Tuesday, June 29, 2010

Random. Hidup ini penuh dengan random. Eh.

1. Lappy telah diambil oleh tech. Sebab, virus degil taknak berambos. Tech. tanya ada download apa-apa tak. Aku jawab, tak ada apa-apa. Dalam hati, tak... cuma aku tengok gambar wanita seksi je. Muahahaha. Eh jangan salah anggap.


2. Aku tak ada 2 hari start esok. Aku training. Sesiapa rindu, leh sms aku. Sesiapa yang tak ada no phone aku, leh meroyan sorang-sorang kat komen. Tunggulah sampai aku approve.


3. Lappy aku akan siap pada Jumaat. Maka start hari ini + esok, lusa aku tiada kerja. Goyang kaki sambil hisap rokok. Siapa nak bergosip meh sini. Nonya Nonarobai akan melayan kamo.


4. Mahu pergi service Abu esok. Maka, ada alasan nak mengedate dengan mr.boyfie. Eh tolong hantar ke service centre, I ada training tak sempat. Itu alasan nak mengedate. Ngengada kan?!


5. Mak jeruk mak dapat sambutan hangat. Ada orang nak beli. Sila lah kopek buah mempelam tu banyak-banyak. Kopek maksudnya kupas. Bukan kopek ok?


6. Minggu ni adalah minggu BZ. Dengan kendurinya. Dengan latihan netball nya. Diaorang tak decide lagi nak pilih siapa yang bermain untuk KL. Minggu ini, team pergi daftar Karnival Sukan Negara. Matilah!*kalau terpilih*. Kalau tak, kena pakai kain batik jadi pembasuh pinggan yang berjaya waktu kenduri nanti.


7. Esok aku kena keluarkan suara, kena buat karangan, kena menari bagai. Sebab training tu adalah untuk naikkan semangat bekerja. Yeke? Aku pun tatau, dengar cerita orang je. So, aku perlu berlakon macam Jim Carrey dalam cerita YES MAN.



8. Oh saya nak kawin! Ops :P


8. Ada penambahan. Aku rindu nak baca belog korang :(.


.:. By .:.

4 comments:

Mag said...

like 3.4.5.8.heheh

Khairul Onggon said...

wah bizi nya.. apa2pun gud luck... :)

Byzura Mj (By) said...

f.f : hehehe. lapan tu ada dua :P

Byzura Mj (By) said...

kal jis : me kasih :)