Monday, June 21, 2010

Go Genting!

Ada ke haritu contest, ada orang teka gambar I bercuti tu kat belakang rumah? Hahaha! *tak pasal nak ber I pulak*. Aku pergi bercuti dekat Genting. Macam jauh je bunyi bercuti tu kan?


Saja hilangkan tension. Hirup udara sejuk yang tak seberapa sejuk dah. Kalau dulu, bila bercakap siap keluar asap dari mulut. Sekarang, tak dah. Keluar air liur ada.


Ambil package RM41 dari KL Sentral. Senang. Tak payah fikir siapa nak drive. Tambang cable car. Semua dah ada dalam package tu.


Pergi ber 4 sahaja. Senang, kalau ramai nanti hilang susah nak cari. Gambar ni dalam cable car. Bila dah tua ni, rasa gayat pulak naik cable car!


Setiap kali datang, mesti nak ambil gambar kat sini. Tak berubah kedudukan bas tu dari dulu sampai sekarang.

Gambar kat sini pun wajib. Sama tak berubah juga. Ni kekasih gelapku. Eh salah kekasih putih ku...


Yang ni baru betul kekasih gelapku ^_^. Pipi dah sama-sama naik *sila muntah hijo*
Nak naik Solero Shot!! Syok!! Hilang jantung. Muka macam nak meneran, bila benda alah ni menjunam turun.



Dramatik gambar ni. Aku suka!! Tapi, adik sebelah pakai baju merah tu apsal? Nak join kitaorang bertiga ke? :D


Dah berapa kali aku buat peace tapi tak berjaya di snap. Aku lupa 'dia' rabun. :D.

Dan kali ini berjaya. Tetapi, auntie tu kacau pulak. Jahanam gambar kanak-kanak ribena aku!


Gambar ni aku zoom dari jauh. Bila adik ni datang ke arah aku. Ciput aku lari. Geli dengan ular tu. Hai meremang bulu roma.


Lepas jalan haruslah lepak-lepak. Niat di hati nak tidur kejap. Mana taknya awal pagi kitaorang dah berkumpul kat KL Sentral :D. Tapi, tak boleh tidur. Dengan bunyi trainnya. Dengan bunyi orang menikamnya. Menjeritnya.


Last-last pergi main tikam-tikam. Tak puas hati orang lain balik gendung teddy bearla, dinasour la. Kitaorang? Bawa balik 2 jejaka tu je. bahaha.

Pastu pergi usha chocolate. Dulu ni tempat taman bunga kan?


Tak dapat Dinasour. Dinaosur ni pun jadilah.


Nak lepaskan gian menyepak. Habis kasut terpelanting. Clap clap tu mr boyfie, dapat 2 hadiah.

Dan sempat bergambar dengan mr. Hantu. Yang ni je aku berani ambil. Yang satu lagi warna putih. Aku takut nak dekat. Bila dia dekat aku lari.


Last kitaorang sambung shopping sikit. Dan balik dengan hati yang riang campur nak muntah hijau. Masing-masing keletihan. Aku nasib baik tak muntah dalam bas je. Rasa loya! *padan muka untuk diri sendiri*.


p/s : Lagi loya bila tengok budak gedik yang sama naik bas masa datang genting tu. Gila bising dalam bas. Macam korang je nak ke Genting. Tolonglah jangan batak sangat. Duk diam dalam bas tak boleh ke? Lain la kalau bas rombongan.


berita dari taman tema Genting;
.:. By .:.

10 comments:

.::WaNiE::. said...

weei comelnye kamu hikhik ko masuk ke tak rumah hantu tu hihihi

Byzura Mj (By) said...

WaNiE : comel? me kasih.. :P

rumah hantu tu...mestilah....tak masuk...hahaha. cukuplah aku kena masa kat sunway haritu.

Mag said...

huhuhu..genting ke..lama giler xg genting..wah kekasih gelap dengan gambar clear akhirnya reveal~

mrs shaifull said...

hehehe ada batak pegi genting, nasib baik akak x pegi :) hehehe

Byzura Mj (By) said...

f.f : aku pun dah lama tak g main2 kat atas tu..huhuhu. ni baru ada peluang..

atas keizinan tuan..hahaha. abislah naik saham dia pas ni :P *keizinan sebenarnya adalah nak naik saham la tu* :D

Byzura Mj (By) said...

mrs shaifull : ada kak. penin pala dengar suara macam pontianak :D

SheLLy said...

nampak gaya aku yg berasal dr kl xnh seumo idup jejak genting lai*x bersedia muntah hijo lai*

khairie said...

kekasih putih katanya..
huu..

Byzura Mj (By) said...

SheLLy : jom la. ajak liza..jom jalan2..

Byzura Mj (By) said...

khairie : sebab ko putih ^_^.