Tuesday, June 8, 2010

Yogyakarta day 2

Ehem.Ehem. Betulkan anak tekak dahulu sebelum bercerita. Suara aku dah macam bapok dah :D. Pahit je rasa. Kelat.

Ok day 2. Seawal pukul 8 pagi kitaorang dah gerak pergi jalan. Aku memang dah tak lalu nak berak awal pagi di tempat orang. Mahunya aku tahan selama 5 hari. Kalau boleh bertahanlah :D. Memang susah nak berak kalau tak jumpa tempat yang seangin dengan dubur aku. Eh stop stop. Lari tajuk.

Akak aku selera je sarapan. Aku cukuplah sekeping roti dan teh jasmin.


Kitaorang ke Pasar Prawirotaman. Tak jauh dari hotel. Saja nak melihat suasana pasar kat Yogyakarta. Lagipun nak lari dari beca hotel. Keluar je bilik terus serbu..feeewwwh~ Kalau naik beca hotel, mahal sedikit berbanding dengan lain. Pastu asyik bawa pergi Kraton,Dagadu dan Taman Sari. So, kitaorang dengan relahati jalan kaki sikit ke jalan besar.


Punyalah ada berjenis-jenis kuih jual kat pasar ni. Tapi takut nak cuba. Diaorang ni kata je muslim. Tanya Islam, ternganga. So, aku was-was.


Tengok makcik tu gigih kukur kelapa. Dekat Yogyakarta, memang aku tak jumpa orang guna mesin kukur kelapa. Memang gila, tradisional. Jalan pun tak pakai kasut mahupun selipar.


Jangan salah anggap. Kang tak lalu nak makan pulak. Sebelum kukur, diaorang bersihkan dulu kelapa tu. Buang kulit yang bewarna cokelat.


Bila dah habis tawaf, interview bagai. Kitaorang ke tempat yang di plan. Ke Candi Borobudur.

Naik beca ke terminal. Wak beca tu ambil 10rph je. Tapi, kitaorang kesian bagi lebih. Korang tengok lah kaki wak tu, sebelah kecik kan? Wak tu cacat.


Jangan tengok aku. Tengok suasana di sekeliling. Sawah padi tu! Sangat menenangkan jiwa. Naik beca, lalu di tepi-tepi sawah padi.


Sampai terminal, ambil bas ke Borobudur. Tambang bas cuma 10rph(rm 3.50). Perjalanan agak jauh. Masak gak la bontot. Dengan bas tak ada ekonnya. Macam bas mini kita dulu-dulu. Macam tu lah bas diaorang. Bas ketot je.

OK dah sampai ke Borobudur. Naik kereta kuda. Nak jalan kaki boleh, tapi mahunya bengkak kaki. Nak berjalan ke candi lagi.

Ha ni di perkarangan luar candi. Macam-macam ado!! Apa lagi, akak aku gila meroyan beli. Sampai senduk pun dia beli :D. Aku sempat rembat lesung batu tu. buat penumbuk pinang dan kapur waktu aku tunang nanti. hahaha


Yeah!! Dah masuk ke dalam kawasan candi. Kalau ikutkan tiket masuk untuk orang luar tak silap dalam 50 USD. Tapi, disebabkan muka kiteorang macam muka jawa, dia bagi murah..wakakaka. Ok tipu. Sebenarnya, kitaorang beratur kat domestik. Fewwwh lega. Kalau tak mahal. Domestik 17,500 rph (rm5.50 mcm tu).


Sibuk je. Orang nak bergambar, pasangan kat belakang tu asyik kacau. Mentang-mentang aku tak ada pasangan. Oh kena kahwin cepat :D. Di pusat pertanyaan. Ambil map.


Masa ni tak adalah jakun sangat. Kat Zoo kita pun ada :P. Malas nak jalan kaki.


Ha nampak candi tu. Sayup-sayup panggil. Akak aku dah jalan ke depan. Aku masih syok ambil gambar :D. Feeling-feeling macam model buat shooting outdoor. Hahaha.


