Thursday, March 18, 2010

Tunduk Mengalah ...

OK. Aku rasa mood jiwang aku sampai lagi :D. Mesti ada yang malas nak layan aku dah. Hahaha! Aku peduli apa?

Tiap petang aku dengar lagu ni kat sinar fm. Baru hari ini, aku teringat nak download. Dulu (masa sekolah rendah), aku rajin tulis lirik lagu dalam buku. Korang pernah buat? Banyak gila lirik lagu dalam buku tu.

Maklumlah, dulu tak pandai nak search-search lirik lagu kat internet. Lagi pun rumah aku time tu manalah ada 'cc'. Naik sekolah menengah baru lah ada 'cc'. Kadang-kadang aku rekod dalam tape, lepas tu aku duduk diam dalam bilik salin lirik lagu. Puas la aku duk play, pause,play,pause :D. Tak pun, dengar radio...pastu salin lirik lagu cepat-cepat.

Kalau tak dapat gak, beriya lah tanya jiran tetangga ada tak lagu ini, lagu itu :D. Mengalahkan makcik longgok beli ikan gaya aku :P.

Sekarang aku buat gak. Tapi aku copy paste je kat blog :P.

Korang pernah dengar lagu ni? Hahaha! Gila kampung kot aku ni :p.


Data - Tunduk Mengalah

Aku layarkan perkhabaran
Buatmu yang pernah kusayang
Bukan maksud hati mengulangi
Segala yang telah pun berlalu pergi
Bagiku yang sudah biarlah

Pergiku tunduk mengalah
Biarkan semalam menjadi sejarah
Yang manis kukenang berpanjangan
Pahit tak perlu usah disimpan
Biarkan berlalu, Impianku
Karam hanyut dibawa arus waktu

( korus )
Oh... engkau yang tak pernah tahu
Betapa lukanya hatiku, diatas sikapmu dahulu
Membuatkan aku seperti tak wujud di sisi
oh... engkau tak pernah hargai
Susah payah kutempuhi
Pengorbanan demi pengorbanan terbakar sendirian
Ku umpama dian menyinari malam... kegelapan

Lalu ku undurkan diri kerna tak sanggup lagi
Melihat dirimu kasih telah ditawan oleh insan lain
Hingga kurasakan tersisih
Bukan kumenaruh dendam hiba atas segala duka dan lara
Malah kupercaya semua ini
Mungkin ada rahmat yang tersendiri


Kadang-kadangkan, aku rekod suara aku! Feeling-feeling jadi artis gitu. Itu dululah. Beriya ayah aku ingat aku study. Sebab, duduk dalam bilik tak keluar-keluar. Rupanya, anak dia tengah berangan jadi artis. Terjerit-jerit macam kuntilanak dalam bilik.hihihi!

7 comments:

CT NORAMIZA said...

uish, mestilah tau lagu ni, best apa, kmiza pun kalau tengah jiwa kacau, dengaq ja lagu2 90an ni, rasa best ja mendayu2 :)

Bai said...

CT NORAMIZA : hihihi..ingat tak ada orang layan lagu ni :D...

yerp!! sangat best!

Lynda said...

jiwang..pergi cc pun jiwang juga,hahahaha

Bai said...

Lynda : hahaha! biasa!

driedroses said...

lagu data haruslah layan..

fabulous.farah said...

hahaha..penyakit kita sama..kesian orang yang ingat kita study kan..

Bai said...

driedroses : :D

f.f : hihihi padan muka kena tipu :D