Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

#DapurBy:Puding di Raja Pahang.

Pagi-pagi kita post entry resipi ok? Hehehehe Curi masa sekejap. Just nak clearkan mata ini asyiklah mengadap coding bla bla. Pftttt. Sekala sekala kena rehatkan mata kan? Janji kerja siap :P. 


Ok kali ini nak share resipi Puding di Raja Pahang. Untuk aku juga entry ini. Kot kot terlupa resipi, leh tengok kat blog. Resipi turun temurun mak dan saudara, so sayang kalau hilangkan. Banyak lagi perlu belajar ini. Dah pass belajar nasi kerabu, nasi dagang belom!! 


Mak selalu pesan kat aku, selagi dia ada ini lah belajar resipi mana aku suka dengan dia. Manalah tahu TUHAN ambil nyawa dia, tak sempat aku adik beradik nak belajar T_______T. 


Ehhh taknak sedih-sedih selagi mampu, kita belajar kan? Hehehe. Ok ini resipinya.


Puding di Raja Pahang.


Bahan untuk kuah:
- 1 tin susu cair ideal.(Lain-lain brand aku tak suka sebab ada yang berbau hanyir. So aku prefer IDEAL)
- 1 1/2 cawan gula ising (kalau gula kasar lain sukatan sebab lagi manis)
-1 biji telur (ambil kuning sahaja)
- 1 sudu kecil esen vanilla

[Bahan di atas di kepok (kacau sampai berbuih tanpa letak kat atas dapur dulu) sampai sebati]**


Bahan lain-lain:
- 12 biji pisang lemak manis (digoreng garing dan sukatan ini adalah untuk 6 biji mangkuk seperti kat atas tu. Satu mangkuk, aku letak 2 biji)
- Buah prune
- Gajus goreng
- Ceri dan buah kiwi.(aku tak ada ceri dan kiwi so aku letak choc kecik-kecik tu je bagi warna warni sikit hehehe)


(dan kalau rajin korang buat lah macam Pekan style, letak jala emas. Aku tak suka sebab manis)



Cara-cara: Masukkan bahan ** untuk kuah dan kacau dengan api yang pelahan sampai separa pekat. Dah siap cuah je atas buah pisang yang disusun rapi. Pisang goreng itu, disusun selang seli dengan buah prune dan gajus. Ceri dan kiwi sebagai  hiasan. Dan jangan lupa letak dalam peti ais dulu. YUMsssss!


Ada yang tanya aku, boleh tak nak masukkan choclate chip? Bagi aku, tak sesuai sangat sebab dah manis. Dan choclate chip itu akan menganggu rasa puding. Apa-apapun ikut citarasa masing-masing.


Selamat mencuba!








+ By +

Tuesday, January 18, 2011

Wak Ajim.

Gila punya title. Kalau tetiba Wak buka blog ni, matilah dia ingat haku ngumpat dia :D. Tak-tak. Bukan nak ngumpat. Just nak cerita last weekend aku bawa Wak balik kampung. teheeee. First time bawa special lelaki balik tidur rumah -_-". Tak percaya? Tanya my mom.


Bawa balik sebab nak fitting baju sanding dan pelamin. Kenapa aku ambil kat Pahang? Nanti-nanti aku selongkar balik cerita ni ok?


Ingatkan Wak macam tak pandai bawa diri. Rupanya pandai. Good! Pandai gurau-gurau dengan my niece and nephew.


Sampaikan Suci pun asyik duduk nak berkepit dengan dia. Walaupun Suci malu-malu lagi. Tapi bila tengok hp Wak ada game angry birds.. ha terus menyendeng (berkepit)!


Dimulakan dulu dengan Sanding outfit. Erm so far dah berkenan dengan warna dia. Tapi, masih lagi tak puas hati..sebab tak dapat pakai baju yang lagi satu tu! Takpelah.. next time balik, boleh cuba lagi.


Dah dapat hin untuk tema sanding? Hihihi. Ini belum tentu lagi!


