mula-mula nak masuk tu, dia akan bagi briefing. Tanya ada penyakit jantung ke tak? Jangan usik barang-barang kat dalam tu.. Dalam tu sangat gelap, so kena hati-hati.

Aku mula-mula taknak masuk. Takut!! Aku memang seriau sikit kalau masuk tempat gelap. Kata Scream park, lagilah!!

Pastu, nak taknak kena masuk sebab semua dah masuk. Aku apa lagi terus tutup mata!

Awal-awal dah kena sergah. Hampeh betul hantu-hantu kat dalam tu.

Aku duduk link yang paling last. Itu pun, banyak gila kena sakat. Hembus-hembus kat telinga la. Menjerit kat telinga aku la. Letak kain kat atas bahu kita la. Jalan sambil peluk kita la.. Sampai satu part tu aku tak tahan. Aku cakap kat hantu tu, "Oit jangan hembus kat telinga aku la bodoh!" :D. Gila berani sound hantu :D.

Kat dalam tu terkurung 20 minit. Korang bayangkanlah betapa sengsaranya aku kat dalam tu melayan hantu-hantu.

Ada hantu pocong lompat-lompat. Ada hantu terbang-terbang lah..

Pastu, masuk kat tempat 3D. Dia bagi sorang satu cermin mata 3D tu. Lagi la. Nampak clear! Benda putih boleh jadi biru. Boleh nampak pergerakkan hantu tu terbang-terbang.

Satu point tu, tersesat! Ramai gila hantu datang kepong kitaorang. Buat muka spastik :P. Hantu tu buat muka spastik pun aku takut gak. Hahaha!

Pastu masuk point lagi macam cerita 13 ghost. Semua hantu terkurung. Tapi nampak jelas dia menjerit-jerit.

Kat satu point tu, aku dah tak tahan. Aku dah berpeluh-peluh. Slambe aku tanya orang yang jaga point tu. "Ni last ke ada lagi?"

Nasib baik dia cakap last! Fewwh!! lega!!

Serius aku berpeluh gila masuk dalam tu :D.

Amusement park, tempat kanak-kanak riang.

Yeah!! Ahad, seharian di Sunway Lagoon !! (Entry akan dibuat park by park ;P )

Seawal 10.00 pagi, kita orang dah terjah Sunway Lagoon! Punyalah awal sebab ambil package yang all park :D. Untuk all park RM 72 (mendapat diskaun RM 54, thanks to Kak Ida).

Agak terkilan. Ada park yang diaorang tak buka lagi. So kita orang naik apa yang ada dulu.

Amusement park ni penuh dengan permainan-pemainan kanak-kanak riang, adventure.

Aku awal-awal lagi taknak naik kapal yang terbalik-terbalik tu. Dulu aku pernah naik kat Mines wonderland, sampai muntah-muntah. Semua orang cakap aku mabuk minum todi :D.

Aku try naik keretapi macam roller coaster tu. Dulu ada kes orang meninggal kan? Ha aku naik yang tu. Tabahkan hati dan tawakal je naik tu. So far ok. Aku hidup lagi ni ha :P.


Bukti masuk all park, adalah jam itu :P.


Burung ni pun aku layan . Macam dalam filem Avatar lak... :D


Next Scream Park!!! Seram!!!

Monday, January 25, 2010

Vroom!! Vroom!!!

Gambar mukadimmah! :D.
Dalam proses pengumpulan gambar... (" v ")

Nak makan sotong? Ya iya lah!

Disebabkan kakak teringin sangat nak makan sotong steamboat. Aku dengan rela hati bawa kakak aku ke tempat yang dituju. Nanti kempunan macam mana? Dah sorang je tu la kakak aku :D.

Walaupun aku selalu je gaduh dengan dia. Sayang juga aku kat dia :D. Cet sedih pula.

OK. Kami ke Sunway Pyramid! Kakak aku dah tak gila pergi Ikea. Tapi mood menggila ke Sunway Pyramid.

Fewwh! Kalau tak muntah hijau aku ke Ikea setiap minggu :B.


Ala terlupa pula, nama kedai dia. Korang pergi je la floor atas sekali dekat dengan Maxis Centre. Jalan menuju ke Panggung Wayang tu. Aku dah tanya kakak yang kerja situ. HALAL. Korang patut cuba sotong tu. Rasanya sangat walllaaaahhh!
Sedap! Sos dia aku suka. Campurkan semua sos yang ada. Sedap gila! Aku makan 4 cocok je. Tu pun dah membuat kan aku kenyang. Harga mengikut warna lidi. Ada yang RM 1.00, RM 1.50 hingga RM 3.50 tak silap aku.

Lepas tu kita orang ke Pet Shop. Mencari baju untuk baby kucing. Comel kan? :D. Tak ada kerja. Kucing pun nak pakai baju ma!

Comel je si Hamster ni. Bertafakur agaknya :B.


Ahad pula, outdoor activities!! Next entry will be update! Heh! :D

Monday, December 14, 2009

Makan bontot ayam adalah satu kenikmatan!

Lepas je kitaorang pergi, kenduri kawin family angkat. Terus berangkat ke Pasar Malam Jalan TAR. Membawa jalan-jalan warga tua :D.

