Thursday, January 7, 2010

Hey gadis cantik di luar sana sila jawab :)

Heh bila tengok orang cantik lagi superb, mesti kita tolehkan? Nak tengok muka dia, cara dia..Nak tiru gaya dia :P. Macam aku gak. Aku pun toleh, sampai terkehel leher :D.

Bila aku jalan-jalan aku sering tengok perempuan cantik. Huh bukan jeles, tapi nak tahu macam mana nak jadi macam dia.. kulit gila gebu, bibir merah delima.

Ada gak terserempak dengan minah yang lawa tapi tengking-tengking pakwe/suami dia. Ada satu peristiwa ni, makwe dia ke bini dia ke aku tak tahu lah. Si makwe/bini ni campak tudung dekat muka laki tu, gara-gara laki tu tak tolong si makwe/bini ni pilih tudung untuk si makwe/bini ni. Erm macam mana kalau-kalau, makcik-makcik yang dah kawin dan ada pengalaman tengok? apa dia orang fikir?

Aku bukan nak tegur ke apa. Cuma aku banyak dengar dari kawan laki aku nak awek lawa, tapi tak sanggup dengan perangai awekyang lawa tu. Ada yang tengking sampai keluar ayat pukimak ko la..pergi mampus la..

Kalau aku seorang lelaki..pasti aku pun jatuh air muka. Lama-lama tak tahan, tinggal je macam tu ye dak?

Pastu mula lah salahkan lelaki. Betul ke, perempuan cantik ramai yang macam tu?

Tak semua kot kan?

erm tapi bila laki tak hormati wanita macam mana lak? Tengking-tengking depan orang?

Ha ada 2 persoalan.. Adakah perempuan cantik yang salah atau lelaki?

11 comments:

C!kpuanmuda® said...

aku adalah salah satu contoh cantik dan bersopan... muahahahaahah! ;p

Byzura Mj (By) said...

C!kpuanmuda : aku tahu..mesti ko jawab soalan ni :D.

Ye! amat lah sopan..macam kat kelas dulu pun ko antara gadis yang jalan sambil menundukkan kepala..:D

Mag said...

gahaha..aku yang tak berapa gadis nak komen gak..

kadang-kadang lelaki suke jer ponpuan tu walaupon perangai mcm haram. sebab perempuan tu cantik. bangga bila didampingi pempuan cantik

hehe..tapi maybe bukan untuk buat bini la kut

Unknown said...

nasib baik aku tak cantek...so takleh nak eksyen2...laki aku pon tak hensem..so takleh nak ego lebih...hehehe

SheLLy said...

hurmm persoalan ni ada gk aku discuss ngan membe aku..mmg btul la..pompuan2 kt luar nmpk je lawa tp perangai..nauzubillah..tutup abeh muka yg x spatutnya lawa tue..iskk!!..patut kena lempang je org cmtu..kn..kn

Byzura Mj (By) said...

fabulous.farah: kan? suka je laki..nak nak p makan orang puji makwe dia..kembang lah :D

Byzura Mj (By) said...

Intankuterpilih : hehe yang sedang-sedang elok ya? tapi awak shanteek :D

Byzura Mj (By) said...

sheLLy : pergh siap diskus tu..hahaha! gila bran ko skang nyah :P.. ntah la..ade sesetengah la....

Anonymous said...

saya terasa..
tapi saya tak cantik pun..
tapi saya selalu tengking boyfriend saya.. sobs :'(

so, bukan perempuan lawa je perangai macam ni..perempuan tak lawa pun sama..

Byzura Mj (By) said...

Hanida Lavida : uiks..tak buat sapa sapa terasa..just bgtahu apa yang saya dgr n lihat..

yerp..manusia ni macam-macam..so tak boleh judge sesiapa.. :)

mrs shaifull said...

akak penah ada kawan, dia pinjam telefon akak, pastu maki tunang dia, b*bi, p m*mp*s, jantan x guna, menakutkan je akak dengar, gila punya pompuan, tp nasib baik dia x cun :)