Lepas je pilih pelamin dan try baju sanding bagai. Oh terasa terus alunan kompang kedengaran di telinga. Pak kepang kepung-kepung. Hahaha! *verangan* -_-"


Lepas tu saja bawa Wak jalan-jalan tepi sungai. Eh bukan pergi dating hokeh! My mom ikut sekali.

Wak di sungai Pahang.


Wak tak ada kerja. Habis muka anak sedara haku. Huhuhu.

Suci dengan muka diburukkan oleh Wak ^_^.

Tuan punya blog yang dah tenbam dan melebar. Situasi di pasar malam yang dibuka tiap-tiap hari pada waktu malam.


Malam. Balik.. Wak keletihan. Tidur atas kerusi dengan memakai kain pelekat...

























































Mana ada! Aku lupa snap!! Hahaha. Takpe next time kita snap ok?




.:. By .:.

Tuesday, November 9, 2010

Bukit Tinggi, Pahang

Terima kasih kepada blogger yang memberi pendapat dekat entry ini. Kompius antara Bali atau Krabi. Orang cakap Krabi best. Kejap orang cakap Bali lagi best. Kejap orang cakap Krabi. Eh. Jangan cakap Gold Coast pula..tu mungkin 5-10 tahun lagi aku pergi =D.


Ok sambung. Last weekend punya aktiviti. Mula-mula nak pergi berkelah. Last-last berkelah kedaung =P. Mana tak nya dah naik Bukit Tinggi. Haruslah berjalan ke atas. Dah alang-alang naik kan? Aku pun tak pernah sekalipun jejak kaki ke sana. Kesian~


Dan dengan itu, dah alang-alang naik, maka alang-alang juga duit aku kopak. Kena pau! ^__^.


Untuk dewasa : RM 18
Untuk kanak-kanak : RM 8


Dapat jalan-jalan di Colmar Tropical (Japanese Village, Botinical Garden). Taman Arnab tak pergi. Kalau masuk ke Taman Arnab : RM 3 per head.


OK sambung lagi. 1st kitaorang pergi ke Japanese Village.


Iklan : Kakak gemuk saya dah kurus sikit ha? Menaiki lori/bas, ke Japanese Village. Gerun! Sebabnya bukit tinggi!

Ini orang sakit. Demam. Mak yang senantiasa suka kepada bunga-bungaan.

Di taman Japanese Village.

Kat sini. Boleh pakai kimono tu dengan beharga RM 2o sekali pakai untuk bergambar.


Di jalan ke arah SPA. Nampak tepi tu, orang cina pakai baju kimono. Dia sediakan teh.

Di sekitar Japanese Village.


Lepas penat berjalan di Japanese, menuju ke Botanical Garden.

Bunga Daisy!! Susah nak cari sini kan? Kalau buat centerpiece memang cantik!! like seribukali.

Suci. Eh Adli. Panggil saya Adli tau!! Seronok dia dapat jalan-jalan.

Dan last ke taman ala-ala di obersea. Dalam tu ada hotel. Tapi, kitaorang tak menginaplah. Terus balik ke rumah sebab dekat je :).


P/s : ampun di atas kualiti gambar yang tak membanggakan.


.:. By .:.

Wednesday, September 1, 2010

Kuih kampung memang sedap...

Kan? Walaupun ada kat bandar tapi tak sama. Lemak, berkrim, cukup rasanya, cukup intinya. Walahh!


Hari Isnin lepas, decide nak pergi Pasar Ramadhan Paya Pulai, Temerloh. Siapa duduk area Temerloh tahulah kot. Eh kat sana ada nama tempat Buntut Pulau jugak tahu? Gila tak senonohkan?


Selalunya pergi Pasar Ramadhan Temerloh, tapi taknak. Pasar Ramadhan Temerloh, kuih memang banyak tapi haram jadah tak berapa sedap!


Lagipun kepingin sangat nak makan tepung bungkus!!

Ni dia rupa tepung bungkus! Erk gila tak lawa, snap pict guna hp ni. Lawa lagi snap pakai sony aku dulu. tssk.


Ha ni rupa sebenar. Terpaksa google-ed. Aku beli RM 2.00. Weee!