Eh, my mom dah start baca blog i (tetiba 'aku' menjadi i :P). Hiks!! Dia suruh anak sedara aku yang bukak kan internet. My mom siap perli lagi, "oh tengok natrah dua kali ya". Kantoi~

Ok sambung balik. Dengan berbaju kurung kitaorang pergi jalan TAR. Aku mulanya taknak dan mogok la konon-kononnya. Mana boleh jalan pakai baju kurung! Kang terselak-selak kain sebab kepanasan. Sungguh tak perempuan!

Ayat mak aku adalah seperti berikut "ala apa salahnya, nanti orang tengok sejuk je anak dara pakai baju kurung". Apa kes sejuk pun aku tak tahu :P.

Ok la nasihat diterima. Tak terima jadi anak durhaka lak. hihihi

Seperti biasa, bila dah sampai mestilah cari bontot ayam. Tak senang duduk kalau tak sambar seringgit dua bontot ayam =D. Nikmat!!

Lepas tu, kitaorang pergi ke Ikea. Agaknya korang dah muntah hijo baca entry aku asyik ke Ikea je kan? Korang muntah, aku lagi la muntah hijo tahap biru dah.

Ntah apa ada kat Ikea tu. Akak aku suka sangat tijau-tijau barang baru.

Tahap kebosanan yang melampau jadinya. So inilah hasilnya!


Aku telah menjadi paparazi. Terserempak dengan Tomok. Pada mulanya, aku tak perasan sebab dia pakai spek itam. "Apa kes mat rempit sorang ni..dalam Ikea pun pakai spek itam". Sekali Tomok daaa... Kerempeng rupanya dia! Dia bersama awek kesayangan =D.


Dua gambar di atas, adalah gambar badut-badut yang di tahap kebosanan yang kehilangan kasih sayang :P.

Gambar anak dara jalang duduk terkangkang akibat kepenatan tawaf di Ikea.
WT *oh mak aku tak bagi sebut, nanti kena cili*

Sunday, December 13, 2009

Mari teruskan hidup!

Yeah! Tak pasal aku seharian emo terlebih. Perempuan dah meningkat usia memang macam tu kot ;P. Tak period pun emo gak. Sensitip!!

Aktiviti Sabtu adalah salah satunya menghadiri kenduri kawin. Fewwhhh!! *lap air peluh. Ada 4 kenduri. Cuma dapat pergi satu je.

2 jam stuck kat Sungai Buloh! Apa kes? Kalau aku kayuh basikal pun sampai :D.

Nasib baik sampai kat kenduri kahwin tu, ada makanan lagi (orang datang nak menjenguk pengantin, aku datang nak melahap!). Kalau tak terpaksa lah pergi kedai mamak, pekena nasi briani ;P.

Sabtu tu, kalau ikutkan aku nak hangkut semua sekali ke kenduri kawin budak opis aku. Sorry to Megat, sebab aku tak pergi kenduri ko. Congrats ya! Hilang lagi seorang skandal aku (kalau bini dia baca tak ke naya!).

Aku sempat pergi ke kenduri kawin belah keluarga angkat je.. Mak aku paksa semua pergi. Kata orang tua 'membalas'. Lagi pun masa kakak aku kawin bertungkus lumus, diaorang tolong.

Tak elok pula. Nak-nak mak aku selalu pesan, "nanti ko kawin tak ada orang nak datang, so jangan buat sombong". Aku rasa semua orang tua cakap cam ni kan?

Gambar pengantin yang dapat aku snap.. Nama pengantin tu Nina. Sama je ngan anak buah aku. Nina kat tepi skali bertudung hitam (apa kes ntah dia pakai tudung Siti, agaknya perasan dia Siti kot :P)

Mak anak dara tua aku bersama ibu pengantin. Beliau lah yang membantu masa kakak kawin 13 tahun yang lepas ;)

Lepas tu, kiteorang jalan-jalan mencari bontot ayam. Tak lengkap hidup, jika seminggu tak makan bontot ayam :D.

Saturday, December 12, 2009

Soalan yang aku akan ketemu sebentar lagi..

Banyak betul orang kenduri. Hari ini saja ada 4 kenduri.


1. Teamate aku tak pergi sebab di Pahang

2. jiran kakak aku sudah hantar wakil, mak aku je pergi.hehehe

3. budak opis 50-50. Tak tahu lagi

4. Keluarga angkat. Wajib pergi :(


Soalan-soalan akan dipersoalkan adalah seperti (macam soalan pemahaman BM lak =D) :

1. Dah ada boyfriend belum?

jawapan aku : mestilah ramai, kata kawan lelaki. hehehehe...

2. Bila kahwin?

jawapan aku : insyaAllah hujung tahun....(ni pun dah hujung tahun, tunggu la tahun bila tak tahu..hahaha!)

3. Nak tolong carikan ke?

jawapan aku : Eh eh tak payah. Cari sendiri lagi syokk..kenangan terindah ;).

4. Dah tua ni patut dah kawin...

jawapan aku : *tersenyum tidak berkata apa* dan lama sedikit aku akan menjawab tua tua pun mantap mana ada tua, muda remaja lagi :D.

5. Si ***** dah ada 3 anak, ko bila lagi?

jawapan aku : saya ada anak gak. Anak kucing. Ada 2 ekor baru lahir kat rumah kakak.


Di akhir perbualan, mesti diaorang cakap " tak sabar nak tengok awak kahwin..."


Siap ko. Nanti aku kahwin, ko tak datang memang kena fire! ;P