Monday, June 7, 2010

Yogyakarta day 1

Fewwhhh... balik-balik je aku demam. Sampai tertangguh cerita aku ke Yogyakarta. Ni pun aku demam lagi . Dapat 2 hari MC. Badan berpeluh tapi tak hilang-hilang demam.

OK start. Seawal pukul 3 pagi aku dah bertolak ke LCCT.Bertolak awal ke LCCT, sebab takut terbabas. Yela bila tidur tahu je lah, pasti tak ingat dunia. Flight pukul 7 pagi. Tiba-tiba AirAsia tukar time. Takpe lagi bagus kan? Sampai-sampai boleh jalan dan bershopping.


Muka orang berjaga malam. Langsung tak tidur. Pukul 12 pagi pun orang still datang ke rumah menziarah. Macam nak ke Umrah/Haji pulak :D.

Yeah!! Kitaorang selamat sampai ke Yogyakarta sekitar pukul 9 pagi. 2 jam perjalanan. Macam aku balik kampung aku je.


Kitaorang hanya berempat. Main gamble pergi melancong ke Yogyakarta. Memang selalu pun macam ni. Jarang guna khidmat travel agent. Tak best ikut travel agent. Mesti dia bawa pergi tempat selalu dikunjung je. Pastu tempat terhad.

Ni kawasan lapangan terbang Yogyakarta. Kalau nak ikutkan lapangan kita canggih la. Dia masih pakai camera macam webcam kat laptop. Aku ingatkan apalah suruh pandang camera. Mula tercari-cari, last-last kena sound. "mbak pandang camera bukan saya...". Tu la ko macho sangat siapa suruh. Alasan. Padahal tak jumpa kepala camera mana :D.


Teruskan perjalanan ke Hotel. Kiteorang pilih hotel 3 bintang je. Itupun lengkap dengan swimming pool bagai. Semalam dalam rm70. Murahkan? Bukannya duduk sangat. Malam je tidur. Asal selesa,belasah je.

Lepas check in. Apa lagi salin baju. Terjah terus bandar Yogyakarta.
Memang di sini pengangkutan utama adalah beca. Selain itu, kereta kuda. Korang bayangkan kalau naik beca dalam 10 km pun dia amik upah 10 rph je. Dalam rm3.50 duit kita. Gila kental kayuh. Kita kat Melaka pun, kalau ronda dia charge rm50 kan? Hidup rakyat Yogyakarta memang susah. Memang jauh beza dengan Bandung, yang lebih maju dan kaya.

Sempat pulak wak buat best khas untuk Malaysia :D.

Dekat sini, memang hormat-menghormati sesama sendiri. Yogyakarta adalah terkenal dengan bandar mahasiswa. Memang kalau orang nak sambung belajar datang sini. So, rakyat dia lagi majmuk. Rakyat Yogyakarta juga kaya dengan budi bahasa.

Ni di hadapan restoran makan. Lapar gila dah masa ni. Wak tu bawa kitaorang ke restoran popular dengan nasi gudeq. Gudeg ni memang popular dekat Yogyakarta.


Memang cantik restoran ini. Penuh dengan ukiran-ukiran.

Oh ya. Ni lah nasi gudeq. Agak manis rasanya. Dekat Yogyakarta, makanan dia agak manis. Kalau kita, lebih kurang masakan negeri Kelantan. Susah nak jumpa masakan tak manis. Alamatnya kitaorang terpaksa makan maggi je kekadang.

Ni pulak di kawasan kedai semuanya jual art. Lukisan. Lawa-lawa dan murah-murah.

Ha korang bayangkan diaorang angkut sampah macam ini! Aku rasa macam kat zaman P.Ramlee pulak. Memang zaman kuno.

Di kawasan Kratun/ Istana.

Di kawasan Istana. Tempat ni kena berjalan kaki je. Tanda hormat kepada raja. Tak boleh naik beca mahupun berbasikal.

OK dah sampai di bandar Yogyakarta. Penuh dengan orang. Jumaatkan wesak. Diaorang panggil weekend adalah hari libur(hiburan) untuk diaorang. Orang Jakarta pun datang sini untuk berlibur.

Ni kalau ikutkan di Malaysia,tugu negara.

Di hadapan Muzium Negara.

Di sepanjang jalan ke Malioboro. Boleh pulak buat show tengah jalan. Takut nak ambil gambar dekat. Takut kena kejar. Hahaha.

Di sepanjang jalan Malioboro lagi. Di sini memang terkenal dengan batik. Perasan tak tulisan Dagadu tu? Dagadu tu adalah tempat popular percentakan t-shirt.

Di dalam Butik Morita Batik. Di sini agak berkualiti batiknya, berbanding dengan di luar sepanjang jalan Malioboro.

Bila tengok gambar ni. Demmm!! Kenapa aku tak beli diari batik tu :(.

Ok dah malam. Kitaorang balik awal sedikit sebab penat dah. Balik naik kereta kuda!! Habis lari tulang pinggang aku.

Naik kereta kuda memang asyik tapi busuk sebab, dia berak dekat tempat yang disediakan di pemandu tu. Hahaha. Tahan je la. Nak merasa. Kalau kat Malaysia, mahal!.



.:. By .:.

5 comments:

.::WaNiE::. said...

nmpk cam lebih tenang sket dr jakarta eh

kita xpenah merasa jejak negara org

fabulous.farah said...

nak tgk aktiviti soping2~

take care.makan ubat betul2

Bai said...

WaNiE : sangat tenang...takpe.nanti ade rezeki merasalah. Ajak en labu ook? :D

Bai said...

f.f : shopping? tunggu~~~ hehehe.banyak day lagi tu.

thanks dan baiklah puan :D

xalimx said...

next ---->>