Tepung pelita untuk mak. Tengok santan tu! Meleleh leleh.


Dan ini popia untuk kakak. Ceh siapa tak kenal popia kan?


Ni kerabu sare. Pernah makan tak? Cis sekali lagi hp ni tak best! *alasan*


ok


ok


macam ni rupa sebenar kerabu sare.... pict google-ed lagik! mencik!


Pernah makan tak? Ni rumpai laut. Kalau ikutkan salah kalau jual benda ni. Ni kes seludup lah ni. Hihihihi. Sedap wess rasa dia. Macam kerabu perut. Yum yum!!





Dan makanan seterusnya!!








Hai saya Suci. Cik Su selalu nak ngap saya. Sebab saya suka kacau dia.... Ichu ichu. nampak tetek lah! Hish tak malu..



Woittt!! Padahal ko telek aku dalam bilik kan?


.:. By .:.

Sunday, August 1, 2010

Bersiaran langsung...

I dah balik KL. Eceh dah balik KL pun nak bagitahu :P. 2 hari di kampung sangat memenatkan dah seronot!!!


Siapa yang tak seronot balik kampung kan? Neway korang terperangkap tak dalam jem tak hari Jumaat hari tu? Gila jem tahap macam nak raya. Nasib baik bawa auto... Tapi beku gak kaki sebelah kiri sebab tak buat apa-apa.


Tadi pun balik agak jem gak. Sebijik macam suasana hari raya. Hadoi tu belum raya lagi tu.


Eh eh cerita pasal raya. I dah minta cuti Uuuuuu :D.


Ermmm apa lagi eik. Oh ada kejutan di kampung. Nanti I ceritakan!!


Daaaaaaaaaa.. nak berehat-rehat jap. Konon. Padahal nak pergi baca belog orang lain dulu. Pada sesiapa yang komen I tak balas tu, sorry. I langsung tak buka belog semasa di kampung :).




.:. By .:.

Monday, June 21, 2010

Go Genting!

Ada ke haritu contest, ada orang teka gambar I bercuti tu kat belakang rumah? Hahaha! *tak pasal nak ber I pulak*. Aku pergi bercuti dekat Genting. Macam jauh je bunyi bercuti tu kan?


Saja hilangkan tension. Hirup udara sejuk yang tak seberapa sejuk dah. Kalau dulu, bila bercakap siap keluar asap dari mulut. Sekarang, tak dah. Keluar air liur ada.


Ambil package RM41 dari KL Sentral. Senang. Tak payah fikir siapa nak drive. Tambang cable car. Semua dah ada dalam package tu.


Pergi ber 4 sahaja. Senang, kalau ramai nanti hilang susah nak cari. Gambar ni dalam cable car. Bila dah tua ni, rasa gayat pulak naik cable car!


Setiap kali datang, mesti nak ambil gambar kat sini. Tak berubah kedudukan bas tu dari dulu sampai sekarang.

Gambar kat sini pun wajib. Sama tak berubah juga. Ni kekasih gelapku. Eh salah kekasih putih ku...


Yang ni baru betul kekasih gelapku ^_^. Pipi dah sama-sama naik *sila muntah hijo*
Nak naik Solero Shot!! Syok!! Hilang jantung. Muka macam nak meneran, bila benda alah ni menjunam turun.



Dramatik gambar ni. Aku suka!! Tapi, adik sebelah pakai baju merah tu apsal? Nak join kitaorang bertiga ke? :D


Dah berapa kali aku buat peace tapi tak berjaya di snap. Aku lupa 'dia' rabun. :D.

Dan kali ini berjaya. Tetapi, auntie tu kacau pulak. Jahanam gambar kanak-kanak ribena aku!


Gambar ni aku zoom dari jauh. Bila adik ni datang ke arah aku. Ciput aku lari. Geli dengan ular tu. Hai meremang bulu roma.


Lepas jalan haruslah lepak-lepak. Niat di hati nak tidur kejap. Mana taknya awal pagi kitaorang dah berkumpul kat KL Sentral :D. Tapi, tak boleh tidur. Dengan bunyi trainnya. Dengan bunyi orang menikamnya. Menjeritnya.


