Wednesday, May 26, 2010

Restoran Suraya, Kampung Baru.

Aku jarang makan kat sini, sebab terlalu crawded. Nak parking pun susah. Padahal rumah sekakang kera je :D. Ni juga tempat pertama aku dating dengan mr.bf sampai pukul 4 pagi!.

Tetapi, bila sesekali kakak aku nak lepak sini. Aku bawa. Maklumlah, kakak aku duduk ceruk jauh nun di Puncak Alam. Apa yang menarik kat sini? Aku suka bubur, mee celup dan masakan panas dia. Memang kena dengan selera keluarga kitaorang.

Mee,bihun dan kueh tiaw celup. Gigih kakak itu buat sorang-sorang. Sup campur dia pun sedap. Ada paru bagai.

Pulut mangga pun ada. Makcik ni gila otai, buat pulut mangga pakai kain batik. Terbaik!

Boleh tahan sedap. Tapi, aku lagi suka makan pulut mangga kat The Gardens.

Ini lah empunya blog any's collection. Tunjuk cincin ke kak? :D


Share sup dengan Nina. Dia duk makan je sampai habis lauk-lauk dalam tu. Tinggal kat aku sampah sayur je ^___^.

.:. By .:.

6 comments:

~AmyLiana8886~ said...

rindu sgt mee celup kg baru..huhu

INTANKUTERPILIH said...

wow...pulut mangga wat aku terliur...

Bai said...

AmyLiana8886 : silalah dtg ke kg baru :)

Bai said...

INTANKUTERPILIH : :D. Sedap tapi yang ni manis santannya..huhuhu

fabulous.farah said...

mee celup..wah..lama tak makan wehhhh

Bai said...

f.f : apa kata ko buat :D