Sunday, March 14, 2010

Cameron Hinglands..

OK. Ini lanjutan dari hari itu :D. Gila lama aku kepam! OK tak basi lagi. baru seminggu yang lepas :D. Cerita pasal Pasar Brinchang. Dekat sana punyalah murah sayur dan bunga. Asparagus yang gila mahal dekat Cold Storage, dekat sana hanya RM 10, 4 ikat besar. Gila murahkan?

Tapi, kalau aku beli buat apa?Ada yang macam kambing kaya duk makan aspagus :D.

Bunga 5 kuntum dalam satu ikat baru RM 2.50. Lagi naik juling mata aku tengok bunga. Nak beli pun tak boleh. Sebab tak tahu nak letak mana. Nak letak kat rumah, rumah pun muat-muat bontot je. Tunggu rumah sendiri je lah.

Banyak gak aku borong. Beli cendawan, beli keledek, beli ubi kentang. Haish! nasib baik tak bawa lori, kalau tak lagi banyak aku borong :D.


Ini berlatarkan Pasar Brinchang.

Misi mencari strawberry celup-celup!

Ini namanya lepas gian. Kalau orang tua nampak, awal-awal dia reject aku jadi menantu.

Lepas jalan sakan kat Pasar Brinchang, misi menjadi model ala-ala filem cerita Tamil di kebun teh :D.

Bersama hero filem Tamil :D. Heroin dah masuk islam. Pakai tudung. Ok tak kelakarpun.


Lepas dah gila meroyan kat kebun teh, singgah kat kebun kektus pula. Tak beli apa-apa pun, sebab kektus tak sesuai dengan aku. Beli je mati. Mati je beli. So, tak yah beli-beli dah. Layan aiskrim RM 2 je kat sini, 2 sekop lak tu. Bagai nak gila habiskan :D.

^-^ Tatau nak cerita apa dah. Tempat beli barang cenderahati ke cenderamata? Tapi aku tak belipun, duit agak kering. So faham-faham je la kawan :D.

Lepas jalan, singgah kat Lata Iskandar. 10 tahun lepas, aku tak sempat nak singgah. Gila teringin nak singgah. Sesungguhnya, tempat ini sangat cantik!
Sejuk gila air! Letak punggung pun, punggung jadi kebas :D. Air macam airbatu.Tapi selambe mandi tak ingat dunia. Bila lagi nak merasa.

Cantikkan? Bukan aku, air terjun kat belakang tu. Sesungguhnya, agak rindu. Sebab kat KL panas dan crawded! Sana penuh dengan kehijauan.



p/s : perut aku buncit bila di sana sebab kembung tak boleh menunaikan hajat yang terpendam. hampeh~




4 comments:

*Dak kecikkk* said...

bestnye dia dpt g cameron..
msti sejuk kang sis..
npe xdpt lpaskan hajat??
xde toilet kew?

Bai said...

Dak kecikk : sejuk! tapi tengahari dah suam suam...

takleh lepaskan hajat sebab tak de feel tempat orang :P. hahaha!

fabulous.farah said...

haha..bai ko mcm husband aku..kalau aku belasah jer mane2 pon feel sama=p

Bai said...

f.f : hahaha..tak leh dowh..seminggu aku pergi..seminggu aku peram :P