Last-last pergi main tikam-tikam. Tak puas hati orang lain balik gendung teddy bearla, dinasour la. Kitaorang? Bawa balik 2 jejaka tu je. bahaha.

Pastu pergi usha chocolate. Dulu ni tempat taman bunga kan?


Tak dapat Dinasour. Dinaosur ni pun jadilah.


Nak lepaskan gian menyepak. Habis kasut terpelanting. Clap clap tu mr boyfie, dapat 2 hadiah.

Dan sempat bergambar dengan mr. Hantu. Yang ni je aku berani ambil. Yang satu lagi warna putih. Aku takut nak dekat. Bila dia dekat aku lari.


Last kitaorang sambung shopping sikit. Dan balik dengan hati yang riang campur nak muntah hijau. Masing-masing keletihan. Aku nasib baik tak muntah dalam bas je. Rasa loya! *padan muka untuk diri sendiri*.


p/s : Lagi loya bila tengok budak gedik yang sama naik bas masa datang genting tu. Gila bising dalam bas. Macam korang je nak ke Genting. Tolonglah jangan batak sangat. Duk diam dalam bas tak boleh ke? Lain la kalau bas rombongan.


berita dari taman tema Genting;
.:. By .:.

Sunday, May 23, 2010

Selamat ulang tahun sayang....

Ok serius geli :D.

Macam ini. 24 mei ****, pada pukul 12.30 pm (patutlah degil :D) lahirlah seorang gadis yang ayu lagi lemah lembut bernama Norbaizura (bukan taknak letak nama ayah, nanti stalker dapat cari lak.hahaha). Uweekkk uweeek dia nangis.

Baby yang seberat 3.2 kilogram ini, dilahirkan sehari sebelum harilahir emaknya. Kata, emaknya doktor siap wish birthday dan mengatakan bahawa baby itu adalah hadiah hari jadi. *Kalau aku dah faham time ini, mesti aku pun mengalir airmata*.

Akulah baby itu :D. Kata emak, ramai yang menjangkakan bahawa aku kembar. Sebab, perut emak berbelah dua. Tapi, rupanya aku kembar air.

Kata emak lagi,masa nak lahirkan aku, dia kena tumpahan darah.Dan dalam banyak-banyak mak mengandungkan anak (macam banyak, 3 je pun), aku lah anak yang paling banyak alah sewaktu mengandung. Oh patutlah aku degil :D.

Patutnya, nama aku Nurliayana. Last-last makcik aku letak Norbaizura, potong!!. Oh kalau nama ini kekal sampai sekarang, mesti terserlah lagi keayuan. Motif? Yela Baizura agak kasar bunyinya. Sekarang bukan Baizura dah, Bai terus. Tak macam Bai roti ke?

Aku ditantang bagai minyak yang penuh. Padanlah muka aku jenis oily. Luckly, aku ada seorang abang dan juga kakak. Aku kepingin nak adik. Adik lelaki. Mak boleh mengandung lagi tak? Kalau soalan ini, yang aku ajukan pada mak sekarang..Tentu aku kena hempuk dengan batang penyapu. Dah monopous dah kot? :D

Kot? Ok ok nanti aku tanya dah monopous ke belum (^_^").

Jarak antara aku dah kakak adalah 10 tahun. 10 tahun. Agaknya mesti akak aku terkejut beruk. Yelah konon-konon anak bongsu tetiba aku lahir. Hahaha! Padanlah muka.

Makin hari semakin membesar. Pejam celik pejam celik..

Dan kini aku sudah hidupppppppp



*




*




*




*




*


28 tahun!!!!! *bangga*


SELAMAT ULANG TAHUN BYZURA!!!!


p/s: tadi banyak idea nak tulis...tiba-tiba hilang. Aku kerja esok!! Potong!!


.:. By .:.

Tuesday, May 4, 2010

Teringat kawan lama..

