Wednesday, May 26, 2010

Suria cinta...

Korang ada dengar Suria cinta? Dekat Suria fm. Tak sangka aku, rancangan ini masih wujud. Masa zaman sekarang, ada lagi ke orang layan?

Eh akulah itu. Hahahaha! Aku memang minah jiwang. Sorry la beb. Memang tak boleh nak kikis. Aku suka dengar waktu drive. Kalau orang lain suka dengar lagu hip hop lah. Dok chung chang chung chang. Tapi, aku suka dengar luahan perasaan :D.

Kadang-kadang dengar, gelak sorang-sorang. Bukan apa, ada lagi eah orang hantar email dan sms untuk luahkan perasaan cinta ini.

"Abang sayang ayang sangat-sangat. Kau lah dunia akhirat." Pergh!!On air tu!

Kalau dekat Sinar pula. Ada rancangan cintan cintun gak. Ala yang dapat panahan petir 23 kali itu.

"Engkaulah peneman hidupku. Tiada kamu tak berserilah hidup ini". Kebabommmmmmm!!! Anda mendapat 23 kali panahan petir. Bermakna ayat dia powerlah :D.

Teringat waktu sekolah, aku memang suka layan Best104, THR. Yang tu je paling ngetop pun. Hitz, area umah aku tak ada lagi kot masa itu.

Dengar radio sorang-sorang dalam bilik. Pastu nak tersengeh-sengeh sorang-sorang sambil golek-golek dengan bantal peluk. Apa motif ntah.

Dengar luahan yang romantik sikit. Aku senyum-senyum sambil tepuk lantai. Alahai.

Dulu, ada pasang angan-angan nak lelaki romantik. Tapi, sekarang macam baru sedar sikit. Lelaki romantik dan berpuitis ini agak bahaya ^__^.





.:. By .:.

10 comments:

fabulous.farah said...

hahaha..kelakar la o ni bai..aku tak boleh dengar..rasa menyampah. boleh?

angah iza said...

Aku geli geleman bila dgr org luah kan perasaan cinta kat radio..
tp bila luahkan sendiri kat pakwe,tak geli lak.
muahahahahahhaha !! :P

.::WaNiE::. said...

betul betul punya bahaya!

mrs shaifull said...

dulu2 bukan main lg, duduk dlm bilik layan radio, bila pk balik skrg2 ni, kalau tolong mak buat keja umah pun ada pekdah kan dik? :)

Anonymous said...

jiwang rupenye bai ni
i love u..*tutup muka*
auww

Bai said...

f.f : boleh2. aku gelak sorang bila dengar :D.

Bai said...

angah iza: wakakaka. tu takpe sebab bukan on air :D.

Bai said...

WaNiE : hahahaha :P

Bai said...

mrs shaifull : hahaha. saya memang suka duk bilik sorang2 :D. Keluar makan dah di saji :P. Keji!

Bai said...

Anonymous: oh memang saya jiwang :)