Start mendaki.


Fewhhh~ penat!! Dah la panas terik, ramai orang pulak tu. Patut makcik kat bawah sibuk kejar suruh beli payung. Rupanya panas kat atas ni. Akak aku cakap, lagi letih naik tembok besar China. Mentang-mentanglah dah ke Beijing. Ko tunggulah 1-2 tahun lagi. Aku nak pergi gak!

Last-last akak aku nak pitam. Hahaha *gelak comel untuk dia. Sebenarnya, aku pun naik biru muka nak mendaki :D.


Ok dah sampai!!! Eh baru tingkat kedua teratas. Tengok permandangan tu, cantikkan? Kalau shoot outdoor pengantin sure lawaaaaaaaaaaaaa. Nak-nak pakai baju putih, kain ditiup pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Pergghhhh!! Gila berangan.


Dalam monumen yang berbentuk loceng tu, dalam dia semua ada dewa-dewa.Yang tak ada kepala pun ada. Maybe runtuh masa gempa bumi dulu.


Dewa ini paling ramai orang raba. Aku pun tak tahu apa keistimewaan dia. Aku takut nak raba. Kang tak pasal, jadi macam cerita Prince of Persia cam no? Keluar ular..


Fine!! Aku faham, aku tak ada pasangan lagi. Fine! Fine! Fine!


3 beranak, kalau Suci ada lengkap 4 beranak. Masa ni masing-masing dah rindu Suci.

Ko ingat ko model?


Lebih kurang 1 jam kot kitaorang duduk kat atas tu. Masa untuk turun lak. Agak curam. Takut je jatuh tergolek.

Ni gambaran sepenuhnya Candi Borobudur. Uniknya candi ni, dibina dengan kulit telur. Kulit telur adalah gantian kepada simen. Korang bayangkan, Yogyakarta penah gempa bumi, tapi candi ni still tegak berdiri.

Ada pertunjukkan kat candi ni. Ntah apa nama dia. Rimba-rimba. Macam tarian orang dayak pun ada. Aku takot nak dekat. Gerun.

Dah letih jalan, kitaorang balik ke hotel. Aku dah terlentok-lentok tidur dalam bas. Lotih. Balik mandi then keluar balik....


Kitaorang je Jalan Malioboro lagi. Shopping!!! Tapi masa ni dah tak larat nak ambil gambar. Lagipun kat Jalan Malioboro kena hati-hati sikit, ramai penyamun.

Ni salah satu tempat makan yang boleh masuk dengan selera kitaorang. Masakan dia kurang manis. Ayam kampung goreng, sambal dengan ulam-ulaman. Cukup untuk isi perut. Kena makan bersila gitu...

Ni air sirap(macam korang tak kenal je :P). Aku tak berapa faham kat sini. Sirap ais, teh O ais kena kacau sendiri. Gulanya pun masih tak hancur. Maybe nak kan kelainan.

p/s : day 3 dan seterusnya adalah hari bershopping sakan!


.:. By .:.

8 comments:

Ena said...

uwaaaaaaaaaaaa...

jeles nie...

;)

Byzura Mj (By) said...

Ena : jangan jeles :P. sila pergi..hihihi

mrs shaifull said...

nak tunggu gambar bershopping ni :)

gila tradisional kukur kelapa camtu :)

Byzura Mj (By) said...

mrs shaifull : hahaha shopping bukan barang branded la kak. sebab kat sana bukan macam bandung...

kan? memang tradisional sgt2 diaorang ni.

.::WaNiE::. said...

nanges tengok

tulah len kali bawak aku

xdek la ko amik gambar sorg2

ahahah

Byzura Mj (By) said...

WaNiE : tu la pasal. hahahaha jom jalan dengan aku. Tapi, silap2 aku yang ambil gambar ko je..hahaha :P

Mag said...

huih..asyik nak kawen jer..haha

teringat buku teks sejarah la pulak

Byzura Mj (By) said...

f.f : hahaha mesti :P

sangat sejarah di sana. Macam zaman mana ntah.