Eh Zura birthday ko bukan 24 Mei ke? *hint* . Ko kena operate apa 20 Mei ini? La dekat dengan birthday ko.

Weh serius aku terharu. Bila bab-bab ingat birthday ni mulalah, dalam hati ada taman :P. Tapi, lagi terharu aku kena decide nak operate ke tak. Huhuhu. Aku masih fikir lagi. Haih. Kadang-kadang, malas nak fikir boleh?

OK berbalik dengan kawan lama. Serius aku ingat kawan-kawan aku dulu. Nak-nak setaman dengan aku. Ingat bilamana main galah panjang, kurik kundi, guli, polis entry. Aku lah paling campion dulu.*agaknya*. Sebab, semua orang bila 'one to jus' semua pilih aku. Hahaha.

Ada sorang budak tu selalu ponteng ngaji. Heh nakal sungguh kamu. Dah la kamu kentut kat surau, time orang tengah sembahyang.hihihi.

Bestkan bila ingat time kita waktu kecil ;(. Tak mungkin berulang lagi. Sekarang semua benda kena fikir sendiri, kena buat keputusan sendiri, kena pilih jodoh sendiri. Eh.




.:. By .:.

Thursday, February 25, 2010

aku mahu aku mahu!

Jam tepat pukul 12.37 pagi, aku duk belek-belek rambut ni....sudah panjangkah? Cukupkah panjangkah?

Ni semua gara-gara nak balik kampung. Sebab, kat kampung je ada salun kegemaran. Memang tiap kali nak gunting atau ubah style rambut aku akan ke salun tu..

Pernah cuba kat salun lain...Tapi hasilnya sangat sampah! Macam gigit di tikus je rambut aku dibuatnya!

Salun yang itu juga aku berkenan. Cina punya. Kalau pergi salun dia, mesti aku tengok sorang-sorang pekerja dia. Tiap kali aku datang, mesti diaorang tukar style rambut. Muka tak cun pun jadi cun sebab rambut tersangatlah stylo!

Aku dah nak buat style ni memang dah lama. Dari style ni tak popular lagi :P. Tapi rambut aku tak cukup panjang nak buat style ni..Tu pasal aku pakai minyak zam zam tu...Aku rasa aku ada cerita kat entry yang lepas-lepas. Siapa jadi follower aku tahu la kot :P. Heh!

OK. Aku tunjuk lagi style aku idamkan...Macam ni hah!

picture google-ed

Lawakan? Ni Bunga Citra Lestari. Aku memang minat dia :D. Macam mana nak kulit mulus macam dia eik? Ada idea? OK lari dari tajuk pula.

Lawa tak aku nak buat style ni? Tapi rambut aku macam tak cukup panjang la :(. Kang terjongket pulak! Hish!!

Erm aku terpaksa tanya cina tu..sesuai tak..Oh ya salun yang aku pergi ni, selalu bagi pendapat tentang rambut. Pastu dia akan bagitahu sesuai tak dengan muka :D.. I like!!

OK la. Aku rasa aku terpaksa tidur..sebab aku kena drive esok pulang ke kampung!!!!

Hoyeh hoyeh!! Aku akan bercuti start esok sampai monday!!! Wuhuuu...Mak!!! Uya balik!!! *pelok pelok :D

Thursday, December 24, 2009

Home sweet home...

Sedang berada di kampung sekarang. Alhamdulillah sampai akhirnya. Tiba-tiba sampai rumah menjadi bosan sebab terpaksa layan wonderpet?

Kenapalah rancangan tu sangat menyakitkan jiwa dan raga aku. Rasa nak lempang je itik kuning tu. Heh. Tetiba nak emo kan? :D

Serius, rancangan tu aku benci buat masa sekarang. Nak nak bila kelua lagu bekerjasama tu. Annoying :P.

Lapar lo. Jom layan bubur lambuk mak masak! Penuh ulam-ulaman. Bukan macam bubur masjid jamek tahu? Ni style ganu. Ganu kita woooo woooo wooo..

Heh perasan tak? Blogger-blogger senyap jo. Semua pergi bercuti ke?